Rabu, 3 Mac 2010

PETUA UNTUK MENGELAKKAN MENGUAP


Apabila kita berada di dalam sesuatu majlis yang dihadiri oleh ramai orang, jika kita sering menguap akan meyebabkan kita terasa malu. Apalagi kalau anak-anak dara yang bertudung menguap di depan orang ramai. Kita kadang-kadang menguap walaupun tidak begitu mengantuk.

Untuk mengelakkan menguap, saya telah terbaca di dalam sebuah buku yang merujuk kepada kitab Aujazul Masalik karangan Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya yang menulis bahawa caranya ialah apabila terasa ingin menguap kita hendaklah berkata di dalam hati: “Nabi-nabi tidak menguap.” Cara telah ini saya amalkan sejak lebih daripada sepuluh tahun (rasanya begitu), memang berkesan.

Para pembaca boleh cuba. Tapi ini berkesan jika kita tidak begitu mengantuk, kalau kita berjaga sampai 4 pagi, saya rasa kurang berkesan. Selamat mencuba. Sesiapa yang telah merasai kesanya sila berikan maklum balas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan