Selasa, 16 Februari 2010

SAINTIFIKKAH PEMIKIRAN KITA

Siapakah orang yang paling bijak? Orang yang paling bijak ialah seorang yang percaya dan bertindak hanya berdasarkan bukti kukuh. Bukti kukuh adalah apa yang dilihat sendiri, ataupun apa yang berdasarkan keputusan saintifik. Saintifik ialah hasil keputusan sesuatu perkara yang dadapati secara berulang-ulang.

Salah satu bukti yang paling kuat ialah riwayat mutawatir iaitu sesuatu berita yang diketahui oleh ramai manusia (sekurang-kurangnya 10 orang) pada masa ia berlaku dan orang yang membawa berita itu juga adalah seramai mereka dan dibawa kepada orang yang lain dengan jumlah yang sama, sehingga sampai berita itu kepada orang yang terakhir.

Apabila semua manusia yang meceritakan perkara itu dalam jumlah yang ramai dan tidak ada perbezaan fakta maka itu menunjukkan perkara itu memang pasti betul dan mustahil tidak benar

Pada tahun 2010, ketika zaman semakin maju dan ilmu sains semakin menuju peringkat tertinggi kepercayaan yang tidak berdasarkan bukti kukuh adalah amat janggal.

Dakwaan bahawa pada tahun 2010 tidak boleh dilakukan upacara perkahwinan dan terpaksa menunggu sehingga tahun 2011 kerana tahun ini tidak sesuai, suami akan mati awal, dan anak yang dilahirkan amat agresif, apakah ini mempunyai bukti saintifik? Apakah kepercayaan ini diasaskan oleh bukti kukuh ataupun hanya khayalan semata-mata?

Rambut tidak boleh dipotong pada bulan pertama tahun ini kerana ditakuti akan menyebabkan umur tidak panjang. Dan sesuatu binatang yang namanya dijadikan sebagai nama tahun akan memberikan kesan kepada kehidupan. Apakah ini semua mempunyai bukti saitifik atau hanya sekadar khayalan sahaja?

Melukiskan tatu di badan dan mempercayainya akan memberikan perlindungan, kekayaan, keberanian, keyakinan diri dan kegembiraan. Limau yang masih mempunyai daun terlekat padanya membawa maksud hubungan seseorang dengan yang lain akan erat terjalin. Manakala bagi yang baru berkahwin pula, ini melambangkan hubungan perkahwinan yang terjalin akan mekar sehingga mendapat anak yang ramai. Limau adalah lambang kepada kegembiraan..

Pada hari tahun baru, dilarang sama sekali mencuci rambut, kerana perlakuan ini akan mengakibatkan orang tersebut mambasuh pergi segala nasib baik untuk tahun baru itu. Pakaian merah digalakkan untuk dipakai. Merah dianggap warna cerah dan terang, yang memungkinkan pemakainya memperolehi masa depan yang terang. Dipercayai bahawa, cara pemakaian pada tahun baru menentukan nasib seseorang itu pada tahun tersebut. Kanak-kanak, saudara-mara rapat dan orang yang belum berkahwin diberi wang untuk masa depan yang cerah

Adakah kepercayaan ini mempunyai bukti kukuh yang kita boleh berpegang dengannnya? Apakah sumber dan asas untuk mempercayai perkara yang tidak boleh dilihat seperti itu? Apakah hanya berpegang kepada kata-kata orang-orang tua dan tukang tilik sahaja. Tukang tilik tentu saja mendapat habuan lumayan sedangkan perkara yang dia tilikkan tidak punya sedikitpun bukti kebenarannya.

Tulisan ini bukan untuk menghina atau memperkecilkan kepercayaan mana-mana kaum di negara ini. Sebaliknya hanya mengajak semua manusia berfikir lebih saintifik terhadap urusan kehidupan seharian.


Kerana sekiranya kita berpegang kepada sesuatu kepercayaan sedangkan ia tidak benar maka itu hanyalah menjadi punca kepada kerugian dan kemunduran manusia sendiri.

Kepercayaan yang melahirkan kebimbangan tidak akan mengubah keadaan sebenarnya. Ia hanya akan mempengaruhi tindakan kita pada hari ini. Sebagaimana ketidakpercayaan kita terhadap sesuatu perkara yang telah ada tidak akan menyebabkannya menjadi tidak wujud. Sebaliknya percaya kepada seuatu perkara yang telah ada akan mendorong kita bertindak dan akan mendapat hasil sebenarnya dari segala kebimbangan kita.

Sebagaimana seorang yang tidak pergi mencari ikan kerana mendengar khabar angin bahawa di sungai berkenaan ada buaya. Dia akan rugi sekiranya perkara tersebut tidak benar dan buaya tidak pernah ada di sungai itu.

Sama juga dengan keadaan orang yang tidak mahu percaya khabar dari ramai orang yang mengatakan adanya buaya di sungai berkenaan. Dia akan rugi kerana sudah tentu dia akan diserang buaya tersebut.

Orang yang tidak akan rugi ialah mereka yang menyelidiki segala khabar angin dan tidak hanya berpegang dengan kata-kata seseorang sahaja dan memprrcayai kata-kata orang ramai yang bilangan mereka tidak memungkinkan mereka menipu.

Ini cadangan sahaja. Lu fikirlah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan