Jumaat, 23 April 2010

MADRASAH TAHFIZ: PENYELAMAT GENERASI MUDA

MELAKA 22 April - Golongan tahfiz di negara ini diminta tampil membantu menyelesaikan pelbagai permasalahan sosial yang melanda umat ketika ini.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz berkata, sebagai golongan yang mempunyai asas kukuh dalam pengajian al-Quran, mereka lebih diyakini umat Islam.
Justeru, menurut beliau, ia perlu diterjemahkan menerusi kebijaksanaan mengaplikasikan ilmu agama dan teknologi terkini bagi mengukuhkan keyakinan tersebut dan mendekati masyarakat. (petikan akhbar)

Golongan tahfiz yang yang layak membantu menyelesaikan masalah sosial yang melanda ialah mereka yang dididik dan ditarbiah di madrasah/institut yang melaksanakan sistem tarbiah yang berjaya
Ciri-ciri manusia seperti itu adalah yang sering digambarkan sebagai “ruhban fil lail, fursan fin nahar” maksudnya yang menjadi ahli ibadat pada waktu malam, dan gagah berjuang pada waktu siang.

Apakah semua madrasah/maahad tahfiz mampu melahirkan manusia begitu? Jawapannya tentulah TIDAK. Kerana masih banyak madrasah yang tidak mempunyai asas tarbiah yang betul dan tepat. Kerana mereka tidak tahu asas tarbiah yang sebenarnya. Kerana ustaznya juga tidak bersifat sedemikian.

Saya pernah melihat sendiri sebahagian madrasah (samada kelas tahfiz atau kelas alim) yang mempunyai ramai pelajar yang istiqamah melakukan solat tahjjud pada setiap malam, yang dapat khatam al quran beberapa kali setahun walaupun bukan hafiz, pelajar yang amat menghormati guru mereka.
Pelajarnya berebut-rebut untuk melakukan khidmat kepada ustaz tanpa perlu diminta, hanya ditanya: siapa yang sedia basuh kereta ustaz, atau cuci halaman rumah ustaz, malah ada yang meminta mengurut kaki dan badan ustaz kerana bermaksud menyukakkan hari ustaznya. Ketika ketika di madrasah atau dalam perjalanan, ada pelajar yang sukarela membasuh baju ustaz.

Saya sendiri ketika kadang-kadang bermalam di masjid kerana program khuruj bersama pelajar, ada pelajar yang menyiapkan tempat tidur (bedding, selimut dan bantal) tanpa diminta, dan kemudian menyediakan sebotol air berhampiran tempat tidur yang boleh digunakan untuk minum dan lain-lain.

Apakah semua madrasah mampu melahirkan pelajar yang seperti ini? Adakah sekolah-sekolah menengah kerajaan mampu mehairkan pelajar seperti ini. Jauh panggang dari api.yang nyatanya sekolah menengah kerajaan jadi sarang pelajar bermasalah, malah dari sekolah rendah lagi masalah sosial telah ada.
Sedikit sahaja sekolah agama yang boleh mewujudkan pelajar berakhlak mulia seperti itu. Yang kebanyakannya perangai pelajar-pelajar pondok dan sekolah-sekolah agama sama saja dengan pelajar sekolah menengah.

Kata-kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia itu menunjukkan bahawa sekolah menengah kerajaan memang tidak boleh diharapkan untuk mendidik para pelajar menjadi insan sebenar. Kerajaan bertegas mengarahkan semua pelajar mengikuti pengajian menengah dan akan menyaman mereka yang gagal ke sekolah menengah, tapi apakah jaminan bahawa para pelajar akan selamat daripada penyakit sosial? Ibu bapa berhak melarikan anak-anak mereka daripada sistem pendidikan yang akan merosakkan mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan