Sabtu, 6 Ogos 2011

KESILAPAN PESAKIT KETIKA SOLAT


Kadang-kadang kita temui orang yang datang ke masjid dalam keadan baik, kemudian ketika hendak solat dia terus duduk belunjur; rukuk dalam keadaan duduk, dan sujud dia hanya buat isyarat sahaja kerana tidak dapat sujud dalam keadaan berlunjur.

Apakah hukum solat orang itu? Jawapannya: solatnya tidak sah, kerana dia telah meninggalkan rukun yang ia mampu lakukan iaitu berdiri dan rukuknya juga tidak cukup syarat yang ia mesti dilakukan dalam keadaan berdiri.

Apakah cara penyelesaiannya:

Dia hendaklah mulakan solatnya dengan berdiri, ruku dalam keadaan berdiri dan sujud dengan isyarat, juga dalam keadaan berdiri juga. Kerana dia tidak boleh lipatkan lututnya untuk sujud, maka dia dibenarkan tinggal sujud dan duduk antara dua sujud, dan dilakukan dengan isyarat sahaja.

Perkara ini disepakati dalam Mazhab Syafie.

Hukum ini adalah berdasarkan kaedah:

الميسور لا يسقط بالمعسور

(perkara yang mudah dilakukan tidak boleh ditinggalkan kerana perkara yang susah
dilakukan)

kaedah ini adalah berdasarkan hadis: “apabila aku perintahkan kamu melakukan sesuatu perkara maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu.”

Jadi rukun berdiri dan rukuk dalam keadaan berdiri adalah perkara yang mampu dan mudah dilakukan, maka ia tidak boleh ditinggalkan. Manakala sujud dan duduk antara keduanya adalah tidak mampu dibuat maka hanya itu yang harus ditinggalkan.

(sila lihat kitab Al Asybah wan Nazair, Allamah Suyuti, halaman 176)

Apabila disebut kemampuaN itu bermaksud perkara yang tidak terlalu susah dilakukan. Malas tidak termasuk dalam tidak mampu. Apabila seseorang berkata: saya tidak mampu pergi solat berjamaah, maka itu adalah penipuan, kerana pergi solat berjamaah adalah masih didalam kemampuan manusia dan buka perkara yang susah. Itu lebih tepat dikatakan: saya malas pergi solat berjamaah.

Yang benar ialah saya tidak mampu pergi solat berjamaah kerana demam kuat sampai tak boleh berjalan jauh.

Apabila puasa boleh dilakukan oleh semua orang yang sihat, maka apabila ada yang berkata: saya tidak mampu berpuasa, maka itu juga adalah bohong. Yang betul ialah dia malas berpuasa dan tidak mahu merasa kelaparan dan keletihan berpuasa sedikitpun. Kalau berpuasa sehari adalah perkara yang manusia tidak mampu lakukan Allah tidak akan memfardukannya ke atas mereka.


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan