Jumaat, 12 Ogos 2011

HUKUM BACAAN AL QURAN DENGAN PEMBESAR SUARA DI MASJID


Sekarang berlaku kekecohan apabila Majlis Fatwa Pulau Pinang telah melarang bacaan Al Quran dengan pembesar suara dengan alasan ia bukan dari syariat Islam. Maka riuh se Malaysia samada ustaz ataupun orang jahil.

Saya setuju kalau ustaz yang cuba memepertikai membawa dalil-dalil yang kuat dan bukan dengan hujah: "saya rasa."

Dan saya harap orang yang jahil jangan cuba cari dosa dengan alasan: kita dah buat berpuluh tahun dah. Kerana itu bukan hujah, sebaliknya hanya menambah lagi kejahilan kerana berpegang dengan perkara yang bukan syariat.

HUKUM DALAM MAZHAB IMAM SYAFIE

Dalam Mazhab Imam Syafie hukum membaca al Quran dengan kuat sehingga mengganggu orang yang sedang solat dan tidur adalah makruh.

Di dalam kitab bughyah Al Mustarsyidin: tidak dimakruhkan menyaringkan suara di dalam masjid dengan apa saja bentuk zikir, yang termasuk juga bacaan Al Quran, kecuali jika ia mengganggu orang yang sedang solat atau mengganggu orang sedang tidur. Bahkan sekiranya kuat gangguan maka haram hukumnya… (ms 66)

Di dalam Hawasyi Syarwani ala Tuhafatul Muhtaj:
Orang yang solat tidak boleh menyaringkan bacaannya jika mengganggu orang yang sedang tidur atau solat.

Di dalam kitab-kitab fiqh dinyatakan juga jika bacaan nyaring tersebut mengganggu orang yang sedang mengajar agama, yang sedang berfikir kebesaran Allah, yang sedang mengarang kitab maka makruh juga hukumnya. Jadi jika terdapat orang sakit atau anak kecil yang terganggu maka tidak boleh dipasang bacaan Al Quran dengan pembesar suara.

REALITI AMALAN KITA

DI Pulau Pinang memang ada masjid yang memasang bacaan Al Quran sebagai tanda berlakunya kematian. Dan ada juga yang memasang bacaan Al Quran beberapa minit sebelum masuk waktu solat. Di Gerik pun ada juga. Nampaknya AJK masjid terus pasang saja sebelum sempat bertanya fatwa mengenainya.

Jadi dari fatwa di dalam kitab-kitab di atas dapat disimpulkan:

-Sekiranya waktu bacaan Quran sedang dibunyikan (dimainkan) dan pada masa itu ada orang yang masuk ke masjid/surau berkenaan dan solat, maka bacaan Al Quran itu hendaklah dihentikan kerana mengganggunya.

-Sekiranya ada orang yang sedang tidur di rumah berdekatan atau di masjid sekalipun maka bacaan Quran dengan player itu juga hendaklah dihentikan.

-Sekiranya ada makmum masbuk yang bangun menambah satu rakaat lagi maka imam tidak boleh berzikir kuat-kuat dengan mikrofonnya dan hendaklah berzikir perlahan-lahan.

Alasan lain ialah kerana bacaan Al Quran adalah untuk dihormati. Maka sekiranya dipasang dengan kuat sehingga didengari oleh orang yang sibuk dengan kerja mereka, sudah tentu mereka tidak dapat istima’ (mendengar) dan insat (diam) kepada al Quran. Maka telah berlaku kurang sopan kepada Al Quran. Jadi supaya tidak berlaku perkara ini, yang terbaik ialah tidak dipasang dengan pembesar suara.

Di dalam surah Al A’raf: maksudnya:

“Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarlah dan berilah tumpuan, supaya kamu dirahmati.” (204).

Ahad, 7 Ogos 2011

CIRI-CIRI WAJIB SEBUAH SEKOLAH AGAMA


Ibu bapa yang memasukkan anak mereka ke sekolah agama bertujuan menjadikan anak mereka seorang insan yang soleh. Walaupun anak mereka mendapat 5A UPSR tapi semua itu dilupakan walaupun anak mereka mungkin kehilangan pendapatan beribu ringgit sebulan yang barangkali akan diperolehi sekiranya anak mereka mengembangkan lagi 5Anya hinga ke universiti.

Inilah hasrat ibu bapa yang beragama yang tidak mahu melihat anak mereka menjadi penzina merangkap pembuang anak, pencuri, perompak, pembunuh, atau penagih dadah. Atau apa saja yang buruk yang menyebabkan mereka akan diazab di alam kubur, padang mahsyar dan dalam neraka. Di samping itu mereka juga mahu melihat anak mereka menjadi orang yang taat kepada semua kewajipan dan perintah Allah dan mempunyai ilmu yang luas untuk membimbing umat dan masyarakat.

Oleh kerana itu sekolah-sekolah agama wajib dan mesti mampu mencipta pelajar yang berwatak sedemikian demi untuk memenuhi cita-cita dan impian para ibu bapa dan, yang paling utama, melaksanakan perintah Allah.

Namun sejauh pemerhatian saya sekolah sekolah agama belum mampu melahirkan pelajar yang berwatak seperti itu. Malah kebanyakan para pelajar sekolah agama dan pondok masih tidak berbeza dengan orang awam yang tidak pernah belajar agama. Yang hanya membezakan mereka ialah pelajar institusi agama tersebut mempunyai ilmu agama sedikit atau banyak.

Maksud saya para pelajar agama masih belum menjadi manusia berilmu yang sibuk dengan amal agama seperti para salaf soleh dahulu. Terlalu sukar ditemui seorang pelajar pondok atau sekolah arab yang solat lima waktu berjemaah di masjid, yang membaca Al Quran, berzikir dan selawat setiap hari dengan istiqamah.

Yang nyatanya mereka tidak menganggap penting solat berjamaah, membaca al Quran, zikir dan selawat, bahkan tahajjud hampir tidak pernah mereka lakukan. Malah dosa masih mereka lakukan antaranya ialah bercinta sesama pelajar lelaki dan perempuan di sekolah yang sama. Saya pernah dengar daripada pelajar sebuah universiti bahawa yang sering melakukan masalah disiplin di universitinya ialah pelajar lepasan sekolah agama.

Kenapa ini terjadi kepada mereka? Apakah pihak sekolah pernah terfikir perkara ini dan melakukan tindakan sewajarnya untuk menjadikan pelajar mereka semakin baik?

Pada pandangan saya ia disebabkan oleh tarbiah ibubapa mereka sebelum masuk ke sekolah/pondok berkenaan, dan juga disebabkan oleh kaedah tarbiah yang tidak tepat di pusat-pusat perngajian terbabit.

SEBAB-SEBAB SEBELUM MULA BELAJAR

Ramai pelajar pondok/sekolah agama yang dihantar oleh ibu bapa hanya setelah anaknya didapati amat lemah dalam sekolah rendah. Mereka yang berkeadaan begini memang amat sukar dibentuk kerana susah memahami pelajaran dan tarbiah. Ini dibuktikan oleh kata-kata Kekasih kita Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya yang bererti: wahai Aisyah bukankah mereka beramal mengikut kadar akal yang Allah kurniakan kepada mereka? maka dengan kadar akal yang mereka diberi itulah amalan mereka, dan dengan amalan mereka itulah mereka akan dibalas. (Tirmizi)

Sebenarnya perbuatan memilih anak yang lemah untuk dimasukkan ke pondok/sekolah agama dan yang cerdas ke sekolah biasa adalah PENGKHIANATAN KEPADA ISLAM OLEH UMATNYA SENDIRI. Tergamaknya mereka menghina agama mereka sendiri. Ilmu-ilmu agama adalah terlalu luas, tidak mungkin boleh difahami oleh orang yang lemah akalnya.

Yang kedua kerana mereka dihantar pondok/sekolah agama kerana niat untuk mendapat kekayaan dunia. Dan bukan kerana menjadikan mereka orang yang soleh. Kerana niat yang salah ini mereka sukar menerima tarbiah.

Yang ketiganya tiada langsung tarbiah dan didikan agama di rumah sebelum masuk ke sekolah arab/pondok. Setelah anak mereka jadi syaitan barulah dibuang di sana dengan harapan jadi baik semula. Pelajar yang seperti ini adalah amat sukar meninggalkan tabiat buruk yang telah lama bersarang dalam dirinya.

Yang keempat: makanan yang mereka makan sebelum mula belajar di sana, kerana kesan makanan yang haram akan merosakkan akhlaq dan jiwa mereka.

TARBIAH YANG BETUL YANG MESTI DILAKSANAKAN OLEH PONDOK DAN SEKOLAH AGAMA

PENGAJARAN TARGHIB DAN TARHIB (TABSYIR DAN INZAR)


Targhib/tabsyir

Targhib atau tabsyir ialah mengajarkan kepada pelajar kitab-kitab yang mengandungi ayat Al Quran atau Hadis yang memberitahu balasan nikmat yang akan diperolehi kerana melakukan amalan baik samada di dunia, alam kubur, padang mahsyar dan dalam syurga.

