Khamis, 30 Disember 2010

CHINA LEBIH BAIK DARIPADA MALAYSIA

CHINA TUTUP LAMAN WEB LUCAH


BEIJING: Kerajaan China sehingga semalam sudah menutup lebih 60,000 laman web pornografi sebagai sebahagian usaha membanteras kandungan bahan lucah dalam atas talian.

“Sehingga akhir November, kami sudah memeriksa 1.8 juta laman web dan menutup lebih 60,000 laman web yang menyebarkan bahan lucah,” kata menteri di pejabat akhbar Kabinet China, Wang Chen. Pada masa sama, katanya, 58 orang sudah dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun dalam usaha membanteras penyebaran kandungan bahan lucah di laman web dan telefon bimbit yang dilancarkan sejak Disember tahun lalu. China yang mempunyai pelayar Internet terbesar di dunia dengan 450 juta pengguna juga melaksanakan sistem penapisan paling ketat yang dikenali sebagai ‘Great Firewall of China’. - AFP (Harian Metro, 31 Disember 2010)

Malaysia bila lagi. Cuba tanya Che Det dengan Jeeb. Apa depa nak jawab. Depa dua orang ni pandai-pandai. Memang pandai jawab nak lepas diri dari kritikan. Tapi kat akhirat kena pandai jawab juga la.






Watak Meng di dalam komik Storm Riders. Rasanya ada juga orang Gerik muka macam ni. Siapa yang pernah jumpa? Atau ada orang yang rasa muka dia macam ni bolehla beritahu saya. Saya masa muda dulu minat betul dengan komik ni, lebih-lebih lagi dengan si Mong ni, muka ah moi ni sebenarnya hanya keluar sekali saja dalam siri 12 (kalau tak silap.)

Isnin, 20 Disember 2010

PENYELEWENGAN BAHASA ARAB OLEH LIDAH MELAYU

Artikel ini ditulis di atas maksud memperbetulkan kefahaman di dalam ilmu Islam. Kerana ilmu-ilmu Islam adalah bersumberkan bahasa Arab, dengan tepatnya pengertian sesuatu kalimah Arab diterjemahka ke dalam bahasa Melayu akan menjamin kefahaman sebenar dan menjauhkan kekeliruan.

Saya pernah mengajar di beberapa masjid dan surau di Daerah Gerik beberapa tahun dahulu. Ada di antara orang yang menghadiri kuliah saya cuba memepertikaikan apabila saya memeperbetulkan makna “tertib” yang menjadi rukun solat. Sebelum menghuraikan saya berkata, “kita tidak boleh faham ‘tertib’ di dalam kitab fiqh mengikut cara Bahasa Melayu. Sebagaimana tidak boleh diertikan kalimah “ikhtiyar’ ikut cara Melayu juga. Jika kita berpegang tertib dengan makna Melayu yang seerti dengan bersopan santun, dan iktiyar yang seerti dengan usahakan maka itu menimbulkan kekeliruan dan salah faham.

Orang tua berkenaan tiba-tiba mencelah: “dalam sembahyang kena ada tertib juga.” Saya faham bahawa maksudnya ialah solat hendaklah dilakukan dengan adab-adabnya. Saya kata: “tertib di sini dengan makna membuat rukun solat dengan aturan yang ditetapkan di dalam kitab-kitab fiqh.”

Selepas habis mengajar dan ketika bersalam dengan saya, pakcik tadi berkata lagi, tak puas hati lagi, “tertib kena ada dalam sembahyang.” Saya hanya diam sahaja.
Sekiranya pakcik itu tidak faham maksud tertib sebenarnya, ini mungkin menyebabkan solatnya tidak sah. Kerana ada ulama yang berpendapat salah satu syarat sah solat ialah mengetahui rukun solat dan dapat membezakannya daripada sunat.

Begitu juga dengan iktiyar dalam bahasa Arab bererti kehendak sendiri, pilihan sendiri dan bukan terpaksa. Ini dibincangkan dalam masalah aqidah bahawa Ahli Sunnah wal Jamaah menafikan ‘jabr’ yang dipegang oleh firqah Jabriyyah yang mengatakan bahawa manusia membuat sesuatu perkara dalam keadaan terpaksa. Ini kadang-kadang berpunca daripada ustaz yang tidak ada ilmu yang cukup tapi terlalu berani mengajar di masjid supaya dapat side income.

Saya pernah dengar sendiri ustaz yang berkata Surah Zamri, yang sebenarnya ialah surah Zumar. Sebagaimana Ubayy ibn Kaab disebut Abi ibn Kaab. Malah ada juga khatib yang menyebut Uwas, walaupun yang sebenarnya ialah Aus.
Semuanya adalah berpunca daripada ustaz dan ustazah yang buat-buat pandai walaupun sebenarnya tidak ada ilmu yang cukup.

Saya pernah pergi ke sebuah PASTI gambar seekor anjing ditulis dengan “qalbun” (dengan huruf qaf) yang bermakna hati, sepatutnya di tulis dengan “kalbun” (huruf kaf).

Di dalam akhbar sering ditemui kalimah “allahyarmah”. Ia menjadi penggunaan umum oleh para manusia Melayu yang jahil Bahasa Arab. Sebenarnya perkataan ini salah dan tidak pernah digunakan oleh mana-mana orang Arab pun hatta Arab Badwi yang tak masuk sekolah pun. Yang betul dan patut digunakan ialah “AL MARHUMAH”. Kalau digunakan Allah yarham, akan jadi ALLAH YARHAMHA.

Kemudian perkataan yang telah saya dengar sejak kanak-kanak hingga sekarang yang masih terus salah disebut oleh para pembaca berita di radio dan tv ialah ABU ZABI yang disebut dengan abu dabi kerana ia dieja dengan ABU DHABI. Ejaan ini adalah berasal dari Bahasa Inggeris, untuk menyebut huruf ‘z’.seperti Dhuhur untuk sebutan (solat) zuhur. Hairan sungguh kenapa puak-puak ni sampai sekarang tak reti-reti nak perbetulkan. Kalau tak percaya buka tv UAE. Yang paling tepat disebut ialah ABU ZOBI.

Kemudian kesilapan yang berlaku ialah pada perkataan “takrar” yang disebut “TIKRAR.” Namun kesilapan ini hanya berlaku pada ustaz-ustazah kerana hanya meeka yang menggunakannya. Ada seorang profesor madya yang menggunakan tikrar, hairan juga macam mana manusia yang ada PhD boleh tak sedar kesilapan macam ni. Selepas tahu bahawa dia ambil PhD kat Glasgow baru saya faham barangkali di sana ada penyelewengan Bahasa Arab yang dibuat oleh mat-mat saleh. Pergila belajar kat negara Arab, yang kau pergi belajar kat Scotland tu kau dapat apa?

Di dalam buku ulangkaji Pendidikan Islam untuk sekolah menengah ditemui perkataan Umar Al Khattab. Dalam bahasa Arab perkataan Umar Al Khattab adalah amat berbeza dengan Umar ibnu/bin Al Khattab. Kalau ditulis Umar Al Khattab bermakna ia bukanlah Saiyyiduna Umar ibnu Al Khattab. Kerana Umar Al Khattab memnujukkan bahawa Umar dan Al Khattab adalah orang yang sama. Sedangkan Umar ibnu Al Khattab bermaksud Umar anak lelaki Al Khattab.

Lihat pula pada perkataan ‘mulla’ contohnya Mulla Umar. Kalimah tersebut dibaca mullah dengan ditebalkan huruf lam seperti menyebut nama ALLAH. Perkataan mullah di dalam bahasa Arab tidak mempunyai huruf ha di akhirnya., malah hanya huruf alif. Ini semua kerja tiru ejaan Barat yang menulis mullah. Sebagaimana kalimah Ramallah ditebalkan sebegitu. Ia tidak perlu ditebalkan kerana ia hanya pada kalimah ALLAH sahaja. Ini adalah tanda jahilnya para pembaca berita dengan kalimah Arab.
Begitu juga perkataan Karzai sepatutnya dibaca dengan karza-i mengikut ejaan dalam tulisan Urdu atau Pushto. Sebagaimana Pushto adalah nama bagi bahasa orang Afghan tapi ditiru berita Barat maka disebut Pashtun. Lidah Inggeris memang banyak merosakkan bahasa termasuk Melayu sendiri. lihatlah Jauhar ditukar oleh lidah keras mereka menjadi Johor. Orang Johor pun tak tahu apa makna johor.

Sebenarnya orang Kedah bubuh nama anak depa AZRO’IE atau dieja dengan AZRA-‘I, sama dengan Karzai-i. Depa tak tau pasai pa tiba-tiba jadi glemer macam mat saleh sebab jadi nama baru disebut AZRAI ada sama dengan muRAI. Sebabnya adalah kejahilan para pengamal media sebut begitu.

QOIS sepatutnya disebut sama macam kais. Tapi dalam filem disebut QO-IS. Sapa yang ajaq depa jadi lagu tu?

Ahad, 19 Disember 2010

NAMPAK/KASYAF SAJAK


Allamah Iqbal pernah menulis dalam bukunya Asrar –i- Khudi (Secrets of The Self): (terjemahannya) “it is in poets breast that Beautiful unveil.”

Apabila melihat kepada langit cerah yang berwarna biru tanpa awan sedikit pun, seperti yang terjadi di daerah Gerik apabila musim kemarau pada bulan Februari dan seterusnya, atau di tempat-tempat lain, ada orang yang merasa langit cantik, dan ada orang yang merasakan ia terlalu cantik.

Apabila melihat kepada sekuntum (atau beberapa kuntum) bunga mawar merah berlatarkan kehijauan daunnya, ada orang yang merasa ia cantik, dan ada orang yang akan merasa ia begitu cantik sehingga terpegun.
















Keindahan langit adalah amat memukau bagi manusia yang kedua sehingga Sapardi Djoko Damono pernah menukilkan perkataan (liriks) The Beatles: “because the sky is blue it makes me cry” dalam permulaan sajaknya dalam antologi Sihir Hujan. Lihat juga pada kata-kata A Samad Said: “bagi setiap penyair gundah, daun gugur pun dirasakan indah.” (Benih Semalu). Tidak hairan jika penulis lirik menulis: “berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu” kerana bagi insan tertentu semuanya adalah amat indah.



Manusia kedua dalam peristiwa di atas adalah sifat orang yang “NAMPAK SAJAK” atau boleh juga dipanggil “kasyaf sajak.” Keadaan seperti itu adalah amat jarang, dan saya rasa di Gerik tidak orang seperti itu. Maksud saya tidak ada orang di Gerik yang NAMPAK SAJAK atau mempunyai KASYAF SAJAK. Bukan sahaja di Gerik malah di negara Malaysia yang tercinta ini pun ramai yang meminati sajak tapi tak pernah tahu wujudnya kasyaf sajak ini. Guru yang mengajar sastera di sekolah-sekolah menengah pun ramai tak tahu, para pelajar universiti yang mengambil bidang yang sama masih ramai yang jahil mengenainya. Ini kerana saya pernah temui mereka. Ketika memberi ceramah mengenai sajak pada tahun 90 an di SMSIS II Gerik, selepas memberikan huraian ringkas mengenai sajak, seorang guru yang juga pengacara, berkata: saya tak pernah dengar benda macam ni.

Mari saya mulakan untuk mempelajari apakah sebenarnya “NAMPAK SAJAK.”
Kalau kita melihat sebuh buku antologi sajak, kita akan melihat ada yang mempunyai pelbagai warna (colorful), ada yang dua tiga warna sahaja, dan mungkin yang hanya ada dua warna sahaja. Apa tujuan warna-warna tersebut? Sebenarnya warna-warna tersebut adalah warna di dalam sajak-sajak yang termuat di dalam buku berkenaan. Kita lihat contonya antologi ‘Sihir Hujan’ karya Sapardi Djoko Damono. (terbitan DBP) Kulit luarnya berwarna hitam, dua tiga lembar kerta di dalamnya juga berwarna hitam.dan rupa taip (font) isi sajak di’bold’kan. Ini adalah kerana dunia latar antologi ini adalah berwarna hitam. Sekiranya kulit buku ini diwarnakan merah sudah pastilah dunia buku ini akan rosak dan pembaca tak akan dapat menikmatinya sehingga kemuncak.

Kemudian di belakang antologi sajak pula selalunya ada gambar penulisnya. Gambar ini ada berbagai-bagai gaya samada pandangan depan atau sisi. Ini ialah kerana apabila kita membaca karya tersebut kita akan dapat melihat gambaran penyair berkenaan bercakap dalam gaya seperti di dalam gambar tersebut. Gambarnya perlu disesuaikan dengan rupa penulis ketika berucap dalam sajak-sajaknya. Contohnya seperti Sapardi dalam buku tersebut adalah dengan gaya agak tersenyum dan menghadap dengan cara sepeti yang di belakang antologi tersebut.

Rupa bentuk font dalam setiap antologi juga berbeza. Lihatlah font bagi antologi Sajak-sajak Sejarah Melayu karya Muhammad Haji Saleh berbeza dengan font di dalam antologi ‘Kalau Atau Dan Maka’ dan ‘Aksara Usia’ karya beliau juga. Kenapa begitu? Jawapanya ialah kerana itulah dunianya yang tampak pada setiap antologi.

Kemudian kepada peringkat seterusnya, bagi mereka yang nampak sajak, setiap sajak mempunyai suara khusus penulisnya. Mereka akan dapat mengenali suara Usman Awang, A Samad Said, Muhamad Haji Salleh, A Latif Mohidin dan lain-lain. Suara ini bagaikan (atau memang) terdengar di dalam ucapan bait-bait sajaknya. Merintih, merayu, agak bergurau atau nada tenang. Mengikut pengalaman saya,suara Latif Mohidin agak perlahan berbanding suara A Samad Said, suara Muhammad Hj Saleh hampir sama dengan nada Usman Awang.

Peringkat menikmati sajak selalunya akan datang selepas latihan/training untuk nampak sajak. Bagi orang biasa kata-kata hanyalah kata yang mungkin akan menjadi enak didengar hnya bila ia mempunai rima tertentu di akhir. Tetapi bagi penyair yang nampak sajak (penulis sajak yang belum nampak sajak tak layak digelar penyair), setiap kata-kata mempunyai sentuhan indah sendiri, yang berbeza mengikut setiap penulisnya. Semua nama-nama besar dalam dunia sajaka di Malaysia mempunyai sentuhan keindahan sendiri yang sekiranya pembaca yang nampak sajak menemui mood khas untuk buku tersebut, ia dapat mengecap nikmat setiap sajak ke tahap paling maksima. Mood yang dimaksudkan ialah hari tertentu untuk menkmati sesebuah karya. Misalnya pada minggu ini mood/selera kita untuk membaca ‘Pesisir waktu’ karya A Latiff Mohidin, maka selera ini akan berkekalan untuk beberapa hari; seminggu atau dua minggu, kita hanya kan dapat menikmati isi buku ini sahaja. sekiranya kita cuba untuk membaca dan menikmati ‘Balada Hilang Peta’ A Samad Said, maka buku Pak Samad ini dirasakan tak mempunyai nilai sedikit pun. Waktunya mungkin dua tiga hari lagi.

Keindahan ketika menikmati sajak ini akan dirasakan di dalam diri pembaca. Sebagai mana seseorang merasakan rindu, sayang, cinta, sedih dan sebagainya. Begitulah juga keindahan ketika membaca sajak ketika pada tahap teritinggi, akan terasa di dalam diri pembaca. Tahap tertinggi ialah keadaan selera atau mood pembaca untuk terbuka kepada semua output dari bada sajak yang dibaca. Contohnya seperti signal wifi, jika berwarna hijau maka kita akan dapat surf internet dengan cemerlang. Begitu juga sekiranya mood dan keselesaan ketika menikmati sajak dalam tahap rendah maka keindahan sajak mungkin hanya 60-70 peratus saja. Saya pernah tak boleh tidur selepas membaca Mathnawi Jalaluddin Rumi kerana zauq dengan nikmat selepas menikmati ‘rintihan seruling yang dipisahkan daripada rumpun buluh’ dalam buku tersebut. Terasa begitu mendalam dan menyentuh jiwa rintihan Rumi dalam karyanya. Kenimatan ini akan disempurnakan oleh pemilihan kata-kata dan rima oleh penulis. Semakin pakar ia dalam pemilihannya maka semakin indah sebuah karya itu.

Saya rasa kerohanian penulis memainkan peranan untuk tahap kenikmatan ini. Kerana terasa ada perbezaan antara Rumi, Iqbal, Imam Syafie dengan penulis-penulis lain. Terasa seolah-olah Rumi ‘berlari’ lebih laju daripada penulis-penulis Malaysia. Dan Imam Syafie di dalam Diwannya terasa lebih bersih.

Dunia Rumi juga lebih luas, lebih putih dan kudus, manakalah penulis-penulis di Malaysia yang bukan alim ulama, dirasakan berbeza.

Patah-patah perkataan mempunyai sentuhan tersendiri.Perkara ini mungkin disedari oleh ramai manusia lebih-lebih lagi yang mempunyai bakat kepenyairan. Mari kta lihat kalimah-kalimah dari Usman Awang:

Dayang,
Siapakah di antara kamu
Dapat mengatakan padaku
Dan menyanyikan seperti pada rajamu
Akan kemerduan suara buluh perindu?

(Matinya Seorang Pahlawan, DBP, 1992)

Secara keseluruhannya sudah tentu karya Sasterawan Negara ini mempunyai kata-kata yang kental dan padat. Contohnya beliau memilih perkataan ‘kamu’ dan tidak menggunakan perkataan ‘kalian’, yasng menjadikan ‘siapakah di antara kalian’ yang memang tidak sedap langsung. Bait ini dipadatkan oleh perkataan ‘kamu’ dan diteruskan oleh ‘padaku, ‘ dan dimerdukan oleh ‘mengatakan,’ ‘kemerduan’ dan ‘perindu’, ia di kentalkan oleh ‘buluh’. Sukar memilih bahasa untuk menerangkan perkara ini.

Apabila berada dalam mood terbaik pembaca akan dapat merasakan nikmat dari kalimah dan bait di atas.

LATIHAN UNTUK MENCAPAI KASYAF SAJAK


Untuk mencapai tahap ini syarat wajib yang perlu ada pada seseorang ialah bakat. Ataupun boleh dipanggil tapak asas untuk menerima futuh atau kasyaf. Seseorang yang tidak punya bakat seni ini memang tidak layak untuk mencapainya.

Langkah awal ialah dengan membaca sebuah antologi sajak-sajak pendek, saya dibimbing oleh shifu saya menggunakan buka Pesisir Waktu Latif Mohidin. Antologi sajak ini hendaklah dibaca sehingga tamat berulangkali, tiga atau empat kali. kemudian tukar ke karya pengarang lain contohnya Benih Semalu A Samad Said. Selepas membaca sampai tamat beberapa kali kita akan mula dapat menilai perbezaan antara dua pengarang ini.

Caranya ialah membacanya dalam hati, dengan suara senyap sahaja, ini bukan deklamasi. Selepas tamat dua buah buku tadi, bolehlah dicari karya-karya lain yang ringan. Selepas ini kemungkinan trainee tadi dah mula terbuka satu tahap selain mampu membezakan antara karya. Selepas ini bolehlah dicuba karya-karya pertengahan seperti ‘Ayn Kemala, Pelabuhan Putih atau Kalau Atau Dan Maka. Setelah biasa dengannya bolehlah masuk kepada karya berat dan panjang seperti Sajak-sajak Sejarah Melayu dan Matinya Seorang Pahlawan dan seumpamanya.

Kelebihan yang ada pada kasyif sajak ialah dapat menikmati keindahan lebih daripada orang lain. Keindahan wujud pada berbagai-bagai tempat. Dan yang paling indah ialah dalam agama. Al Quran adalah disusun dengan kata-kata yang terbaik yang sudah pasti ia dapat dinikmati oleh kasyif sajak yang tahu bahasa Arab. Manakala terjemahannya jika dibuat oleh selain kasyif sajak ia agak kurang indah. Begitu juga setiap karya besar contohnya Mathnawi Rumi jika diterjemah oleh bukan kasyif sajak dari Inggeris ke Melayu maka ia akan akan mengurangkan keindahan yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Kasyif sajak juga akan mahir menilai hasil penulisan dan sudah tentu ia sendiri mahir menulis, menyusun kata dalam penulisan samada sajak atau karya ilmiah. Ia akan tahu manakah ayat yang padat dan kental dan manakah yang longgar dan lemah.

Khamis, 30 September 2010

PENGAJIAN DAURAH HADEETH DI MADRASAH TAHFIZ AL QURAN PENANTI

Baru-baru ini madrasah ini telah bermesyuarat dan memutuskan untuk memulakan pengajian DAURATUL HADEETH pada sessi pengajian 2011 bagi Kelas Tujuh.

Pengajian daurah hadeeth ialah pengajian kitab-kitab berikut:

1. Sahih al Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Sahih Tarmizi
4. Sunan Abi Daud
5. Sunan Ibnu Majah
6. Muwatta Imam Malik

Untuk Kelas tujuh hanya kitab Al Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud yang diajarkan. Manakala baki yang lain akan diajarkan pada tahun 2012 di dalam kelas Lapan.

Di samping kitab-kitab tersebut kitab-kitab lain yang diajar dalam kelas tujuh ialah

1. Tafsir al Baidhawi
2. kitab fiqh Al Mahalli
3. kitab balaghah Muktasar Maani
4. Mustalah hadis Nukhbatul Fikar

Pada kelas Lapan hanya kitab-kitab hadis yang diajar tanpa kitab-kitab lain.

Ahad, 29 Ogos 2010

SOLAT TARAWIH MAZHAB EMPAT


Bilangan rakaat tarawih menurut mazhab empat:


KENAPA MESTI MENGIKUT ULAMA MAZHAB EMPAT? KERANA MEREKA ADALAH ULAMAK-ULAMAK MUJTAHID PAKAR DALAM AGAMA YANG NABI TELAH MENGIKTIRAF MEREKA DIBERI PAHALA KETIKA MENGHUKUM.

Di dalam kitab Rahmatul Ummah fi ikhtilafil A’immah halaman 33, ditulis: Dan sebahagian solat yang disunatkan ialah solat Tarawih dalam bulan Ramadhan, di sisi Abu Hanifah, as-Syafi’e dan Ahmad bin Hanbal sebanyak 20 rakaat. Diceritakan dari Malik solat tarawih ialah sebanyak 36 rakaat.

Di dalam kitab Al Anwar As Sati’ah (Mazhab maliki): sunat muakkad solat tarawih, dua puluh rakaat dengan sepuluh kali salam, pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.


Dalil tarawih mengikut mazhab yang berpegang dengan 20 rakaat.

Ulama mazhab berkenaan berhujah dengan hadis-hadis berikut:

Dalil Pertama

Riwayat al-Baihaqi dengan sanad sahih bahawa: “orang ramai semasa pemerintahan Umar bin al-Khattab solat pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh rakaat.”

Dalil Kedua

Imam Malik bin Anas meriwayatkan dari Yazid bin Ruman: “manusia mengerjakan solat pada masa Umar pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh tiga rakaat.” (Al-Muwata’ m 102, sahih). Imam al-Baihaqi mengatakan itu adalah bersama witir tiga rakaat.”
Dalil Ketiga

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam solat pada bulan Ramadhan dua puluh rakaat selain witir.” (hadis dhaif riwayat Ibnu Abi Syai-bah, at-Tabarani dan al-Baihaqi)

(Riwayat Ibnu Abi syaibah dalam Musannaf, jil 3, 355; Abd ibn Humaid, dalam Musannafnya; Al Baghawi dalam kitab Mukjam; Tabrani dalam Mukjam Kabir; Al Baihaqi dalam kitab Sunan; semua mereka dari jalan Abu Syaibah Ibrahim ibn Uthman, dia seorang yang dhaif,)

Riwayat lengkap dari Ibni Abi Syaibah ialah: menceritakan kami Yazid ibn Harun, ia berkata: menceritakan kami Ibrahim ibn Uthman, dari al Hakam, dari Miqsam, dari Ibnu Abbas.

Hadis ini menjadi kuat dengan adanya ijma’ para sahabat. (Fathul Mulhim, 5, 118)

Dalil Keempat

Diriwayatkan dari Ali (ra) bahawa beliau menyuruh seorang lelaki bersolat dengan orang ramai sebanyak dua puluh rakaat. (Sunan Kubra Baihaqi, j 2, ms 699)

Al-A’masy meriwayatkan bahawa Abdullah bin Masud solat dua puluh rakaat dan witir tiga rakaat. Ini juga sahih dari Ubay bin Kaab.

Para tabiin yang berpegang dengan tarawih 20 rakaat ialah Syutair bin Syakl, Ibnu Abi Mulaikah, al-Harith al-Hamdani, ‘Ata bin Abu Rabah, Abul Bahtari, Said bin Abul Hasan al-Basri saudara al-Hasan al-Basri, Abdur Rahman bin Abu Bakr dan Imran al-‘Abdi. (Umdatul Qari, j 11, 180)

Tersebut di dalam al-Iqna’ fi Masa’il Ijma’: diriwayatkan dua puluh rakaat dari Ali (radhiyallahu anhu) dan Syutair bin Syakl, dan ianya sahih dari Ubayy bin Kaab tanpa ada yang menentang dari kalangan sahabat, dan inilah qaul jumhur. (j 2, m 508)

SUNNAH KULAFA AR RASYIDIN

Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya berkata: pengarang kitab al Fathul Rahmani menukil kata-kata al Allamah Al ‘Aini: para sahabat Imam Syafie dan Imam Ahmad ibn Hanbal berhujjah dengan riwayat sahih dari al Baihaqi dari Saib ibn Yazid: adalah mereka solat pada masa Umar dua puluh rakaat, dan pada masa Uthman dan Ali seperti itu.

Di dalam kitab al Mughni diriwayatkan dari Ali bahawa beliau menyuruh seorang lelaki solat sebanyak dua puluh rakaat. (Aujaz Masalik, j2, ms 534)

Tersebut di dalam kitab Mirqatul Mafatih karangan Mulla ‘Ali Qari: keadaan so-lat tarawih dua puluh rakaat ialah sunnah Khulafa Rashidin. Sabda Nabi (saw): “Lazimkan ke atas kamu sunnahku dan sunnah khulafa rashidin” (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Di tempat lain Nabi (saw) bersabda: ikutilah dua orang selepasku Abu Bakr dan Umar (radhiyallahu anhuma). Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dan ia mengatakannya hasan, dan Ibnu Majah dari Abdul Malik bin Umair dari Rib’ie dari Huzaifah bin al-Yaman.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar: telah berlaku khilaf ulama ke atas Abdul Malik, ia dilemahkan oleh Abu Hatim. Kata al-Bazzar seperti Ibnu Hazm: hadis ini tidak sahih kerana Abdullah tidak mendengarnya dari Rib’ie dan Rib’ie tidak mendengarnya dari Huzai-fah, tetapi hadis ini mempunyai shahid (penyokong.) (Faidhul Qadir syarah al-Jamius Saghir, j 2, 56)
Penyokong yang dimaksudkan ialah hadis di bawah:

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Ibnu Mas’ud ar-Ruyani dari Huzaifah,dan ia mengatakannya hasan; Ibnu ‘Adi dari Anas, dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dengan sanad lemah: sabda Nabi (saw) ikutilah orang-orang selepasku dari kalangan sahabatku: Abu Bakr, Umar, dan ikutlah petunjuk Ammar (bin Yasar), dan berpeganglah dengan pesanan (Abdullah) ibnu Mas’ud. (Faidhul Qadir, 2, 57)
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam): “...dan kamu akan lihat selepas ketiadaanku perselisihan yang banyak, maka lazimkanlah ke atas kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa rashidin, gigitlah dengan geraham kamu..” (riwayat Imam Ahmad, at-Tarmizi katanya: hasan sahih, Abu Daud, Ibnu Majah, ad-Darimi dan al-Hakim)

Ibnu Umar meriwayatkan, telah bersabda Baginda (saw) “Sesungguhnya Allah telah meletakkan kebenaran (al-haq) di atas lidah Umar dan hatinya. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, katanya: hasan gharib, ‘Aridhatul Ahwazi, jz 13, ms 121)

Sabda Nabi (saw) “Sesungguhnya Allah telah meletakkan kebenaran (al-haq) di atas lidah Umar yang ia berkata dengannya.” (Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Zarr; al-Hakim dan ia berkata di atas syarat Al Bukhari dan Muslim dan az-Zahabi mengakuinya; dan Abu Ya’la dari Abu Hurairah; dan at-Tabarani dari Bilal dan Mu-awiyyah.)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda) menyuruh kita mengikut apa yang dilakukan oleh Sayyidina Umar. Apabila kita solat terawih sebanyak lapan rakaat (sebelas rakaat bersama witir), maka bererti kita tidak mengikut perbuatan Umar, dan tidak mengikut perbuatan Umar bererti tidak mengikut perintah Rasulullah.

Sabda Nabi (saw): “sesungguhnya umatku tidak akan sepakat ke atas kesesatan, maka apabila kamu lihat perselisihan pendapat maka berpeganglah dengan kumpulan paling ramai.” (Ibnu Majah dan ad-Daruqutni dari Anas bin Malik, Faidhul Qadir, 2, 431.) Tersebut di dalam Sirajul Munir, j 1, h 492, Muhammad Hijazi as-Sha’rani berkata: hadis ini sahih.

Ini ialah kerana kesepakatan mereka hampir menjadi ijma. Kata as-Suyuti: Hadis ini menunjukkan bahwa kita sepatutnya beramal dengan pendapat jumhur ulama (Ta’liq Muhammad Muhammad Fuad Abdul Baqi)

IJMA’ SAHABAT

Di sini di terangkan secara ringkas perkara-perkara yang berkaitan dengan ijma’ supaya pembaca akan lebih jelas kekuatan hujah ulama yang berpegang bahawa solat tarawih adalah dua puluh rakaat.

Apabila disebut sesuatu hukum berdasarkan ijma, maka hukum itu adalah qat’iy (pasti tepat). Ini adalah pandangan ulama yang paling ramai. Maksud (dalalah) ijma’ adalah lebih kuat dari Al Quran dan hadis mutawatir, apatah lagi hadis ahad. Kerana ayat-ayat Al Quran dan hadis banyak yang mempunyai kemungkinan lebih daripada satu makna dan maksud. Sedangkan ijma menetapkan hukum adalah satu sahaja dan tiada lagi kebarangkalian.

Contohnya ayat al Quran: “diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu dan anak-anak perempuan kamu.” (An Nisa, 23) Ayat ini tidak menerangkan samada ibu sahaja atau pun nenek ke atas juga haram, dan juga samada anak perempuan atau semua cucu ke bawah haram juga. Tetapi para sahabat telah ijma’ (sepakat) bahawa ibu dan semua nenek ke atas adalah haram, sebagaimana anak dan semua cucu ke bawah adalah haram dinikahi. Maka tiada lagi kebarangkalian maksud ayat al Quran tersebut. Di sini ijma berfungsi menetapkan hukum yang dikehendaki oleh ayat Al Quran.

Apabila dikatakan bahawa para sahabat telah ijma (sepakat) melakukan solat tarawih dua puluh rakaat, maka itulah yang bilangan rakaat solat tarawih yang sebenarnya, dan semua dalil-dalil yang mengatakan bilangan selain daripadanya hendaklah diletakkan dibawah pengaruh ijma’ tersebut, iaitu dalil-dalil tersebut tidak boleh menjejaskan ijma berkenaan. Lebih-lebih lagi dalil tersebut mempunyai kebarangkalian yang akan disebutkan selepas ini. Dalil qat’iyy yang berdasarkan ijma mestilah didahulukan daripada dalil yang sabit hanya dengan dalil zhonniyy yang mempunyai kebarangkalian.

Jika benarlah Nabi (saw) solat tarawih lapan rakaat sahaja, maka sudah pasti para sahabat akan membantah perbuatan Umar yang menyuruh mereka solat tarawih dua puluh rakaat. kerana para sahabat tidak akan membiarkan pendapat yang salah dikemukakan di hadapan mereka sebagaimana dilakukan oleh seorang wanita yang membantah pandangan Umar radiyallahu anhu yang sedang berkhutbah di atas mimbar, tanpa takut sedikit pun untuk mempertahankan sesuatu yang haq. Begitu juga Bilal pernah membantah Umar sehingga ia bercakap kasar kepada Umar kerana mempertahan kebenaran. (Dr Abdul Karim Zaidan, Al Wajiz, 191)

Apabila Umar melakukan tarawih sebanyak dua puluh rakaat tanpa ada yang membantah maka itu bermakna semua sahabat setuju dengan beliau, dan ini menunjukkan semua sahabat sama pendapat dengannya. Dan kerana para sahabat telah solat bersama-sama maka itu dinamakan ijma’ sorih.

Kata Abdul Karim Zaidan: ijma’ sorih tidah harus berlawanan (mukhalafah) dengannya dan membatalkannya. (Al Wajiz, 184)

Salah satu syarat berlaku ijma adalah adanya dalil (mustanad, sanad) yang samada dari Al Quran, Hadis ataupun Qiyas. Dalil mengenai tarawih ini ialah hadis riwayat Ibnu Abbas bahawa “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam solat pada bulan Ramadhan dua puluh rakaat selain witir.” (hadis dhaif riwayat Ibnu Abi Syai-bah, at-Tabarani dan al-Baihaqi).

Walaupun hadis ini dhaif tetapi setelah adanya ijma maka hadis ini menjadi kuat dan qat’iyy dilalah. Dan kemungkinan tarawih 20 rakaat telah menjadi satu kebiasaan di kalangan para sahabat dan tidak perlu kepada riwayat khusus mengenainya. Tidak ada riwayat yang sampai kepada kita bukan bermakna perkara itu tidak wujud pada masa Nabi Muhammad (saw).

Kata Maulana Zakariyya: tidak syak bahawa tidak ada hadis sahih yang menetapkan bilangan tarawih dua puluh rakaat, dan hadis riwayat Ibnu Abbas (seperti di atas) dipertikaiakan ulama hadis. Tetapi bersama itu hadis ini tidak boleh diingkari benar adanya kerana perbuatan Umar dan diamnya para sahabat terhadap tarawih dua puluh rakaat. Dan ijma mereka menerimanya sama dengan nas yang menunjukkan bahawa merekas mempunyai dalil mengenainya. (Aujaz Masalik, j 3, ms 534)

Dari apa yang tersebut maka tidak harus dikatakan dua puluh rakaat adalah sunnah Umar dan lapan rakaat adalah sunnah Nabi kerana jika benar Nabi solat lapan rakaat sahaja maka mustahil sahabat akan sepakat melakukan apa yang berlawanan dengan sunnah Nabi.

Dari sini kita dapati bahawa solat tarawih sebelas rakaat tidak mempunyai dalil yang kuat. Dan sekiranya dalil tersbut kuat tetapi kerana ia berlawanan dengan ijma’ maka dalil tersebut tidak boleh digunakan sebagai hujjah kerana ia bukan bermaksud seperti itu.


Lapan rakaat bersama witir:

Kebelakangan ini telah datang kebiasaan pada sebahagian umat Islam untuk solat lapan rakaat bersama witir tiga rakaat. Semakin ramai umat Islam yang terpengaruh dengannya dan mula meninggalkan solat dua puluh rakaat walaupun pada mulanya ber-pegang dengan Mazhab Imam Syafi’. Mereka merasakan tidak ada dalil kukuh untuk dua puluh rakaat kerana tidak mengetahuinya dan kerana terlebih dahulu terdedah kepada hujah mereka yang mengamalkan tarawih sebelas rakaat termasuk witir tersebut.
Dalil yang dikemukakan oleh pengamal lapan rakaat ialah seperti berikut:

KENAPA TIDAK BOLEH IKUT PENDAPAT DI LUAR MAZHAB EMPAT? KERANA MEEKA TIDAK DIIKTIRAF OLEH NABI SEBAGAI ORANG YANG BERHAK MEMBUAT HUKUM. KERANA MEREKA BUKAN MUJTAHID

Dalil Pertama:

Mereka yang mempertahankan bilangan rakaat tarawih ialah lapan dengan witir menjadi sebelas rakaat berdalil dengan hadis riwayat Imam al-Bukhari: Abu Salamah ibn Abdir Rahman meriwayatkan bahawa ia bertanya Aisyah bagaimanakah cara solat Ra-sulullah (saw) di dalam bulan Ramadhan. Aisyah menjawab:

“Ertinya: Nabi tidak pernah menambah di dalam Ramadhan dan lainnya melebihi sebelas rakaat.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam bab Solat Malam Nabi (saw) di dalam Ramadhan dan selain Ramadhan di bawah Kitab Tahajjud; dan di dalam Kitab Solat Tarawih.

SOALAN:

Kenapa hadis ini tidak diterima oleh Mazhab Empat sebagai dalil tarawih sebelas rakaat?

JAWAPAN:

Hadis ini tidak diterima oleh Mazhab Empat sebagai dalil tarawih sebelas rakaat kerana ada juga hadis dari ‘Aisyah sendiri dan sahabat lain bahawa Nabi pernah solat malam sebanyak tiga belas rakaat, dan juga diriwayatkan lebih dari 13 rakaat. Kerana itulah kata-kata ‘Aisyah dianggap bermaksud Nabi hanya solat sebelas rakaat pada kebanyakan masa sahaja (bukan sentiasa begitu), dan hadis lain yang meriwayatkan baginda solat lebih dari sebelas rakaat ialah pada masa-masa lain, yang jarang berlaku. (rujuk Fathul Mulhim, 5, 117)

Di dalam kitab Talkhis, Hafiz Ibnu Hajar menulis bahawa diriwayatkan rakaat yang paling banyak di dalam solat malam ialah 19 rakaat. (Hudannabi fi solawat khassah, Doktor Nuruddin ‘Atar,162.)

Aisyah mengatakan Nabi tidak pernah tambah lebih daripada sebelas rakaat mengikut apa yang beliau tahu sahaja. Ini adalah perbuatan Nabi semasa berada bersama Aisyah.

Para sahabat yang lain melihat bahawa Nabi pernah solat lebih daripada sebelas rakaat. Bahkan Aisyah sendiri pun pernah meriwatkan lebih daripada sebelas rakaat.

SOALAN:

BOLEHKAN HADIS INI DIJADIKAN SEBAGAI DALIL SOLAT TARAWIH?

Hadis ini sebenarnya bukan dalil solat tarawih, apatah lagi untuk menetapkan bilangannya lapan rakaat. Kerana Aisyah mengatakan “di dalam Ramadhan dan luarnya.” Kalau dijadikan dalil tarawih berdasarkan pendapat golongan berkenaan, maka hadis ini akan berbunyi “nabi tidak pernah menambah bilangan solat tarawihnya melebihi sebelas rakaat di dalam bulan Ramadhan dan selain Ramadhan.” Soalnya, apakah solat tarawih disyariatkan di dalam semua bulan, dalam Ramadhan dan bulan Syawal, Zul Hijjah, Zul Qaadah dan seterusnya? Kalau begitu kenapa kaum berkenaan tidak pun solat tarawih dalam selain bulan Ramadhan?

Kata-kata Aisyah itu menunjukkan bahawa itu bukanlah solat tarawih. Malah itu ialah solat tahajjud bersama witir.

Dalil Kedua:

Mereka berhujjah dengan hadis riwayat Jabir ibn Abdillah, kata Jabir:
Ertinya: “Nabi (saw) telah solat bersama kami pada bulan Ramadhan lapan rakaat kemudian baginda solat witir. Pada malam berikutnya kami berkumpul di dalam masjid dan kami berharap baginda akan keluar tetapi baginda tidak keluar ke masjid sehinggalah waktu subuh. Kemudian kami masuk menemuinya seraya berkata: ya Rasulullah malam tadi kami berkumpul di masjid dan berharap tuan bersolat bersama kami. Rasullullah (saw) bersabda: “aku takut ianya akan diwajibkan ke atas kamu. “

Kata Maulana Muhammad Zakariyya: Hadis Jabir adalah riwayat Isa ibn Jariah; kata Az Zahabi: Ibnu Main berkata: Isa mempunyai banyak hadis-hadis munkar. Kata an Nasai: ia meriwayat hadis munkar. An Nasaie juga mengatakan ianya (Isa ibn Jariah matruk (riwayatnya ditinggalkan). Kata Abu Daud ia meriwayat hadis munkar. Kata Abu Zar’ah: tidak mengapa dengannya. Ibnu Hibban menganggapnya thiqah.
Hadis ini adalah lemah pada pendapat sebahagian ulama.

Para ulama mengatakan bahawa Jabir, yang meriwayatkan hadis, hanya solat bersama Rasullullah (saw) pada bulan Ramadhan dua atau tiga kali kali sahaja. Solat tarawih mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah, dan Nabi telah solat tarawih selama sembilan tahun sebelum wafat pada bulan Rabiul Awal tahun kesebelas hijrah. Ini memungkinkan sahabat-sahabat lain juga mengetahui solat tarawih yang Nabi (saw) pada masa-masa lain sebagaimana Umar mengambilnya.

Muslim meriwayatkan bahawa Anas juga pernah solat dengan Nabi pada bulan Ramadhan tanpa menerangkan bilangan rakaat.

Kata Syaikh al-Utmani, hadis Jabir ini tidak menerangkan kecuali sebahagian perbuatan Nabi (saw) pada satu malam sahaja, bukannya setiap malam. Bahkan tidak ada di dalamnya penafian tambahan ke atas lapan rakaat larangan secara jelas. Kerana sesungguhnya ada kemungkinan Nabi (saw) solat di rumahnya seberapa banyak yang ia mahu, sebelum keluar kepada para sahabat di masjid dan solat bersama mereka lapan rakaat.di masjid. Kerana malaikat Jibril (as) bertadarus al-Quran bersama Nabi (saw) pada setiap malam Ramadhan pada setiap tahun. (Riwayat al-Bukhari, j 3, 1612) Maksud tadarus ialah seorang dari mereka membaca dan yang lain akan mendengar secara bergilir-gilir. Di dalam hadis riwayat Tabrani bahawa bacaan al-Quran di dalam solat adalah lebih afdhal daripada di luar solat, oleh kerana itu, bererti Nabi telah solat bersama Jibri (as) di rumah sebelum keluar untuk solat bersama para sahabat di masjid. (Fathul Mulhim, j 5, 116)

Anda mengetahui bahawa hadis riwayat Ibnu Abbas diperkuatkan oleh perbuatan sahabat yang solat tarawih dua puluh rakaat. Maka hadis riwayat Ibnu Abbas lebih aula diterima daripada hadis Jabir. (Aujaz 2, 503)

Dalil Ketiga:

Malik bin Anas meriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf, dari Saib bin Yazid katanya: “Umar menyuruh Ubayy bin Kaab dan Tamim ad-Dari bersolat dengan orang ramai dengan sebelas rakaat…” (Muwatta Imam Malik, 102)

Kata Al Baji (pengarang syarah Muwatta): Ubayy solat dengan mereka mengikut kemampuannya, kemudian Tamim Ad Dari solat pula bersama mereka. Dan yang benarnya ialah imam kedua meyambung bacaan imam pertama kerana ia ganti imam pertama. Dan sunnah ialah membaca Al Quran mengikut tertib ayat. Kata Maulana Zakariyya inilah pendpat yang lebih kuat. (Aujaz, 2, 527)

Dari kata-kata al Baji nyata bahawa mereka tidak solat hanya sebelas rakaat sahaja, tetapi bergilir-gilir untuk mencukupkan dua puluh rakaat. Mungkin imam pertama solat dua belas rakaat, dan imam kedua solat sebelas rakaat bersama witir.

Namun sebahagian ulama mengatakan bahawa hadis Saib bin Yazid di atas adalah waham, kerana itulah tidak ada imam mazhab yang berpegang dengannya. (Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Aujazul Masalik syarah Muwatta’ Malik, 2, 532)

Kata Ibnu Abdil Barr: ulama selain daripada Malik meriwayatkan di dalam hadis Saib bin Yazid ini dengan lafaz dua puluh satu rakaat, dan ianya sahih.

Hadis-hadis yang meriwayatkan tarawih dua puluh rakaat ialah seperti di bawah:

-Dari Daud bin Qais dan lainnya, dari Muhammad ibn Yusuf, dari As Saib ibn Yazid bahawa Umar telah mengumpulkan manusia pada bulan Ramadhan, solat diimamkan oleh Ubayy ibn Kaab dan Tamim As Dari sebanyak dua puluh satu rakaat. (Musannaf Abdir Razzaq, no hadis 7730, hal 260, jilid 4, )

-Abdur Razzaq dari dari Al Aslami dari Al Harith ibn Abdur Rahman dari As Saib ibn Yazid, berkata (as Saib): adalah solat pada masa Umar ialah dua puluh tiga rakaat.

-Muhammad ibn Nasr meriwayatkan dalam kitab Qiyamul Lail, daripada riwayat Yazid ibn Khasifah dari As Saib ibn Yazid, ia berkata: bahawa mereka mendirikan solat pada masa Umar sebanyak dua puluh rakaat.

-Ibnu Abi Syaibah dari Yahya bin Said bahawa Umar menyuruh seorang lelaki solat dengan mereka sebanyak dua puluh rakaat.

-Ibnu Abi Syaibah dari Hasan ibn Abdul Aziz: sesungguhnya Ubayy solat dengan orang ramai di Madinah sebanyak dua puluh rakaat, dan solat witir dengan tiga rakaat.

-Baihaqi dari Saib: adalah mereka solat tarawih pada masa Umar sebanyak dua puluh rakaat, dan pada masa Usman dan Ali.

-Dari Atha ia berkata: aku mendapati manusia solat sebanya dua puluh tiga rakaat dengan witir. (Ibnu Abi Syaibah, jil 3, 355, sanad hasan, dan Muhammad ibn Nasr dalam kitab Qiyamul Lail)

-Dari Abi Khasib, katanya: Suwaid ibn Ghaflah mengimamkan kami dalam bulan Ramadhan, maka ia solat lima kali tarawih, sebanyak dua puluh rakaat. (Riwayat Al Baihaqi, sanad hasan)

-Dari Nafe dari ibnu Umar, katanya adalah Ibnu Abi Mulaikah solat dengan kami pada bulan Ramadhan dua puluh rakaat. (Ibnu Abi Syaibah, Musannaf jil 3, 354, sanad sahih)

-Dari said bin Ubaid bahawa Ali ibn Rabi’ah solat dengan mereka pada bulan Ramadhan lima kali tarawih dan witir dengan tiga rakaat. (Ibnu Abi Syaibah, sanad sahih)

Di samping itu ada hadis lain yang diletakkan oleh Imam Malik berdekatan dengan dua hadis tadi. Hadis itu riwayat dari al-A’raj katanya: “aku tidak mendapati manusia melainkan mereka melaknat orang-orang kafir di dalam ramadhan. (di dalam qunut witir.) Katanya adalah qari (imam) membaca surah al-Baqarah di dalam lapan rakaat, maka apabila sampai rakaat yang kedua belas, mereka dapati ia telah meringankan bacaannya.”

Jelas riwayat ini menyebutkan bahawa imam solat sehingga dua belas rakaat dan tidak terhad kepada sebelas rakaat sahaja.

Dalil Keempat:

Diriwatkan oleh Abu Ya’la dari Jabir bin Abdillah (ra), katanya: telah datang Ubayy kepada Nabi (saw) lalu berkata: wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ada sesuatu pada malam ini, yakni pada malam Ramadhan. Sabda Nabi (saw) apakah itu? Kata Ubayy: para wanita di rumah saya telah berkata: Kami tidak hafal al-Quran, jadi kami hendak solat bersama kamu, lalu aku bersolat dengan mereka lapan rakaat, kemudian berwitir. Maka itu adalah sunnah redha (dari Nabi) dan baginda tidak berkata apa-apa.

Kata al-Haithami diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan at-Tabarani seperti itu di dalam Mu’jam al-Ausat, dan sanadnya hasan. (Hayatus Sahabah, j 3, 230.)

Hadis ini dijawab bahawa Nabi membenarkan lapan rakaat kerana memberi kelonggaran kepada kaum wanita di rumah Ubayy, sebagaimana baginda juga memberi kelonggaran kepada orang-orang lelaki di masjid untuk solat lapan rakaat. Sekiranya tarawih terhad kepada lapan rakaat sahaja pasti Ubayy akan membantah Umar yang menyuruhnya menjadi imam di dalam tarawih solat dua puluh rakaat. Kerana para sahabat diketahui umum bahwa mereka akan menentang setiap kemungkaran atau perkara yang berlawanan dengan sunnah Nabi (saw.)

Di dalam hadis ini tidak dinyatakan bahawa Ubayy solat lapas rakaat sahaja, kerana barangkali dia solat bersama sahabat yang lain di masjid Nabawi kemudia baru solat dengan kaum wanita tersebut. Kerana Ubai pernah menjadi imam solat tarawih di masjid nabawi.

والله أعلم بالصواب

SOLAT TARAWIH: LAPAN RAKAAT ATAU DUA PULUH?

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيد المرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.

Risalah ini ditulis untuk memberi maklumat yang lebih terperinci kepada semua umat Islam yang berpegang dengan Mazhab Syafi’ie dan lain-lain bahawa tarawih adalah dua puluh rakaat. Berpegang dengan mazhab bererti berpegang dengan al-Quran dan sunnah berdasarkan ajaran ulama yang diiktiraf oleh Nabi sallallahu alaihi wa salam ba-hawa mereka tidak bersalah ketika mengeluarkan sesuatu hukum. Kerana kepakaran imam mujtahid adalah asas bahawa mereka lebih dekat kepada kebenaran berbanding bertaklid kepada orang lain. Tambahan pula mazhab telah diriwayatkan kepada kita seca-ra mutawatir sejak dulu lagi.


Sejarah Tarawih:

Solat Tarawih disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Tetapi Nabi (saw) hanya solat tarawih pada malam 23, 25, dan 27 Ramadhan tahun tersebut.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi (saw) keluar pada waktu ma-lam bulan Ramadhan dan solat di masjid, kemudian para sahabat solat mengikuti beliau dan mereka semakin ramai. Pada malam keempat Nabi (saw) tidak keluar. Nabi berkata pada keesokan paginya: Aku takut difardukan ke atas kamu, maka kamu akan merasa su-sah lalu kamu meninggalkannya.
Diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir bahawa Nabi (saw) so-lat dengan mereka sebanyak lapan rakaat.

Selepas itu para sahabat tidak lagi solat tarawih berjamaah di masjid dan berte-rusan mereka melakukannya di rumah sehingga tahun kedua khilafah Umar iaitu pada ta-hun 14 hijrah. Kemudian Umar mengumpulkan orang lelaki solat bersama Ubaiyy ibn Kaab dan kaum wanita di belakang Sulaiman ibn Abi Hathmah atau Tamim ad-Dari.

Bilangan Rakaat Solat Tarawikh:

Para ulama telah bebeza pendapat mengenai bilangan rakaat tarawih. Ada yang berpendapat 41 rakaat. Kata al-Tirmizi sebahagian ulama berpendapat disembahyangkan sebanyak 41 rakaat bersama witir, ini ialah pendapat penduduk Madinah dan mereka ber-amal dengannya.; Ibnu Abdil Bar menyebut di dalam kitab al-Istizkar dari al-Aswad ibn Yazid adalah ia solat 40 rakaat dan berwitir dengan tujuh rakaat; pendapat lain menga-takan 38 rakaat diriwayatkan oleh Muhammad ibnu Nasr dari Ibn Aiman dari Malik, katanya disunatkan manusia solat dalam bulan Ramadhan 38 rakaat dan witir satu rakaat. Pendapat yang masyhur dari Malik ialah 36 rakaat dan witir tiga rakaat; pendapat yang lain ialah 36 rakaat iaitu yang diamalkan penduduk Madinah. Ibnu Wahb meriwayatkan bahawa Nafe’ berkata: aku tidak pernah mendapati manusia melainkan mereka bersolat solat 39 rakaat termasuk tiga rakaat witir darinya; pendapat lain mengatakan 28 rakaat iaitu riwayat daripada Zararah ibn Aufa pada dua puluh awal bulan dan Said ibn Jubair melakukannya pada akhir bulan; pendapat lain mengatakan 24 rakaat ini diriwayatkan dari Said ibn Jubair.

Pendapat lain mengatakan 20 rakaat. Ini diriwayatkan oleh at-Tir-mizi dari kebanyakan ulama. (paling ramai) ini adalah diriwayatkan dari Umar, Ali dan sahabat-sahabat lain. Ini juga pendapat ulama Hanafi. Kata Ibnu Abdil Barr ini ialah pendapat paling ramai ulama, juga pendapat ulama Kufah, dan Imam Syafie, dan keba-nyaka ulamah fiqah; pendapat lain mengatakan 16 rakaat, ini riwayat dari Abu Mujlaz bahawa ia solat bersama mereka empat kali tarawih (empat kali empat rakaat), ia membaca sepertujuh al-Quran pada setiap malam, diriwayatkan oleh Muhammad ibn Nasr dari riwayat Imran bin Jadir dari Abu Majlaz; pendapat lain ialah 13 rakaat yang dipilih oleh Muhammad ibn Ishaq berdasarkan riwayat dari as-Saib bin Yazid bahawa: kami solat pada zaman Umar bin al-Khattab dalam Ramadhan 13 rakaat. Boleh jadi ini dilakukan Umar pada masa permulaan kemudian beliau bertukar kepada 23 rakaat.

Pendapat yang lain mengatakan sebelas rakaat. Ini adalah pilihan Imam Malik untuk dirinya sendiri dan pilihan Abu Bakr al-Arabi. (Umdatul Qari syarah Sahih al-Bukhari, Allamah ‘Aini, j 11, m 179)

Bilangan rakaat tarawih menurut mazhab empat:

Di dalam kitab Rahmatul Ummah fi ikhtilafil A’immah halaman 33, ditulis: Dan sebahagian solat yang disunatkan ialah solat Tarawih dalam bulan Ramadhan, di sisi Abu Hanifah, as-Syafi’e dan Ahmad bin Hanbal sebanyak 20 rakaat. Diceritakan dari Malik solat tarawih ialah sebanyak 36 rakaat. D
Di dalam kitab Al Anwar As Sati’ah (Mazhab maliki): sunat muakkad solat tarawih, dua puluh rakaat dengan sepuluh kali salam, pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan.

Dalil tarawih mengikut mazhab yang berpegang dengan 20 rakaat.

Ulama mazhab berkenaan berhujah dengan hadis-hadis berikut:

Dalil Pertama


Riwayat al-Baihaqi dengan sanad sahih bahawa: “orang ramai semasa pemerintahan Umar bin al-Khattab solat pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh rakaat.”

Dalil Kedua


Imam Malik bin Anas meriwayatkan dari Yazid bin Ruman: “manusia me-ngerjakan solat pada masa Umar pada bulan Ramadhan sebanyak dua puluh tiga rakaat.” (Al-Muwata’ m 102, sahih). Imam al-Baihaqi mengatakan itu adalah bersama witir tiga rakaat.”


Dalil Ketiga


Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam solat pa-da bulan Ramadhan dua puluh rakaat selain witir.” (hadis dhaif riwayat Ibnu Abi Syai-bah, at-Tabarani dan al-Baihaqi)
(Riwayat Ibnu Abi syaibah dalam Musannaf, jil 3, 355; Abd ibn Humaid, dalam Musannafnya; Al Baghawi dalamm kitab Mukjam; Tabrani dalam Mukjam Kabir; Al Baihaqi dalam kitab Sunan; semua mereka dari jalan Abu Syaibah Ibrahim ibn Uthman, dia seorang yang dhaif,)

Riwayat lengkap dari Ibni Abi Syaibah ialah: menceritakan kami Yazid ibn Harun, ia berkata: menceritakan kami Ibrahim ibn Uthman, dari al Hakam, dari Miqsam, dari Ibnu Abbas.

Kata al-Albani: hadis riwayat Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa Nabi solat dua puluh rakaat adalah maudhu’, sanadnya sangat dhaif dan matannya berlawanan de-ngan hadis-hadis sahih di atas, sebagaimana dinukil Drs Abdul Ghani Azmi Idris di da-lam risalah Panduan Solat Sunat, terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Ini agak keterlaluan kerana hadis maudhu’ adalah hadis palsu yang direka-reka dan tidak sabit dari Nabi Muhammad (saw). Kata Muhammad Abdul Hayy al-Hindi: Tidak ada seorang pun dari ahli hadis mengatakan hadis ini maudhu’, paling lemah pun hadis ini ialah hadis munkar, dan munkar bukan hadis maudhu’, bahkan termasuh dalam hadis dhaif. Bukanlah setiap hadis dhaif dan hadis munkar seperti hadis palsu yang haram diriwayatkan dan berhujjah dengannya. (Tuhfatul Akhyar, 127)

Bahkan riwayat al-Baihaqi yang mengatakan bahawa Nabi (saw) solat dua puluh rakaat tarawih bukan bersama jamaah (Sunan al-Baihaqi, 2, 698) jelas menunjukkan bahawa peristiwa ini adalah pada masa lain daripada yang diriwayatkan oleh Jabir.
Apabila hadis itu tidak berlawanan dengan hadis sahih maka ia tidak lagi jadi ha-dis munkar. Kerana syarat hadis menjadi munkar ialah bila tafarrud (bersendirian) perawi dhaif dan berlawanan dengan hadis perawi sahih. (Usulul Hadith, 229)

Hadis ini juga menjadi kuat dengan adanya ijma’ para sahabat. (Fathul Mulhim, 5, 118)
Hadis ini boleh diterima kerana ia mengenai amalan sunat, dan bukannya fardhu, kerana ia tidak berlawanan dengan hadis sahih. Lebih-lebih lagi apabila para jumhur sahabat dan tabiin sepakat ke atas solat tarawih dua puluh rakaat. Kata al-Baihaqi:

ثم استقر الأمر على العشرين فإنه المتوارث.
Ertinya: “Kemudian tetaplah urusan (solat tarawih) di atas dua puluh rakaat, kerana ianya terus diwarisi.”

Kata Mulla Ali al-Qari: kemudian ia menjadi ijma’ berdasarkan riwayat al-Baihaqi dengan sanad sahih bahawa mereka solat tarawih dua puluh rakaat pada masa Umar, Uthman bin Affan dan Ali (radhiyallahu anhum). (Fathul Mulhim j 5, ms 117)

Tersebut di dalam kitab Hayatus Sahabah karangan Maulana Muhammad Yusuf al-Kandhlawi: Ali telah keluar pada awal malam Ramadhan sedangkan lampu-lampu me-nyala dan kitab Allah sedang dibacakan, maka Ali berkata: Semoga Allah menyinarkan kuburmu wahai anak al-Khattab seperti mana kamu telah menyinarkan masjid-masjid de-ngan kitab Allah. (j 3, h 229, dipetik dari Kanzul Ummal yang menukilkannya dari Ibnu Abi Syahin dari Abu Ishaq al-Hamdani.)

Dalil Keempat


Diriwayatkan dari Ali (ra) bahawa beliau menyuruh seorang lelaki bersolat dengan orang ramai sebanyak dua puluh rakaat. (Sunan Kubra Baihaqi, j 2, ms 699)
Al-A’masy meriwayatkan bahawa Abdullah bin Masud solat dua puluh rakaat dan witir tiga rakaat. Ini juga sahih dari Ubay bin Kaab.

Para tabiin yang berpegang dengan tarawih 20 rakaat ialah Syutair bin Syakl, Ibnu Abi Mulaikah, al-Harith al-Hamdani, ‘Ata bin Abu Rabah, Abul Bahtari, Said bin Abul Hasan al-Basri saudara al-Hasan al-Basri, Abdur Rahman bin Abu Bakr dan Imran al-‘Abdi. (Umdatul Qari, j 11, 180)

Tersebut di dalam al-Iqna’ fi Masa’il Ijma’: diriwayatkan dua puluh rakaat dari Ali (radhiyallahu anhu) dan Syatir bin Syakl, dan ianya sahih dari Ubayy bin Kaab tanpa ada yang menentang dari kalangan sahabat, dan inilah qaul jumhur. (j 2, m 508)


SUNNAH KULAFA AR RASYIDIN


Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya berkata: pengarang kitab al Fathul Rahmani menukil kata-kata al Allamah Al ‘Aini: para sahabat Imam Syafie dan Imam Ahmad ibn Hanbal berhujjah dengan riwayat sahih dari al Baihaqi dari Saib ibn Yazid: adalah mereka solat pada masa Umar dua puluh rakaat, dan pada masa Uthman dan Ali seperti itu.

Di dalam kitab al Mughni diriwayatkan dari Ali bahawa beliau menyuruh seorang lelaki solat sebanyak dua puluh rakaat. (Aujaz Masalik, j2, ms 534)

Tersebut di dalam kitab Mirqatul Mafatih karangan Mulla ‘Ali Qari: keadaan solat tarawih dua puluh rakaat ialah sunnah Khulafa Rashidin, sabda Nabi (saw): “Lazimkan ke atas kamu sunnahku dan sunnah khulafa rashidin” (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Di tempat lain Nabi (saw) bersabda: ikutilah dua orang selepasku Abu Bakr dan Umar (radhiyallahu anhu). Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi dan ia mengatakannya hasan, dan Ibnu Majah dari Abdul Malik bin Umair dari Rib’ie dari Huzaifah bin al-Yaman.

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar: telah berlaku khilaf ulama ke atas Abdul Malik, ia dilemahkan oleh Abu Hatim. Kata al-Bazzar seperti Ibnu Hazm: hadis ini tidak sahih kerana Abdullah tidak mendengarnya dari Rib’ie dan Rib’ie tidak mendengarnya dari Huzaifah, tetapi hadis ini mempunyai shahid (penyokong.) (Faidhul Qadir syarah al-Jamius Saghir, j 2, 56)

Penyokong yang dimaksudkan ialah hadis di bawah:

Diriwayatkan oleh at-Tirmizi dari Ibnu Mas’ud ar-Ruyani dari Huzaifah,dan ia mengatakannya hasan; Ibnu ‘Adi dari Anas, dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud dengan sa-nad lemah: sabda Nabi (saw) ikutilah orang-orang selepasku dari kalangan sahabatku: Abu Bakr, Umar, dan ikutlah petunjuk Ammar (bin Yasar), dan berpeganglah dengan pesanan (Abdullah) ibnu Mas’ud. (Faidhul Qadir, 2, 57)

Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wa sallam): “...dan kamu akan lihat selepas ketiadaanku perselisihan yang banyak, maka lazimkanlah ke atas kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa rashidin, gigitlah dengan geraham kamu..” (riwayat Imam Ahmad, at-Tarmizi katanya: hasan sahih, Abu Daud, Ibnu Majah, ad-Darimi dan al-Hakim)
Ibnu Umar meriwayatkan, telah bersabda Baginda (saw) “Sesungguhnya Allah telah meletakkan kebenaran (al-haq) di atas lidah Umar dan hatinya. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi, katanya: hasan gharib, ‘Aridhatul Ahwazi, jz 13, ms 121)

Sabda Nabi (saw) “Sesungguhnya Allah telah meletakkan kebenaran (al-haq) di atas lidah Umar yang ia berkata dengannya.” (Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Zarr; al-Hakim dan ia berkata di atas syarat Al Bukhari dan Muslim dan az-Zahabi mengakuinya; dan Abu Ya’la dari Abu Hurairah; dan at-Tabarani dari Bilal dan Mu-awiyyah.)

Hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda) menyuruh kita mengikut apa yang dilakukan oleh Sayyidina Umar. Apabila kita solat terawih sebanyak lapan rakaat (sebelas rakaat bersama witir), maka bererti kita tidak mengikut perbuatan Umar, dan tidak mengikut perbuatan Umar bererti tidak mengikut perintah Rasulullah seperti dalam hadis-hadis ini.

Sabda Nabi (saw): “sesungguhnya umatku tidak akan sepakat ke atas kesesatan, maka apabila kamu lihat perselisihan pendapat maka berpeganglah dengan kumpulan paling ramai.” (Ibnu Majah dan ad-Daruqutni dari Anas bin Malik, Faidhul Qadir, 2, 431.) Tersebut di dalam Sirajul Munir, j 1, h 492, Muhammad Hijazi as-Sha’rani berkata: hadis ini sahih.

Ini ialah kerana kesepakatan mereka hampir menjadi ijma. Kata as-Suyuti: Hadis ini menunjukkan bahwa kita sepatutnya beramal dengan pendapat jumhur ulama (Ta’liq Muhammad Muhammad Fuad Abdul Baqi)

Kata al-Halimi: Rahsia tarawih dua puluh rakaat ialah kerana solat-solat sunat ra-watib yang muakkad di luar Ramadhan adalah dua puluh rakaat, maka digandakan di da-lam ramadhan kerana ia adalah waktu untuk beribadat dengan sungguh-sungguh lagi. (al-Iqna’ bersama Bujairimi, 1, 421)


Lapan rakaat bersama witir:


Kebelakangan ini telah datang kebiasaan pada sebahagian umat Islam untuk solat lapan rakaat bersama witir tiga rakaat. Semakin ramai umat Islam yang terpengaruh dengannya dan mula meninggalkan solat dua puluh rakaat walaupun pada mulanya ber-pegang dengan Mazhab Imam Syafi’. Mereka merasakan tidak ada dalil kukuh untuk dua puluh rakaat kerana tidak mengetahuinya dan kerana terlebih dahulu terdedah kepada hu-jah mereka yang mengamalkan tarawih sebelas rakaat termasuk witir tersebut.


Dalil yang dikemukakan oleh pengamal lapan rakaat ialah seperti berikut:

Dalil Pertama:

Mereka yang mempertahankan bilangan rakaat tarawih ialah lapan dengan witir menjadi sebelas rakaat berdalil dengan hadis riwayat Imam al-Bukhari: Abu Salamah ibn Abdir Rahman meriwayatkan bahawa ia bertanya Aisyah bagaimanakah cara solat Ra-sulullah (saw) di dalam bulan Ramadhan. Aisyah menjawab:

Ertinya: “Nabi tidak pernah menambah di dalam Ramadhan dan lainnya melebihi sebelas rakaat.”


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam bab Solat Malam Nabi (saw) di dalam Ramadhan dan selain Ramadhan di bawah Kitab Tahajjud; dan di dalam Kitab Solat Tarawih.

Hadis ini dijawab dengan bahawa telah sabit dari ‘Aisyah sendiri dan sahabat lain bahawa Nabi pernah solat malam sebanyak tiga belas rakaat, dan diriwayatkan lebih dari 13 rakaat. Kerana itulah sebahagian ulama’ menganggap hadis ‘Aisyah ialah pada kebanyakan masa sahaja (bukan sentiasa begitu), dan hadis solat lebih dari sebelas rakaat ialah pada masa-masa lain yang jarang berlaku. (Fathul Mulhim, 5, 117)
Di dalam kitab Talkhis, Hafiz Ibnu Hajar menulis bahawa diriwayatkan rakaat yang paling banyak di dalam solat malam ialah 19 rakaat. (Hudannabi fi solawat khassah, Doktor Nuruddin ‘Atar,162.)

Hadis ini sebenarnya bukan dalil solat tarawih, apatah lagi untuk mensabitkan bi-langannya lapan rakaat. Kerana Aisyah mengatakan bahawa “di dalam Ramadhan dan lu-arnya” Kalau dijadikan dalil tarawih berdasarkan pendapat golongan berkenaan, maka hadis ini akan berbunyi “nabi tidak pernah menambah bilangan solat tarawihnya melebihi sebelas rakaat di dalam bulan Ramadhan dan selain Ramadhan.” Soalnya, apakah tara-wih disyariatkan di dalam semua bulan, dalam Ramadhan dan bulan Syawal, Zul Hijjah, Zul Qaadah dan seterusnya? Kalau begitu kenapa kaum berkenaan tidakpun solat tarawih melainkan dalam bulan Ramadhan sahaja?


Keduanya, sekiranya diikut kefahaman mereka, bermakna Nabi tidak solat tahajjud pada bulan Ramadhan dan memadai dengan solat tarawih sahaja, kerana tahajjud akan menambah bilangan solat tersebut menjadi lebih daripada yang tersebut. Ataupun akan menjadikan bahawa solat tarawih yang Nabi lakukan adalah sebenarnya solat tahajjud juga.

Umum ulama mengatakan bahwa solat tarawih dan tahajjud adalah dua solat yang berlainan, hanya Syaikh Muhammad Anwar al-Kasymiri (Mazhab Hanafi) yang menga-takan keduanya adalah solat yang sama. (Faidhul Bari syarah Sahih al-Bukhari, j 2, 420)
Kesimpulannya hadis ini lebih tepat menjadi dalil solat tahajjud dan jauh untuk menjadi dalil solat tarawih seperti disangka mereka. Keduanya, solat malam Nabi (saw) tidak terhad kepada sebelas rakaat sahaja.

Dalil Kedua:

Mereka berhujjah dengan hadis riwayat Jabir ibn Abdillah, kata Jabir:

“Ertinya: Nabi (saw) telah solat bersama kami pada bulan Ramadhan lapan rakaat kemudian baginda solat witir. Pada malam berikutnya kami berkumpul di dalam masjid dan kami berharap baginda akan keluar tetapi beliau tidak keluar ke masjid sehinggalah waktu subuh. Kemudian kami masuk menemuinya seraya berkata: ya Rasulullah malam tadi kami berkumpul di masjid dan berharap tuan bersolat bersama kami. Rasullullah (saw) bersabda: aku takut ianya akan diwajibkan ke atas kamu.” (Riwayat Ibnu Hibban, Ibn Nasr dan at-Tabarani,)


Kata Maulana Muhammad Zakariyya: Hadis Jabir adalah riwayat Isa ibn Jariah; kata Az Zahabi: Ibnu Main berkata: Isa mempunyai banyak hadis-hadis munkar. Kata an Nasai: ia meriwayat hadis munkar. An Nasaie juga mengatakan ianya (Isa ibn Jariah matruk (riwayatnya ditinggalkan). Kata Abu Daud ia meriwayat hadis munkar. Kata Abu Zar’ah: tidak mengapa dengannya. Ibnu Hibban menganggapnya thiqah.

Anda mengetahui bahawa hadis riwayat Ibnu Abbas diperkuatkan oleh perbuatan sahabat yang solat tarawih dua puluh rakaat. Maka hadis riwayat Ibnu Abbas lebih aula diterima daripada hadis Jabir. (Aujaz 2, 503)

Para ulama mengatakan bahawa Jabir, yang meriwayatkan hadis, hanya solat ber-sama Rasullullah (saw) pada bulan Ramadhan dua atau tiga kali kali sahaja. Solat tara-wih mula disyariatkan pada tahun kedua hijrah, dan Nabi telah solat tarawih selama sem-bilan tahun sebelum wafat pada bulan Rabiul Awal tahun kesebelas hijrah. Ini memung-kinkan sahabat-sahabat lain juga mengetahui solat tarawih yang Nabi (saw) pada masa-masa lain sebagaimana Umar mengambilnya.

Muslim meriwayatkan bahawa Anas juga pernah solat dengan Nabi pada bulan Ramadhan tanpa menerangkan bilangan rakaat.

Kata Syaikh al-Utmani, hadis Jabir ini tidak menerangkan kecuali sebahagian per-buatan Nabi (saw) pada satu malam sahaja, bukannya setiap malam. Bahkan tidak ada di dalamnya penafian tambahan ke atas lapan rakaat larangan secara jelas. Kerana sesung-guhnya ada kemungkinan Nabi (saw) solat di rumahnya seberapa banyak yang ia mahu, sebelum keluar kepada para sahabat di masjid dan solat bersama mereka lapan rakaat.di masjid. Kerana malaikat Jibril (as) bertadarus al-Quran bersama Nabi (saw) pada setiap malam Ramadhan pada setiap tahun. (Riwayat al-Bukhari, j 3, 1612) Maksud tadarus ialah seorang dari mereka membaca dan yang lain akan mendengar secara bergilir-gilir. Di dalam hadis riwayat Tabrani bahawa bacaan al-Quran di dalam solat adalah lebih afdhal daripada di luar solat, oleh kerana itu, bererti Nabi telah solat bersama Jibri (as) di rumah sebelum keluar untuk solat bersama para sahabat di masjid. (Fathul Mulhim, j 5, 116)


Jika ditanya berapa rakaatkah Nabi (saw) solat pada malam-malam di dalam hadis tersebut? Maka jawabnya ialah lapan berdasarkan hadis Jabir. Dan jika ditanya adakah Nabi (saw) pernah solat sebanyak dua puluh rakaat walau beberapa kali sahaja? Jawab-nya juga adalah ‘ya’ , dan ia sabit dengan hadis dhaif. (Tuhfatul Akhyar, 129)
Tapi lapan rakaat ialah selepas Nabi (saw) solat tarawih di rumah baginda bersama Jibril (as)

Dalil Ketiga:

Malik meriwayatkan dari Muhammad bin Yusuf, dari Saib bin Yazid katanya: “Umar menyuruh Ubayy bin Kaab dan Tamim ad-Dari bersolat dengan orang ramai dengan sebelas rakaat…” (Muwatta Imam Malik, 102)

Kata Al Baji (pengarang syarah Muwatta): Ubayy solat dengan mereka mengikut kemampuannya, kemudian Tamim Ad Dari solat pula bersama mereka. Dan yang benarnya ialah imam kedua meyambung bacaan imam pertama kerana ia ganti imam pertama. Dan sunnah ialah membaca Al Quran mengikut tertib ayat. Kata Maulana Zakariyya inilah pendpat yang lebih kuat. (Aujaz, 2, 527)

Dari kata-kata al Baji nyata bahawa mereka tidak solat hanya sebelas rakaat sahaja, tetapi bergilir-gilir untuk mencukupkan dua puluh rakaat. Mungkin imam pertama solat dua belas rakaat, dan imam kedua solat sebelas rakaat bersama witir.
Kata al-Albani: hadis riwayat (Malik dari Yazid bin Ruman yang telah disebut sebelum ini) yang mengatakan bahawa orang ramai mengadakan qiyam ramadhan pada zaman Umar dengan dua puluh rakaat adalah riwayat syaz lagi dhaif kerana berlawanan dengan riwayat orang-orang thiqah yang mengatakan sebelas rakaat dan Umar meme-rintahkan supaya solat tarawih dikerjakan sebelas rakaat (seperti di dalam hadis si atas). (Panduan Solat Sunat, h 210.)

Namun sebahagian ulama mengatakan bahawa hadis Saib bin Yazid di atas adalah waham, kerana itulah tidak ada imam mazhab yang berpegang dengannya. (Shaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya, Aujazul Masalik syarah Muwatta’ Malik, 2, 532)
Kata Ibnu Abdil Barr: ulama selain Malik meriwayatkan di dalam hadis Saib ini dengan lafaz dua puluh satu rakaat, dan ianya sahih. Aku tidak tahu seorang pun yang berkata sebelas rakaat kecuali Malik. Dan boleh jadi (ihtimal) sebelas rakaat ialah pada masa permulaan, kemudian Umar memberi kelonggaran pada lama berdiri dan bertukar kepada dua puluh satu rakaat. Kecuali yang paling kuat pada pandangan saya ialah kata-katanya ‘sebelas rakaat’ itu adalah waham (sangkaan.)

Kata al-Zarqani: tidak berlaku waham, sedangkan mengumpulkan dua hadis tersebut dengan ihtimal tadi. (yakni sebelas rakaat pada permulaan) adalah hampir, dan be-gitulah yang dilakukan al-Baihaqi. Kata-kata Ibnu Abdil Barr bahawa hanya Malik yang berkata ‘sebelas rakaat’ adalah tidak benar kerana ia juga diriwayat oleh Said bin Mansur dari jalan lain dari Muhammad bin Yusuf dan ia berkata ‘sebelas rakaat.’
Tetapi kata Allamah al-‘Aini bahawa diriwayat dalam kitab al-Musannaf (Abu Bakar bin Abi Syaibah) dari Daud bin Qais dan lainnya dari Muhammad bin Yusuf dari Saib bin Yazid bahawa Umar bin al-Khattab mengumpulkan manusia dalam Ramadhan bersama Ubayy bin dan Tamim ad-Dari atas dua puluh rakaat.

Dan diriwayatkan oleh al-Harith bin Abdur Rahman dari Saib bin Yazid, berkata ia (Saib) adalah qiyam pada masa Umar ialah dua puluh rakaat.
Dan Muhammad bin Nasr meriwayatkan di dalam kitab Qiyamul Lail dari riwayat Yazid bin Khasifah dari Saib bin Yazid berkata ia (Saib) bahawa mereka mengerjakan solat pada masa Umar dengan dua puluh rakaat.

Kata Muhammad Zakariyya, saya berpendapat yang jelas ialah apa yang dikata oleh Ibnu Abdil Barr (iaitu sangkaan di dalam riwayat Malik) kerana riwayat yang terbanyak adalah dengan dua puluh rakaat. Tetapi waham itu adalah adalah datang dari Muhammad bin Yusuf., kerana menisbahkan waham kepada Imam (Malik) adalah lebih jauh berbanding menisbahkan kepadanya. Ini berdasarkan riwayat Said bin Mansur, sesungguhnya telah meriwayat Yazid bin Khafisah dari Saib bin Yazid bahawa mereka solat pada masa Umar dengan dua puluh rakaat.


Dan boleh juga dibuat alasan lain untuk dua riwayat yang berlawanan ini: Iaitu hadis dua puluh satu rakaat ialah jumlah solat kedua-dua imam, dan riwayat sebelas ra-kaat ialah solat setiap seorang daripada kedua-dua imam tersebut yakni Ubayy dan Ta-mim. Mereka solat sepuluh rakaat di belakang Ubayy dan kemudian solat sepuluh rakaat lagi di belakang Tamim. Kemudian mereka solat witir dengan seorang daripada mereka berdua, dan pada masa lain solat dengan imam lain pula. (Aujazul Masalik, j 2, ms 529.)

Dari sini dapat dilihat kelemahan kata-kata al-Albani di atas kerana athar yang mengatakan bahawa orang ramai solat tarawih pada zaman Umar dua puluh rakaat tidak berlawanan dengan mana-mana hadis yang meriwayatkan lapan rakaat, maka ia tidak menjadi riwayat syaz.

Di samping itu ada hadis lain yang diletakkan oleh Imam Malik berdekatan de-ngan dua hadis tadi. Hadis itu riwayat dari al-A’raj katanya: “aku tidak mendapati manu-sia melainkan mereka melaknat orang-orang kafir di dalam ramadhan. (di dalam qunut witir.) Katanya adalah qari (imam) membaca surah al-Baqarah di dalam lapan rakaat, maka apabila sampai rakaat yang kedua belas, mereka dapati ia telah meringankan ba-caannya.”

Jelas riwayat ini menyebutkan bahawa imam solat sehingga dua belas rakaat dan tidak terhad kepada sebelas rakaat sahaja seperti yang disebut oleh al-Albani.

Dalil Keempat:


Diriwatkan oleh Abu Ya’la dari Jabir bin Abdillah (ra), katanya: telah datang Ubayy kepada Nabi (saw) lalu berkata: wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ada sesuatu pada malam ini, yakni pada malam Ramahan. Sabda Nabi (saw) apakah itu? Kata Ubayy: para wanita di rumah saya telah berkata: Kami tidak hafal al-Quran, jadi kami hendak solat bersama kamu, lalu aku bersolat dengan mereka lapan rakaat, kemudian berwitir. Maka itu adalah sunnah redha (dari Nabi) dan baginda tidak berkata apa-apa.

Kata al-Haithami diriwayatkan oleh Abu Ya’la dan at-Tabarani seperti itu di dalam Mu’jam al-Ausat, dan sanadnya hasan. (Hayatus Sahabah, j 3, 230.)

Hadis ini juga dinukil oleh pengarang kitab ‘Aunul Ma’bud syarah Abu Daud, yang sama berpegang bahawa solat tarawih adalah lapan rakaat.

Hadis ini dijawab bahawa Nabi membenarkan lapan rakaat kerana memberi ke-longgaran kepada kaum wanita di rumah Ubayy, sebagaimana baginda juga memberi ke-longgaran kepada orang-orang lelaki di masjid untuk solat lapan rakaat. Sekiranya tara-wih terhad kepada lapan rakaat sahaja pasti Ubayy akan membantah Umar yang menyu-ruhnya menjadi imam di dalam tarawih solat dua puluh rakaat. Kerana para sahabat dike-tahui umum bahwa mereka akan menentang setiap kemungkaran atau perkara yang ber-lawanan dengan sunnah Nabi (saw.)

Di dalam hadis ini tidak dinyatakan bahawa Ubayy solat lapas rakaat sahaja, kerana barangkali dia solat bersama sahabat yang lain di masjid Nabawi kemudia baru solat dengan kaum wanita tersebut. Kerana Ubai pernah menjadi imam solat tarawih di masjid nabawi.


IJMA’ SAHABAT


Di sini di terangkan secara ringkas perkara-perkara yang berkaitan dengan ijma’ supaya pembaca akan lebih jelas kekuatan hujah ulama yang berpegang bahawa solat tarawih adalah dua puluh rakaat.

Apabila disebut sesuatu hukum berdasarkan ijma, maka hukum itu adalah qat’iy (diyakini tepat). Ini adalah pandangan ulama yang paling ramai. Maksud (dalalah) ijma’ adalah lebih kuat dari Al Quran dan hadis mutawatir, apatah lagi hadis ahad. Kerana ayat-ayat Al Quran dan hadis banyak yang mempunyai kemungkinan lebih daripada satu makna dan maksud. Sedangkan ijma menetapkan hukum adalah satu sahaja dan tiada lagi kebarangkalian.

Contohnya ayat al Quran: “diharamkan ke atas kamu ibu-ibu kamu dan anak-anak perempuan kamu.” (An Nisa, 23) Ayat ini tidak menerangkan samada ibu sahaja atau pun nenek ke atas juga haram, dan juga samada anak perempuan atau semua cucu ke bawah haram juga. Tetapi para sahabat telah ijma’ (sepakat) bahawa ibu dan semua nenek ke atas adalah haram, sebagaimana anak dan semua cucu ke bawah adalah haram dinikahi. Maka tiada lagi kebarangkalian maksud ayat al Quran tersebut. Di sini ijma berfungsi menetapkan hukum yang dikehendaki oleh ayat Al Quran.

Apabila dikatakan bahawa para sahabat telah ijma (sepakat) melakukan solat tarawih dua puluh rakaat, maka itulah yang bilangan rakaat solat tarawih yang sebenarnya, dan semua dalil-dalil yang mengatakan bilangan selain daripadanya hendaklah diletakkan dibawah pengaruh ijma’ tersebut, iaitu dalil-dalil tersebut tidak boleh menjejaskan ijma berkenaan. Lebih-lebih lagi dalil tersebut mempunyai kebarangkalian yang telah disebutkan sebelum ini. Dalil qat’iyy yang berdasarkan ijma mestilah didahulukan daripada perkara yang sabit hanya dengan dalil zhonniyy yang mempunyai kebarangkalian.


Jika benarlah Nabi (saw) solat tarawih lapan rakaat sahaja, maka sudah pasti para sahabat akan membantah perbuatan Umar yang menyuruh mereka solat tarawih dua puluh rakaat. kerana para sahabat tidak akan membiarkan pendapat yang salah dikemukakan di hadapan mereka sebagaimana dilakukan oleh seorang wanita yang membantah pandangan Umar radiyallahu anhu yang sedang berkhutbah di atas mimbar, tanpa takut sedikit pun untuk mempertahankan sesuatu yang haq. Begitu juga Bilal pernah membantah Umar sehingga ia bercakap kasar kepada Umar kerana mempertahan kebenaran. (Dr Abdul Karim Zaidan, Al Wajiz, 191)

Apabila Umar melakukan tarawih sebanyak dua puluh rakaat tanpa ada yang membantah maka itu bermakna semua sahabat setuju dengan beliau, dan ini menunjukkan semua sahabat sama pendapat dengannya. Dan kerana para sahabat telah solat bersama-sama maka itu dinamakan ijma’ sorih.

Kata Abdul Karim Zaidan: ijma’ sorih tidah harus berlawanan (mukhalafah) dengannya dan membatalkannya. (Al Wajiz, 184)

Salah satu syarat berlaku ijma adalah adanya dalil (mustanad, sanad) yang samada dari Al Quran, Hadis ataupun Qiyas. Dalil mengenai tarawih ini ialah hadis riwayat Ibnu Abbas bahawa “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam solat pada bulan Ramadhan dua puluh rakaat selain witir.” (hadis dhaif riwayat Ibnu Abi Syaibah, at-Tabarani dan al-Baihaqi).

Walaupun hadis ini dhaif tetapi setelah adanya ijma maka hadis ini menjadi kuat dan qat’iyy dalalah. Dan kemungkinan tarawih 20 rakaat telah menjadi satu kebiasaan di kalangan para sahabat dan tidak perlu kepada riwayat khusus mengenainya sebagaimana bilangan rakaat solat fardhu, tidak semua solat ada riwayat bilangan rakaatnya. Tidak ada riwayat yang sampai kepada kita bukan bermakna perkara itu tidak wujud.


Kata Maulana Zakariyya: tidak syak bahawa tidak ada hadis sahih yang menetapkan bilangan tarawih dua puluh rakaat, dan hadis riwayat Ibnu Abbas (seperti di atas) dipertikaiakan ulama hadis. Tetapi bersama itu hadis ini tidak boleh diingkari benar adanya kerana perbuatan Umar dan diamnya para sahabat terhadap tarawih dua puluh rakaat. Dan ijma mereka menerimanya sama dengan nas yang menunjukkan bahawa merekas mempunyai dalil mengenainya. (Aujaz Masalik, j 3, ms 534)

Dari apa yang tersebut maka tidak harus dikatakan dua puluh rakaat adalah sunnah Umar dan lapan rakaat adalah sunnah Nabi kerana jika benar Nabi solat lapan rakaat sahaja maka mustahil sahabat akan sepakat melakukan apa yang berlawanan dengan sunnah Nabi.

Dari sini kita dapati bahawa solat tarawih sebelas rakaat tidak mempunyai dalil yang kuat. Dan sekiranya dalil tersbut kuat tetapi kerana ia berlawanan dengan ijma’ maka dalil tersebut tidak boleh digunakan sebagai hujjah kerana ia bukan bermaksud seperti itu.

Penutup

1. Tiada larangan daripada hadis solat tarawih melebihi 11 rakaat, jadi solat tarawih 20 rakaat adalah lebih afdhal dan lebih banyak pahala berbanding 8 rakaat.

2. Berdasarkan kesepakatan para sahabat nyata bahawa 11 rakaat bukanlah sunnah kerana masih ada riwayat Nabi juga solat 20 rakaat dengan tidak berjemaah. 11 rakaat hanya menjadi sunnah sekiranya tiada kemungkinan Nabi (saw) dan para sahabat menambah lagi solat mereka di rumah, dan tiada sepakat para sahabat kemu-diannya melakukan 20 rakaat.

3. Ijma berlaku pada zaman Umar kerana tiada bantahan dari sahabat-sahabat lain.

4. Pendapat mujtahid lebih baik diikuti, yakni pada bilangan rakaat melebihi 11 rakaat dan pada 20 rakaat. Sabda Nabi (saw) Apabila seseorang hakim ingin menghukum lalu ia berijtihad dan hukumnya benar maka ia mendapat dua pahala; dan apabila ia hendak menghukum maka ia berijtihad kemudian tersilap maka ia mendapat satu pahala. (Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari ‘Amru bin ‘As; Ahmad, al-Bukhari, Muslim, at-Tarmizi, Abu Daud, an-Nasai dan Abu Daud da-ri Abu Hurairah; Faidhul Qadir, j 1, m 331; Sahih al-Bukhari, 4, 2292)

5. Kita percaya bahawa semua imam mujtahid empat mazhab telah menemui hadis ‘Aisyah dan hadis-hadis lain, tetapi soalnya kenapa tiada seorang pun dari mereka berfat-wa solat tarawih ialah sebelas rakaat? Ini menunjukkan bahawa hadis berkenaan tidak boleh dijadikan dalil tarawih. Dan mereka lebih memahami bawah solat tarawih yang berdasarkan sunnah bukanlah sebelas rakaat sahaja. Kata Abu Hanifah: apa yang Umar lakukan bukanlah datang dari dirinya sendiri, dan ia bukan pembuat bidaah, ia tidak akan memerintahkan melainkan perkara yang ada asal (dalil) di sisinya dan ia mengetahuinya dari Nabi (saw)

6. Kata al-Halabi: Hikmah tarawih dua puluh rakaat ialah kerana solat-solat sunat untuk meyempurnakan solat-solat wajib, dan ianya adalah dua puluh satu rakaar bersama witir. Maka tarawih pun seperti itu supaya ada persamaan antara yang menyempurnakan dan yang disempurnakan. (Fathul Mulhim, 5, 118)

7. Harus bagai penduduk Madinah al-Munawwarah melakukan solat tarawih tiga puluh enam rakaat, menurut ijtihad mereka yang ada pada akhir kurun yang pertama, kerana dua puluh rakaat ialah lima kali tarawih, dan penduduk Makkah melakukan tawaf di antara tiap-tiap dua tarawih, tujuh pusingan, oleh kerana itu penduduk Madinah menja-dikan satu tarawih sebagai ganti bagi tiap-tiap satu pusingan supaya dapat menyamai penduduk Makkah. (Al-Iqna’ dengan Hasyiah al-Bujairimi, 1, 421.)
Dari ini dapat difahami bahwa maksud mereka ialah untuk mendapat pahala yang banyak di dalam bulan Ramadhan, kerana setiap amalan sunnat digandakan tujuh puluh kali pada bulan Ramadhan. Berkekalan melakukan solat tarawih lapan rakaat seperti yang dilakukan sekarang dengan bacaan surah-surah pendek akan menjadikan umat Islam malas dan berat melakukan ibadat dalam jumlah yang banyak. Sedangkan para salafus-soleh adalah amat biasa dengan solat berpuluh malah beratus rakaat setiap hari. Tarawih dua puluh rakaat adalah sebagai latihan untuk membiasakan diri dengan amalan-amalan mereka, dengan syarat dilakukan dengan tenang dan bacaan surah panjang atau satu juzuk semalam. Sebaliknya jika dilakukan dengan gopoh dan tanpa khusyuk maka tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

والله أعلم

Khamis, 22 Julai 2010

LAMAN WEB LUCAH: LEMAHNYA PEGANGAN AGAMA PARA PEMIMPIN

BEKAS PERDANA MENTERI Mahathir Muhammad telah meminta kerajaan menyekat laman –lamana web lucah. Ini adalah satu perkara yang sangat baik, kerana mangamalkan amar makruf nahi munkar. Tapi soalnya kenapa semasa beliau menjadi PM dulu ia tidak dilaksanakan? Bukankah pada masa itu dengan kuasa penuh akan mudahlah sekatan tersebut dibuat. Kalau cadangan dibuat selepas umat Islam semakin rosak akhlak dan pemikiran mereka kerana laman jijik itu, maka kaesannya amat sedikit.

Semasa menjadi PM Mahathir sangat lantang melaung-laungkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, tapi nak sekat wab lucah pun tak boleh. Islam apakah yang dia laung-laungkan? Dia sangat lantang membelasah oerang-orang PAS dan lawannya, tapi tenyata pemikiran Islamnya amat ketinggalan. Ketingglalan lebih 20 tahun daripada orang Islam yang lain. Menteri-menteri lain pun sama saja. Pak Lah pun tak sekat juga.

Sepatutnya semasa internet dibawa masuk ke Malaysia sejak itulah laman web kotor itu disekat. Sejak awal-awal lagi. Bukannya selepas beratus ribu anak haram dilahirkan baru nak sekat. Bukannya selepas beribu kes rogol berlaku baru terfikir nak sekat. Kata cerdik sangat, kata Islam sangat, tapi kes macam ni pun tak faham.

Semua umat Islam tahu bahawa menonton laman web begitu adalah haram. Dia juga menjadi punca zina, liwat rogol dan lain-lain maka kerajaan WAJIB menyekatnya dari permulaan dan selama-lamanya. Tapi tidak pernah ada pun cadangan daripada mana-mana menteri nak sekat. Menteri yang dulunya ustaz ustazah pun tidak pernah sentuh.
Bila Mahathir sebut perkara berkenaan, akhbar-akhabr pun buat-buat kecoh nak tumpang jadi lebai sekejap, lepas ni senyap baliklah. Sama-sama ketinggalan zaman.

Saya telah tulis dalam blog ini mengenai azab dan penderitaan umat Islam bila zina semakin banyak berlaku. Tapi para menteri bukannya tahu perkara macam ni, sebab itu mereka tak buat apa-apa pun.

Mereka sibuk cari duit dan pengaruh saja. Wajib, halal, haram depa bukan peduli sangat. Samalah dengan akhabr-akhbar dan setesen tv. Dalam hal ini negara bukan Islam pun cerdik juga mereka berfikir laman lucah ini akan menggugat keselamatan negara dan menyekatnya, tapi pemimpin-pemimpin Malaysia ni jenis tak faham-faham.

Kalau orang kata tak mahu Islam, UMNO akan melenting, tapi tak ada bukti pun mereka nak amal Islam. kalau nak amal lama dah depa sekat laman lucah ni.

Ahad, 13 Jun 2010

ADAB-ADAB SOLAT JEMAAH YANG DIPANDANG REMEH TETAPI MENGHAPUSKAN PAHALA ORANG YANG TIDAK MENJAGANYA.


Pahala solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali berbanding solat berseorangan. Ertinya orang yang solat fardhu berjemaah akan diberi pahala seperti ia melakukannya sebanyak dua puluh tujuh kali. Pahala setiap bacaansetiap huruf al Quran, zikir, tasbih dan doa di dalam solat jemaah akan digandakan sebanyak dua puluh tujuh kali.

Apabila ia menyebut takbiratul ihram “Allahu akbar”, ia mempunyai sembilan huruf termasuk huruf alif bagi mad dalam kalimah Allah, maka orang yang sembahyang berseorangan akan mendapat sembilan puluh (90) pahala. Orang yang solat berjemaah pula akan mendapat dua ratus empat puluh tiga (243) pahala, iaitu hasil dari darab 9 dengan 27. dan mungkin juga boleh didarab dengan sepuluh kerana sepuluh ialah pahala bagi setiap ganjaran asas. Jika begitu, pahala takbiratul ihram dalam solat berjemaah adalah sebanyak dua ribu empat ratus tiga puluh (2430). Ringkasnya adalah seperti berikut: 9 x 10 x 27 = 2430. sembilan adalah jumlah huruf takbiratul ihram, didarab dengan sepuluh yang merupakan asas gandaan bagi setiap amalan. Dua puluh tujuh adalah gandaan bagi solat berjemaah.

Apabila setiap amalan baik diganjari dengan sepuluh kali pahala, maka bererti sepuluh inilah yang akan digandakan dengan 27 di dalam solat berjemaah. Inilah kemungkinan yang lebih hampir. Ini berdasarkan hadis bahawa solat berjemaah adalah lebih baik daripada solat bersendirian sebanyak dua puluh tujuh kali ganda, dan setiap satu solat adalah sama dengan sepuluh kali solat.

Apabila kita membaca doa iftitah pula kita akan mendapat sepuluh pahala untuk setiap hurufnya, dan didarabkan jumlah itu dengan 27. maka kita dapat bayangkan betapa banyaknya pahala untuk solat berjemaah.Begitu jugalah apabila dibacakan taawuz.
Surah al Fatihah yang bermula dengan basmalah akan diganjari dengan 100 pahala bagi setiap hurufnya dan dan didarab dengan 27. Saiyyiduna Ali, semoga Allah redha kepadanya, berkata: sesiapa yang membaca Al Quran ketika berdiri di dalam solatnya akan mendapat seratus pahala bagi setiap huruf; sesiapa yang membaca al Quran ketika duduk akan solatnya akan mendapat 50 pahala bagi setiap hurufnya. (Syaikhul Hadeeth Maulana Muhamad Zakariyya, Fadhilat Al Quran, ms 41). Begitulah pahala ketika membaca surah selepas Fatihah.

Rukuk yang dilakukan adalah sama dengan 27 kali rukuk, dan tasbih di dalam rukuk adalah diberi sepuluh pahala bagi setiap hurufnya dan didarab dengan 27. begitulah rukun dan rakaat seerusnya. Pembaca yang rajin mengira, dipersilakan mengira jumlah kesemua rukun dan sunat-sunat dalam solat Zohor (contohnya) dan sila letakkan dalam komen.

Jadi kita akan memahami betapa banyaknya ganjaran yang diberikan kepada orang yang solat berjemaah.

Namun untuk mendapat pahala tersebut solat yang dilakukan mestilah solat yang betul rukun dan syaratnya. Jika rukunnya tidak betul maka solat itu tidak akan memberikan apa-apa ganjaran malah hanya mendatangkan dosa.

Kemudian adab solat berjemaah juga mesti dipelihara. Antara adabnya ialah:

1. Merapatkan dan meluruskan saf

Selalu dilihat di kebanyakan masjid para makmum yang solat jemaah tidak merapatkan saf mereka. Walaupun mereka istiqamah solat jemaat lima kali sehari, tapi amat rugi kerana mengabaikan perkara yang mudah diamalkan. Apakah mereka tidak suka dan rimas apabila bersentuhan dengan orang di sebelah mereka? Sikap itulah yang merugikan mereka, dan di situ ada sedikit unsur ego dan besar diri

Sabda Nabi kita, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: luruskan saf-saf kamu, dan rapat-rapatlah (Al Bukhari dan Muslim, Dalilul Falihin, j 3, ms 586
Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: luruskan saf-saf kamu, kerana sesungguhnya meluruskan saf adalah menyempurnakan solat. (Muttafaqun alaih, Dalilul Falihin, j 3, ms 585)

Kata Anas bin Malik: adalah seorang daripada kami merapatkan bahu dan kakinya dengan orang di sebelahnya. (Bukhari, ibid)

Sabda Nabi, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: janganlah kamu berbeza kedudukan dam saf, maka sebab itu hati kamu semua akan berbeza (pandangan) (Abu Daud, isnad hasan)

Sebab tidak rapat saf ialah kerana rasa rimas bersentuhan dengan orang lain. Dan rasa rimas ini biasanya datang kerana rasa besar diri dan tidak mesra dengan oarang lain. Rasa besar diri inilah menjadi punca pergaduhan dan perpecahan umat Islam.

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH DARI SUDUT SAINS

Saya pernah terbaca sebuah buku ketika berada di masjid Felda Lawin Selatan lebih dari sepuluh tahun lepas, yang diterbitkan oleh Jakim atau IKIM memuatkan isi mengenai kajian seorang professor di US terhadap kelebihan solat berjemaah dari sudut sains. Saya merasakan seolah-olah mengetahui nama professor tersebut melalui buku itu.

Setelah mencari dengan tidak begitu teliti saya hanya dapat men ‘copy-paste’ kan dari sebuah blog yang sama dengan beberpa blog yang lain. Isinya adalah seperti di bawah:

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

2. Tidak membiarkan saf dihadapan tidak penuh.

Para makmum hendaklah memenuhkan saf yang pertama dahulu sebelum membuat saf yang kedua. Sebagaimana mereka dikehendaki memenuhkan saf kedua sebelum membuat saf yang ketiga. Ini adalah perbuatan yang menyebabkan hilangnya pahala berjemaah.

3. Tidak berada seorang diri dalam mana-mana saf

Syaikh Ibnu Hajar Al Haitami berkata ia menyebabkan kehilangan fadhilat/pahala berjemaah. Bahkan Nabi Muhamad, selawat dan salam ke atas baginda pernah menyuruh seorang sahabat yang solat bersendirian dalam saf paling belakang mengulangi solatnya. (Riwayat Imam Tirmizi dan ia menganggapnya hasan, dipetik dari kitab Mughniul Muhtaj)

4. Seorang makmum berdiri di sebelah kanan imam, tidak di sebelah kirinya atau belakangnya.

5. Tidak berada terlalu jauh daripada imam atau saf di hadapan dengan jarak melebihi tiga hasta.

Disebutkan di dalam kitab-kitab fiqh Mazhab Imam Syafie, semoga Allah merahmatinya, bahawa adab-adab tersebut di atas jika tidak diamalkan akan menghilang/meluputkan pahala jemaah. (Ianah, 2, 25)

6. Tidak mendahului, menyamai imam atau terkemudian daripada imam sehingga selesai satu rukun.

Pengarang kitab I’anah Talibin mengatakan bahawa yang hilang pahala ganda 27 ialah pada rukun yang dilakukan katika mendahului, serentak, atau terkemudian selepas imam selesai dari rukun berkenaan. Misalnya ia melakuka tiga perkara tersebut ketika rukuk, maka ia tidak akan mendapat pahala 27 kali rukuk. (jilid 2, ms 39)
Kalau rajin solat berjemaah setiap waktu, tetapi tidak menjaga adab-adab tersebut maka tidak jauh bezanya dengan orang yang solat sendirian di rumah. Pahala 27 kali ganda tidak akan diperolehi sepenuhnya. Barangkali hanya sepuluh kali ganda atau kurang daripada itu.

Wallahu a’lam.

Isnin, 17 Mei 2010

ISTIWA: PENIPUAN RASUL DAHRI DAN KEJAHILANNYA

Firman Allah Taala:

الرحمن على العرش استوى

Rasul Dahri berkata istawa bermakna ‘bersemayam’ di atas Arasy. Dan dia menafikan makna lain seperti ‘istaula. Dan berkata golongan Khalaf sama seperti Yahudi kerana menukar makna al Quran.

Mari kita lihat erti ‘bersemayam’ dalam Bahsa Melayu. Kamus Dewan edisi keempat menyatakan: bersemayam bererti: 1. duduk (di atas takhta, singgahsana); 2. tinggal, berkediaman di..

Saya tak tahu kalau-kalau Rasul Dahri beriktikad makna lain pula.

Dari Kamus Dewan tadi maka ayat Quran tersebut bermaksud: Tuhan Yang Maha Pemurah duduk di atas Arasy, ataupun: tinggal di atas Arasy.

Inilah maksud yang dipertahan oleh Rasul Dahri dan para pembesar Wahabi di Malaysia dan seluruh alam. Dan mereka menafikan makna-makna lain lebih-lebih lagi jika istawa dtakwilkan dengan maksud istaula, yang bermakna menguasai. Ini sama dengan kerja Yahudi, kata mereka.

Kalau pembaca pergi ke Makkah boleh tengok di Masjidil Haram ada ulama Melayu yang mengajar di situ, yang juga jadi pembesar Wahabi mengatakan kaum Khalaf sama macam Yahudi, seperti kata-kata Rasul Dahri. Macam berpakat pulak.

Mari kita lihat pula kalimah ‘istawa.’ Apakah maksud istawa dalam Bahasa Arab? Apakah tidak ada berbagai pengertian bagi kalimah istawa? Sebenarnya istawa mempunyai beberapa makna:

1. tegak dan lurus
2. bersamaan
3. telah sempurna kemudaan atau sampai umur empat puluh tahun
4. telah masak (makanan)
5. menjadi kemarau (tanah)
6. mati/musnah pada sebuah tempat
7. tinggi dan naik
8. tetap
9. memerintah menguasai kerajaan
10. menuju tanpa menangguhkan

(Kamus Al Mu’jam Al Wasit, Kamus Al Muhit)


Antara makna yang boleh dianggap hampir mempunyai makna yang dekat dengan ayat tersebut ialah

1. naik atau tinggi kerana istawa dihubungkan dengan kalimah ‘ala’ yang sama seperti dalam ayat tersebut: استوى على \ قوق

2. memerintah dan menguasai kerajaan: استوى على سرير الملك\ على العرش


Makna lain yang hampir juga tetapi tidak mempunyai kalimah ‘ala’ ialah: tetap, menuju kepada sesuatu tanpa menangguhkan.

Apabila istawa mempunyai maksud yang banyak seperti ini maka apakah alasan/hujah Wahabi untuk mengatakan maksud ‘istawa ala’ ialah bersemayam sebagaimana yang dimaksudkan oleh Kamus Dewan. Malah makna ‘istawa ala’ sebahagiannya bermaksud menguasai kerajaan, yang seerti dengan istaula استولى, seperti takwilan kaum Khalaf.

Tidak ada pun makna di dalam kamus arab seperti yang dipegangi oleh Rasul Dahri dan Wahabi Malaysia, iaitu istawa dengan maksud duduk, tinggal, berkediaman. Mana dalil mereka untuk tetapkan bahawa makna istawa ialah bersemayam? Dalilnya tidak ada hanya omong kosong Rasul Dahari sahaja.

Untuk mengatakan maksud al Quran bersemayam wajib mempunyai dalil samada daripada ayat al Quran sendiri atau hadis. Mereka tidak punyai satu dalil pun samada ayat Quran, hadis ataupun bahasa.

Maksud yang diambil dari nas dipanggil tafsir, dan apabila mereka mengatakan makna lain tidak boleh diertikan pada istawa selain dari bersemayam, maka itu bermakna mereka menetapkan bahawa itulah maksud yang dikehendaki oleh Allah taala, yang menjadi tafsir bagi ayat tersebut. Itulah tafsir bir a’yi yang haram. Tafsir Quran tanpa ambil dari ayat atau hadis adalah dosa besar.

Kaum Khalaf, yang mereka anggap seperti Yahudi, tidak mengatakan ‘istaula’ adalah yang dimaksud oleh Allah. Maksud istaula adalah hanya maksud yang barangkali hampir dengan ‘istawa ala’ kerana ada dalil dari segi bahasa. Ini dipanggil takwil. Takwil tidak haram, kerana ia masih mempunyai alasan. Alasan di sini ialah dari segi bahasa.

Takwil ialah menyokong/ mengutamakan salah satu maksud yang barangkali sama dengan ayat berkenaan. Kerana itulah kita lihat banyak sahabat dan tabiin mempunyai pendapat yang berbeza pada mentakwilkan maksud al Quran. Apabila para mufassir berbeza pendapat dalam sesuatu ayat, pendapat-pendapat mereka dipanggil takwil dan tidak boleh dipanggil tafsir. Kerana tafsir adalah datang dari Allah dan Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, dan mustahil mempunyai percanggahan.

Kalau Rasul Dahri kata Puak Khalaf macam Yahudi kerana mentakwilkan ayat al Quran, maka bererti dia juga telah menuduh sebahagian salafussoleh buat kerja macam Yahudi kerana mereka juga punyai pendapat-pendapat yang berbeza dan menukar makna ayat al Quran. Sila lihat kitab kitab seperti Ad Durrul Manthur, Tafsir Ibnu Kathir dan lain-lain yang memaparkan berbagai-bagai pendapat ulama salaf.

Contohnya kalimah ‘zajirat’ dalam surah Saffat, Ibnu Abbas, Ibnu Masud, Mujahid, Ikrimah, Masruq, Suddi mengatakan ia bermaksud malaikat.

Sedangkan Rabi’ ibn Anas dan Qatadah mengatakan ‘zajirat’ ialah perkara yang Allah telah tegah dalam Al Quran. (Durrul Manthur, Suyuti, juz 12, ms 385)

Perbezaan takwilan ini adalah kerana tidak nas ayat al Quran atau hadis yang menerangkan maksudnya. Namun kita boleh menganggap tafsir/takwilan Ibnu Abbas dan Ibnu Masud lebih tepat kerana mereka mengambilnya daripada Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda. Tetapi boleh jadi juga para sahabat tersebut hanya mentakwilkan sahaja maksud zajirat, dan bukannya menafsirkan kerana mungkin tiada riwayat dari baginda Nabi Muhammad.

Tapi adakah kita boleh kata Rabi’ bin Anas dan Qatadah buat kerja macam Yahudi kerana tidak ikut tafsiran sahabat yang lebih hampir kepada kebenaran? Mereka berdua adalah salaf. Qatadah meninggal pada tahun 117 hijrah dan Rabi’ pada tahun 139 hijrah.

Jadi kalau kaum Khalaf takwilkan kalimah ‘istawa ala’ kepada ‘istaula’ kenapa jadi macam Yahudi pula sedangkan takwil istaula tidak berlawan dengan mana-mana tafsiran ma’thur kerana tidak ada satu ayat atau hadis pun yang tetapkan maksud sebenar ‘istawa.’

Wahabi pun boleh jadi macam Yahudi juga kerana menafsirkan ‘istawa ala’ dengan makna bersemayam yang bermaksud duduk atau mendiami. Sedangkan tafsiran begitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana dalil pun samada syariat atau dalil bahasa. Sabda Nabi, ertinya, sesiapa yang menafsirkan Quran dengan pendapatnya, maka hendaklah ia sediakan tempatnya dalam neraka.

Ini berbeza dengan Khalaf kerana mereka hanya mentakwilkan, yang bermaksud mereka menganggap ‘istaula’ barangkali lebih dekat dengan makna ‘istawa ala’, kerana alasan/dalil bahasa disebabkan tidak ada dalil ayat atau hadis. Kalau ada dalil syariat mustahil mereka akan menafsirkan dengan maksud lain pula.

Inilah perbezaan Salafi Wahabiyy dengan Salaf Soleh sebenarnya. Wahabi berani tafsirkan ayat dengan pemikiran kepala otak mereka dan tanpa ada satu dalil pun. Sedangkan salaf soleh tidak berani tafsirkan ayat, mereka hanya mentakwilkan sahaja. Ini menunkjukkan biadapnya Wahabi dengan Al Quran, ataupun menunjukkan bodohnya mereka dan pengikut mereka.

Salaf soleh tidak menafsirkan ayat ‘istawa’ dan hanya mendiamkan sahaja. Ummu Salamah, semoga Allah redha kepadanya, ketika berkata mengenai maksud istawa, “istiwa bukanlah tidak diketahui, kaifiyat/cara tidak diketahui, mengakui dengannya adalah iman, dan membantahnya adalah kufur.” (Ad Durrul Manthur, 9, 421)

Kata Syaikh Yasin Al Fadani, ertinya: “maksud kaifiatnya yang dikehendaki oleh Allah adalah tidak diketahui, kita tidak mempunyai dalil yang menunjukkan maknanya dan kita tidak punyai kemampuan mengetahuinya. Istiwa pula diketahui zahirnya dari segi bahasa, tetapi makna zahir ini bukan maksud dalam ayat ini kerana ia ada unsur menyerupakan Allah kepada makhluk yang mustahil bagi-Nya.” (hasyiah Nahjut Taisir, 138)

Malik bin Anas ketika seorang lelaki bertanya mengenai ayat di atas, berkata: “Kaifiyatnya tidak diketahui, istiwa bukanlah tidak diketahui (pada bahasa Arab), beriman dengannya adalah wajib, bertanya mengenainya ialah bidaah. Aku takut kamu menjadi sesat.” Lalu Malik menyuruh lelaki itu dihalau dari tempatnya. (Durr, 9, 423)

Kata Sufyan bin Uyainah: “setiap kali Allah menyebut sifat-Nya dalam kitab-Nya, maka tafsirannya ialah membacanya dan mendiamkannya (tidak menfasirkannya.)” (Riwayat Baihaqi, dengan sanad sahih, Durr, 9, 423)

Dalam riwayat lain Sufyan berkata:”tidak ada seorang pun yang boleh menafsirkannya selain Allah dan para nabi-Nya.”

Inilah cara Salaf Soleh, yang amat berbeza dengan Salaf Wahabi. Tidak ada seorang pun yang menafsirkan istawa dengan makna bersemayam kecuali Wahabi yang salah seorang daripada mereka ialah Rasul Dahri.

Inilah cara orang baru, sebab itu mereka layak di panggil Kaum Muda. Muda bererti kurang ilmu dan kurang akal. Dan biadap terhadap orang yang tidak sependapat juga perangai ramai orang muda. Satu lagi yang nyata ialah biadap terhadap Al Quran: tafsir ikut sesuka hati mereka.

Kemudian ketika membaca kitab Ibanah yang mereka dakwa sebagai tulisan Abul Hasan Al As’ari, Rasul Dahri telah menipu murid-muridnya yang sedang mendengar kuliahnya.

Pada naskhah kitab Ibanah yang ada pada saya pada muka surat 105, ayatnya seperti di bawah:

وإن قال: ما تقولون فى الإستواء؟ قيل له: نقول أن الله عز وجل يستوى على عرشه استواء يليق يه من غير طول استقرار

Ertinya jika seseorang bertanya: apa yang kalian katakan pada maksud istiwa? Dikatakan kepadanya: kami berkata sesungguhnya Allah taala istiwa di atas arasy-Nya, sebagai istiwa yang layak dengan-Nya tidak dengan lama menetap.

Ayat:

من غير طول استقرار

sepatutnya diterjemahkan dengan: tidak dengan lama menetap. Tapi Rasul Dahri menterjemahkan dengan: tanpa dibincang-bincangkan dan diperpanjang-panjangkan.

Katanya lagi: Maksudnya: kita beriman jangan dibincang lagi. Itu kata Abu Hasan Al Asy’ari.

Inilah terjemahan palsu Rasul Dahri. Dan murid-murid yang setia tidak sedar sedikit pun bahawa mereka telah ditipu.

Bila dikatakan dipanjang-panjangkan kalimah tepat ialah تطويل bukannya طول . Tidak pernah ada orang yang pandai bahasa Arab akan menterjemahkan ‘tul’ dengan memanjang-manjangkan atau dipanjang-panjangkan. Hanya Rasul Dahri sahaja yang buat begitu.

Tidak ada ilmu dan berlakon macam ada ilmu. Ataupun memang berniat nak menipu orang-orang ramai. Ustaz jenis apa ni? Kasihan kerana dah jadi ustaz masih nak menipu. Kasihan kepada anak murid-muridnya kerana selama ini mereka berguru dengan orang yang tidak ada ilmu tetapi berlagak macam ada ilmu. Dan kasihan kerana mereka selama ini berguru dengan PENIPU!

Inilah kerja orang yang taasub dengan kesesatannya. Dia akan menipu asalkan maksudnya mempertahankan kebatilannya tercapai. Saya seru kepada semua murid-muridnya sila tinggalkan PENIPU ini dan bertaubatlah dari aqidah yang mengatakan Allah duduk mendiami atas Arasy.

Bila dikatakan tidak dengan lama menetap bermakna Allah tidak duduk bersemayam di atas Arasy.

Sebenarnya Imam Abu Hasan tidak bermaksud bahawa Allah berada di atas Arasy sebagaimana yang difahami oleh Wahabi dan Rasul Dahri, atau apa yang dibuat-buat faham oleh mereka kerana niat ingin menyesatkan orang lain. Ini dibuktikan oleh kata-kata beliau di dalam buku Ibanah pada halaman 21.

Beliau berkata: “sesungguhnya Allah istiwa di atas Arasy di atas keadaan yang Ia kehendaki, dan dengan makna yang Ia kehendaki, sebagai istiwa yang bersih daripada mumarasah (biasa dan selalu), istiqrar (menetap) tamakkun (menetap), hulul (singgah, menetap) , dan intiqal (berpindah). Ia (Allah) tidak ditanggung oleh Arasy, bahkan arasy dan para malaikat yang menanggungnya adalah ditanggung dengan lutfi qudrat-Nya, dikuasai dalam genggaman-Nya. Ia di atas Arasy, dan di atas segala sesuatu sehingga batas bumi, di atas yang tidak menambah dekat-Nya kepada arasy dan langit. Bahkan tinggi darjat-Nya daripada Arasy, sebagaimana darjat-Nya tinggi daripada bumi. Bersama dengan itu Ia lebih dekat kepada hambanya daripada urat darah di lehernya, dan Ia menyaksikan tiap sesuatu.”

Dari ini jelas bahawa Imam Abulhasan tidak beraqidah seperi yang didakwa oleh Wahabi. Dia beraqidah seperti Ummu Salamah, Malik bin Anas, Sufyan bin Uyainah dan para salafsoleh yang lain: iaitu tidak menafsirkan makna istiwa dengan makna yang khusus.

Kenapa Rasul Dahri tidak baca isi halaman ini juga supaya lebih jelas maksud Imam Abu Hasan. Jawapannya ialah kerana ia ingin mempertahan aqidah batilnya. Dan ingin menyesatkan umat Islam yang lain. Memang itulah perangai PENIPU!

Saya menyeru kepada semua yang telah berpegang dengan aqidah bahawa Allah berada di atas Arasy, sila tinggalkan aqidah tersebut. Dan sila jauhkan diri anda daripada Rasul Dahri kerana dia tidak punyai ilmu dan kemahiran yang cukup. Kepakarannya hanyalah dalam menipu orang-orang jahil seperti anda. Begitulah nasib orang jahil: mudah ditipu! Mazhab salaf yang ia laung-laungkan hanya topeng untuk menyesatkan orang-orang jahil.


HADIS NUZUL: DALIL BAHAWA ALLAH TIDAK BERADA DI ATAS ARASY

Wahabiyy menjadikan hadis ini yang disebut di dalam Ibanah karangan Imam Abu Hasan Al Asy’ari sebagai dalil bahawa pengarangnya mengatakan bahawa Allah taala bersemayam di atas Arasy.

Hadis ini terjemahannya adalah seperti di bawah: Nabi Muhamad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, bersabda, ertinya: Tuhan kamu nuzul pada setiap malam ke langit dunia (paling rendah), lalu berfirman: “adakah ada sesiapa yang meminta aku akan berikan, adakah orang yang meminta ampun Aku akan ampunkannya?” sehingga terbit fajar.

Dalam hadis yang lain, baginda besabda, ertinya: apabila tinggal/berbaki sepertiga malam, Allah tala nuzul dan berfirman: “siapakah yang berdoa kepada-Ku, akan Kuperkenankan, siapakah yang meminta dilepaskan daripada kesusahan akan Aku lepaskan, siapakah yang meminta rezeki dari-Ku, akan aku berikan?” sehingga terbit fajar. (Ibanah, halaman 112)

Mereka, Wahabi dan Rasul Dahari mengatakan bahawa inilah bukti bahawa Allah taala bersemayam di atas Arasy. Walaupun sebenarnya Abul Hasan tidak pernah beriktiqad sedemikian. Lihat mukadimah kitab beliau yang saya datangkan di atasi.

Nuzul dalam hadis di atas jika mengikut bahasa Arab memang bermakna turun dari atas ke bawah. Tetapi kerana dalam hadis ini dinyatakan perbuatan Allah maka para salafussoleh tidak menjelaskan makna nuzul sebagaimana turun dari atas ke bawa kerana itu adalah sifat makhluk. Mereka termasuk Abu Hasan Asy’ari berkata: nuzul yang layak dengan zat-Nya tanpa pergerakan dan berpindah, maha tinggi Allah dari bersifat sedemikian, sebagai ketinggian yang amat tinggi. (Ibanah, halaman 112)

Apabila ternafi turun seperti makhluk bermakna ternafi berada di atas seperti makhluk. Dan bersemayam adalah duduk dan mendiami yang merupakan sifat makhluk, juga ternafi daripada Allah taala.

Salaf hanya menyatakan istiwa dan nuzul yang layak dengan kesucian zat Allah. Tetapi Rasul Dahari bersama Wahabi berkata ia bermakna bersemayam dan turun dari atas ke bawah.