Sabtu, 20 Februari 2010

USTAZ MADRASAH

Imam Al Ghazzali menulis: tugas orang yang memberi zakat alah mereka hendaklah mengkhususkan zakat itu kepada orang yang bertaqwa dan ahli ilmu, kerana itu akan membantu mereka mengembangkan ilmu. Ilmu adalah ibadat yang paling afdal apabila disertai niat yang ikhlas.

Ibnu Al Mubarak pernah mengkhususkan pemberiannya kepada para ahli ilmu (ulama), ada orang berkata kepadanya: kalau kamu umumkan pemberian kepada semua orang tentu lebih baik. Dia berkata: aku tidak mengetahui selepas pangkat kenabian kedudukan yang lebih baik daripada kedudukan ulama. Bila mereka sibuk dengan urusan mencari keperluan hidup mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada ilmu dan pelajaran, sebab itulah membantu mereka untuk menumpukan kepada ilmu adalah yang paling baik. (Mauizatul Mu’minin, 33)

Beginilah keadaan umat dahulu yang faham kepentingan ilmu. Umat sekarang pula membenci ulama kerana menganggap ulama hanya ingin mengikis duit mereka. Bukan sahaja tidak minat belajar agama tetapi membenci ulama pula. Mereka menganggap ulama perlu bersifat zuhud dan perlu hidup dalam kemiskinan. Itulah pandangan sesat mereka yang berlawan dengan pemikiran ulama sepereti Ibnu Al Mubarak dan Imam Al Ghazzali.

Orang ramai hanya melihat kelemahan dan kekurangan ulama dan para ustaz sedangkan mererka tidak pernah bertanyakan masalah dan keperluan ustaz-ustaz. Kepada orang-orang Tabligh apabila ada ustaz yang tidak keluar 40 hari atau 4 bulan maka bermacam-macam suara sumbang yang akan berbunyi padahal mereka tidak pernah bertanya apakah halangan dan masalah yang tidak membenarkannya keluar.

Ada madrasah yang memberikan gaji kepada para pengajarnya (para ustaz) hanya sebanyak RM 700 sebulan. Walaupun makan, minum dan sewa rumah mereka dibiayai oleh madrasah namun itu tidak mencukupi untuk kehdupan sosial mereka.

Ramai ustaz-ustaz yang ada ibu bapa yang masih hidup, kerana mereka perlu membayar ansuran kereta lebih kurang RM 300 sebulan maka mereka hanya mampu memberi sumbangan kepada ibu bapa mereka yang telah tua hanya sebanyak RM 50. sahaja. Jika disumbang melebihinya akan sumbanglah perbelanjaan ustaz berkenaan untuk bulan itu.

Apabila mereka, isteri atau anak mereka sakit maka kian kempislah poket mereka. Apabila ada kaum kerabat buat kenduri kendara maka si ustaz ni tidak akan mampu memberi apa-apa kepada mereka. Rumah kakak buat kenduri takkan nak bagi sepuluh ringgit kot. Paling kurang RM 50, tapi kalau bagi juga maka terpaksa berhutangla bulan itu. Kerana memang pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja.

Apabila isteri bersalin maka si ustaz ni akan pening kepala memikirkan kepada siapa dia nak berhutang lagi bulan tu untuk bayaran hospital dan lain-lain. Kemudian duit nak buat aqiqah anak pun tak ada, nasib baik ibu yang di kampung masih ada baki simpanan dapat juga ia menyumbang kepada aqiqah cucunya.

Pihak pentadbiran madarasah inginkan komitmen 100 % daripada ustaz, maka mereka terpaksa tunggu madrasah siang dan malam. Nak buat kerja lain pun tak boleh lagi. Nak jual, karpet lagi tak sempat. Tapi pihak pentadbir tidak komited nak naikkan gaji. Kitab pula langsung tak boleh beli sebab gaji tak cukup, tapi kena mengajar kitab besar-besar. Kalau nak mengajar kitab fiqh Al Mahalli, kena study kitab-kitab lain yang besar juga baru betul-betul ada kemampuan nak hurai sebaik-baiknya. Tapi kalau duit tak cukup terpaksa harap ehsan madrasah beli kitab-kitab lain.

Kalau disyorkan buat kutipan derma maka pihak pentadbir akan bantah kerana itu tidak sunnah, tapi apakah sunnah membiarkan para ustaz hidup dalam kesempitan hidup dan dianggap kedekut oleh kaum kerabat kerana amat jarang menghulur kepada mereka sepuluh dua RM. Adakah Ibnu Al Mubarak itu tidak ikut sunnah? Nak iklan kat markaz tabligh untuk sumbangan kepada madrasah, sampai mati pun syura tak bagi.

Ada ustaz yang berhutang dengan madrasah tapi dah lebih dari lima tahun tak mampu bayar kerana memang tak cukup duit nak menyelesaikannya. Nak kahwin kena hutang, naka bayar muka kereta kena berhutang. Hutang saja.

Kalau tuan-tuan para pembaca dan faham maksud Imam Ibnu Mubarak dan Imam Al Ghazzali, tuan-tuan bolehlah beri sumbangan kepada satu-satunya madrasah yang mangajar kitab Misykatul Masabih (6 ribu hadis) sampai khatam selama dua tahun sahaja di Pulau Pinang pada masa sekarang dan insya ALLAH satu-satunya yang akan mengajarkan kitab Sunan Sittah (Sahih al Bukhari, Muslim Tirmizi, Sunan Abi Daud, Nasaie dan Ibnu Majah) serta kitab al Muwatta Imam Malik pada tahun 2011.

عرض فرصة الإنفاق المالى

إن هيئة إدارة المدرسة تفتح أمام السادة والسادات المحسنين فرصة المشاركة في إنفاق المال لبناء بيت الطلبة والمصلى وبيوت الضيوف في هذه المدرسة. ويرجى لمن يرغب في هذا المشروع الخيري إرسال ما تيسر من النقود إلى رقم حساب المصرف التالى :
BSN: 07100-41-00005928-6)

Madrasah tersebut ialah Madrasah Tahfiz Al Quran Penanti. Nama pendaftarannya ialah Pusat Pengajian Al Quran MTT. Nombor akaunnya BSN: 07100-41-00005928-6

Tiada ulasan:

Catat Ulasan