Tarhib/Inzar

Tarhib atau inzar ialah mengajarkan mereka ayat-ayat Al Quran atau hadis yang memberitahu azab-azab yang dijanjikan kepada mereka samada di dunia, alam kubur dan alam akhirat, kerana melakukan maksiat.

Sunnah Para Anbiya


Kenapa cara ini mesti digunapakai? Jawapannya ialah kerana Kaedah Tabsyir dan Inzar ini adalah sunnah para rasul. (selawat dan salam ke atas mereka) Ini dinyatakan oleh Allah taala dalam ayat 119, surah al Baqarah: ertinya:

“Sesungguhnya Kami utuskan kamu (wahai Muhammad) dengan (ugama) haq, sebagai basyir dan nazir, dan kamu tidak akan ditanya mengenai penghuni-penghuni neraka jahim.(selepas melakukan tabsyir dan inzar)”

Basyir ialah pemberitahu berita mengenai nikmat yang disediakan oleh Allah kepada orang yang membuat amalan baik.

Nazir ialah pemberitahu khabar azab yang akan menimpa orang melakukan maksiat.

Dalam surah al An’am ayat 48, dinyatakan, ertinya: “tidaklah kami utuskan para rasul melainkan sebagai basyir dan nazir, (dan bukannya mereka-reka ayat) maka sesiapa yang beriman dan melakukan kebaikan (kekal dalam imannya), tiadalah ketakutan ke atas mereka dan tidaklah mereka akan bersedih.”

Firman-Nya lagi ertinya: “inilah sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, Quran berbahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui, (bersifat sebagai sebagai) basyir dan nazir, maka kebanyakan mereka berpaling, sebab itu mereka tidak mendengar.” (Fussilat 3-4)

Dari ayat-ayat di atas jelaslah bahawa Nabi Muhamad dan para rasul, juga al Quran adalah BASYIR DAN NAZIR.

KESAN TABSYIR DAN INZAR


Kesan tabsyir akan menambahkan keimanan dan minat untuk melakukan amalan baik. kerana sesiapa yang mengetahui hasil perbuatannya sudah pasti akan bersemangat melakukannya.

Kesan inzar (amaran) pula akan melahirkan ketakutan daripada melakukan maksiat kerana sesiapa yang tahu azab dan seksaan yang akan menimpanya sudah tentu akan datang ketakutan dalam hatinya. Dan sekiranya ia terjatuh dalam maksiat dia akan segera bertaubat.

Perkara ini dijelaskan oleh ayat Al Quran, ertinya:

“Ssesungguhnya kami utuskan kamu sebagai saksi, mubassyir dan nazir, SUPAYA kalian (kamu wahai Muhammad dan umatmu) akan beriman dengan Allah dan rasul-Nya, dan memuliakannya, membantunya dan bertasbih kepadanya pagi dan petang.” (al Fath, 8-9)

Kata Syaikh Al Khatib: Allah menjelaskan faedah daripada pengutusan rasul ialah supaya merek beriman (Jamal, 7/217)

Firman-Nya lagi, ertinya:

“bahkan mereka berkata dia (Muhammad) mereka-reka al Quran; bahkan al Quran adalah haq, dari tuhanmu, supaya kamu beri amaran kepada kaum yang tidak diberi peringatan sebelum kamu, dengan harapanmu SUPAYA MEREKA MENDAPAT HIDAYAT. (Sajdah, 2-3)

“dan demikianlah kami turunkan al Quran berbahasa Arab, dan kami ulangkan di dalamnya janji azab SUPAYA MEREKA BERTAQWA, atau ia mengadakan peringatan buat mereka.” (Toha, 113)

Tersebut dalam Tafsir Ibnu Katheer (1227) : “supaya mereka bertaqwa” bermaksud: supaya mereka meninggalkan dosa, perkara-perkara haram dan perkara-perkara keji.

Maksud :mengadakan peringatan” ialah ia mewujudkan ketaatan dan perbuatan-perbuatan baik.

Dalam sebuah hadis nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda) bersabda: (ertinya): kalau manusia tahu apakah ganjaran pahala di dalam solat fardhu Isyak dan Subuh dengan berjemaah, nescaya mereka akan menghadiri kedua-duanya walaupun dengan merangkak

Kesan dari tabsyir dan inzar dapat disimpulkan sebagai:

1. mendapat hidayat
2. beriman kepada Allah dan Rasul
3. bertaqwa
4. memuliakan Allah
5. membantu agama Allah
6. bertasbih, berzikir pada waktu pagi dan petang
7. bersungguh-sungguh melakukan solat berjamaah


Kesan Meninggalkan Tabsyir dan Inzar

Apabila manusia tidak mengetahui apakah yang akan ia perolehi daripada sesuatu kerja ia tidak akan melakukannya. Sebagaimana jika ia tidak tahu apakah hukuman terhadap kesalahan jenayahnya ia tidak akan rasa takut melakukannya.

Begitu jugalah jika balasan pahala bagi mana-mana amalan ibadat tidak diketahui seseorang ia tidak akan bersemangat melakukannya. Dan maksiat yang tidak diketahui azabnya di akhirat ia tidak akan merasa takut melakukannya.

Ini terlalu mudah difahami.

Ini telah dijelaskan oleh firman Allah taala:

“Al Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang, untuk kamu beri peringatan (inzar) kepada kaum yang tidak diberi peringatan kepada datuk nenek mereka sebab itu mereka (semua) menjadi lalai.” (surah Yasin, 2-6)

Ditulis di dalam kitab tafsir At Tashil li Ulumit Tanzil: bermaksud kelalaian mereka ialah kerana tidak ada inzar terhadap mereka. (j2, ms 220)

Kesimpulannya bahawa punca kelalaian umat Islam sekarang ialah kerana mereka tidak mengetahui pahala yang dijanjikan oleh Allah dan kerana mereka tidak mengetahui azab yang akan menanti mereka kerana dosa mereka.

Ramai yang tidak solat fardhu kerana tidak tahu azab yang menanti orang yang meninggakannya di dunia, alam kubur, padang mahsyar dan dalam neraka. Dan mereka juga tidak tahu apakah nikmat-nikmat yang dijanjikan di tempat-tempat tersebut untuk orang yang solat

Ramai yang melakukan zina kerana tidak tahu apakah azab yang akan menimpa penzina di dunia, kubur, padang mahsyar dan neraka. Dan mereka juga tidak tahu apakah nikmat dan balasan Allah kepada manusia yang menjauhi zina.


Realiti Tabsyir dan Inzar di Malaysia

Sudah jelas bahawa tabsyir dan inzar telah lama diketepikan oleh umat Islam di negara ini dan juga seluruh dunia. Lihatlah di sekolah-sekolah agama, tidak satupun kitab mengenai tarhib dan tarhib diajarkan di sana. Dan pondok walaupun masih mengajarkan kitab berkenaan contohnya Riyadus Solihin, tetapi ia tidak umum untuk semua pelajar. Manakala universiti juga telah mengabaikan mata pelajaran ini.

Di masjid-masjid, kuliah yang diajarkan juga kosong daripadanya, yang ada hanya ‘gorengan’ si ustaz yang lebih mengutarakan pendapat sendiri yang tidak diasaskan kepada kemahiran yang cukup.

Apabila ini yang berlaku maka kita boleh faham sendiri punca yang menjadi sebab kerosakan umat Islam sekarang.

Sebaliknya yang melaksanakan tabsyir dan inzar secara tetap dan khusus ialah Jemaah Tabligh. Maka sebab itulah kita lihat orang Tabligh sentiasa solat jemaah lima waktu di masjid, membaca Al Quran, berzikir dan bertahajud setiap hari, sering berdakwah, bersedekah dan bayak lagi amalan mereka.

Lihatlah buku Fadhail Amal yang menjadi bacaan harian mereka di masjid dan rumah. Buku Fadhilat Solat memaparkan ayat-ayat al Quran dan hadis-hadis mengenai kepentingan solat, pahala-pahala solat fardu dan sunat serta berjemaah, dan juga mengenai azab-azab yang menanti orang yang meninggalkan solat.

Mereka juga menjalankan taklim Fadhilat Al Quran, Zikrullah, Selawat, Sedekah, Ramadhan, Haji, Dakwah, semuanya karya Syaikhul Hadis Maulana Muhammad Zakariyya, dan juga Kitab Ahadith Muntakhabah karangan Maulana Yusuf.

Sepatutnya perkara ini dilakukan oleh semua umat Islam, bukan hanya orang Tabligh sahaja.

