Khamis, 22 Julai 2010

LAMAN WEB LUCAH: LEMAHNYA PEGANGAN AGAMA PARA PEMIMPIN

BEKAS PERDANA MENTERI Mahathir Muhammad telah meminta kerajaan menyekat laman –lamana web lucah. Ini adalah satu perkara yang sangat baik, kerana mangamalkan amar makruf nahi munkar. Tapi soalnya kenapa semasa beliau menjadi PM dulu ia tidak dilaksanakan? Bukankah pada masa itu dengan kuasa penuh akan mudahlah sekatan tersebut dibuat. Kalau cadangan dibuat selepas umat Islam semakin rosak akhlak dan pemikiran mereka kerana laman jijik itu, maka kaesannya amat sedikit.

Semasa menjadi PM Mahathir sangat lantang melaung-laungkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, tapi nak sekat wab lucah pun tak boleh. Islam apakah yang dia laung-laungkan? Dia sangat lantang membelasah oerang-orang PAS dan lawannya, tapi tenyata pemikiran Islamnya amat ketinggalan. Ketingglalan lebih 20 tahun daripada orang Islam yang lain. Menteri-menteri lain pun sama saja. Pak Lah pun tak sekat juga.

Sepatutnya semasa internet dibawa masuk ke Malaysia sejak itulah laman web kotor itu disekat. Sejak awal-awal lagi. Bukannya selepas beratus ribu anak haram dilahirkan baru nak sekat. Bukannya selepas beribu kes rogol berlaku baru terfikir nak sekat. Kata cerdik sangat, kata Islam sangat, tapi kes macam ni pun tak faham.

Semua umat Islam tahu bahawa menonton laman web begitu adalah haram. Dia juga menjadi punca zina, liwat rogol dan lain-lain maka kerajaan WAJIB menyekatnya dari permulaan dan selama-lamanya. Tapi tidak pernah ada pun cadangan daripada mana-mana menteri nak sekat. Menteri yang dulunya ustaz ustazah pun tidak pernah sentuh.
Bila Mahathir sebut perkara berkenaan, akhbar-akhabr pun buat-buat kecoh nak tumpang jadi lebai sekejap, lepas ni senyap baliklah. Sama-sama ketinggalan zaman.

Saya telah tulis dalam blog ini mengenai azab dan penderitaan umat Islam bila zina semakin banyak berlaku. Tapi para menteri bukannya tahu perkara macam ni, sebab itu mereka tak buat apa-apa pun.

Mereka sibuk cari duit dan pengaruh saja. Wajib, halal, haram depa bukan peduli sangat. Samalah dengan akhabr-akhbar dan setesen tv. Dalam hal ini negara bukan Islam pun cerdik juga mereka berfikir laman lucah ini akan menggugat keselamatan negara dan menyekatnya, tapi pemimpin-pemimpin Malaysia ni jenis tak faham-faham.

Kalau orang kata tak mahu Islam, UMNO akan melenting, tapi tak ada bukti pun mereka nak amal Islam. kalau nak amal lama dah depa sekat laman lucah ni.

3 ulasan:

  1. Kita pertimbangan cadangan tersebut adalah baik dan berguna untuk hal ehwal tanahair kita juga. Tak kira bila sekatan dilakukan, kalau dibuat sekarang pun baik daripada tak ada sekatan langsung.

    BalasPadam
  2. Bukan soal sapa ketinggalan atau terkedepan dalam mencadangkan idea Islam dalam negara kita ini. Kalau dilihat, di negeri Kelantan pun ramai penyokong fanatik PAS yang tak tahu apa tentang Islam. Masjid penuh sebab diisi oleh tazkirah kutuk dan caci saja. Pendek kata, "taklik buta saja", orang Islam kena bijaksana. Kalau nak sekat kemungkaran, rakyat perlu ada ilmu agama yang cukup. Mujur juga kita diperintah oleh kerajaan majoriti Melayu, kalau tidak anak bangsa kita sekarang tak tahulah ikut budaya mana? Nak tadbir negara adalah urusan bersama. Bukan pihak kita saja yang benar, kadang-kadang mengaku benar sebab nak kaut untung dunia yang sedikit saja. Maklumlah, sekejap saja usia anak Adam dalam dunia ni. Orang yang mengaku Ulama pun ada nafsu juga, bukan mereka itu Malaikat, termasuk juga al-fadhil ustaz kamal kita ni. Ingat ya ustaz, al-quran untuk dibaca, dufaham dan diikuti pesanannya, bukan sekadar nak dibaca ayatnya sebab nak pukul pihak lawan ya ustaz.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak pernah kata Quran tu untuk pukul pihak lawan. Itu macam tuduh saja. Kalau diberi cadangan yang baik sepatutnya terus diterima, bukannya dengan jawapan yg bermacam lagi.

      Padam