Dari sini juga kita boleh fahami kemunduran pemikiran umat Islam Malaysia yang gagal melakukan kaedah tarbiah terbaik untuk mereka sendiri, dan yang paling bersalah ialah para ilmuan.

Sekiranya sesebuah kampung dihuni oleh beberapa orang ustaz belum tentu solat jamaah lima waktu akan hidup di surau atau masjid mereka. Kerana telah terbukti dan telah ada surau yang hanya solat maghrib dan isyak sahaja walaupun ada beberapa orang ustaz. Kemudian yang menghidupkan solat zohor, asar dan subuh ialah orang Tabligh. Sehingga orang-orang jahil menganggap solat lima waktu berjamaah adalah keterlaluan kerana ustaz pun solat jermaah dua waktu sahaja. Ustaz yang tersebut di atas, tidak lain dan tidak bukan, ialah ustaz lepasan madrasah/sekolah arab/agama/pondok yang tidak ada pengajian tabsyir dan inzar.

Ini jelas menunjukkan bahawa tarbiah islamiah di kebanyakan negara Islam masih di bawah daripada yang sepatut dan sewajibnya. Apabila di sana dilaksanakan tabsyir dan inzar INSYAALLAH kefahaman, semangat dan ketaqwaan umat Islam akan semakin bertambah, walaupun tidak mencapai tahap sempurna kerana kesempurnaan masih jauh lagi.

Kesempurnaan adalah apa yang wujud pada zaman Nabi Muhamad (selawat dan salam ke atas kekasih kita selama-lamanya). Antara ciri kesempurnaan ialah semua umat Islam solat jemaah lima waktu di masjid. Dan semua kaum wanita menutup aurat mereka. Apakah ini akan tercapai? Sebenarnya ini tidak maustahil, tetapi memerlukan kerja keras semua umat Islam melakukan dakwah dan tarbiah yang betul.

Tabsyir dan Inzar Melahirkan Keikhlasan

Dengan mengetahui balasan pahala di akhirat maka seseorang itu akan beramal berdasarkan harapan dan takutnya. Inilah yang dipanggil ikhlas.

Ikhlas yang tertinggi ialah amalan yang dilakukan semata-mata kerana mematuhi perintah Allah. Ikhlas peringkat lebih rendah ialah amalan yang dilakukan kerana mencari pahala dan menjauhi azab siksa. Ikhlas peringkat ketiga ialah melakukan ibadat supaya mendapat kemuliaan di dunia atau selamat daripada kesusahan dunia, seperti orang yang membaca surah Al Waqi’ah supaya Allah memurahkan rezekinya, dan membaca surah surah An Nas supaya jauh daripada waswas syaitan. Selain daripada tiga peringkat ini maka tidak dinamakan ikhlas bahkan dinamakan riya’.

(dipetik dari kitab Penawar Bagi Hati, karya Syaikh Abdul Qadir Al Mandili, halaman 85)

Perkara ini juga disebut dalam kitab Arbain Nawawiyah hal 6.

Yang menjadi masalah sekarang ialah kefahaman salah orang awam yang menyangka ibadat kerana hendakkan pahala adalah tidak ikhlas, dan ibadat yang ikhlas ialah yang dilakukan hanya kerana Allah semata-mata dan tak mahu apa-apa balasan pun. Malah ada ustaz yang berkata begitu sehingga majlis taalim fadhail yang dilakukan oleh Jamaah Tabligh mereka kondemkan dan menuduh puak yang berdakwah ke sana ke mari itu sebagai tidak ikhlas.

Logiknya kalau beribadat kerana hendakkan pahala adalah riya’, sedangkan Quran Hadis menyebut bermacam pahala, bererti Quran dan Hadis mengajar kita buat riya. Ini adalah mustahil kerana riya adalah haram.

Susah sungguh kalau orang yang tak cukup ilmu macam ustaz tu mengajar di masjid, habis rosak kefahaman masyarakat Islam.

Yang jelas riya adalah pergi solat jemaah kerana malu kepada bapa mertua, atau kerana bini berleter di rumah. Atau nak tunjuk warak depan tunang. Atau supaya diundi dalam PRU.

KISAH-KISAH ORANG DAHULU

Kisah orang-orang soleh samada para nabi dan wali-wali Allah adalah untuk diketahui kegigihan mereka dalam mengamalkan agama supaya dapat dijadikan contoh oleh setiap umat Islam. Begitu juga kisah-kisah azab yang menimpa umat dahulu juga perlu diberitahu kepada umat Islam hari ini supaya mereka menjauhi maksiat yang menyebab bencana menimpa umat-umat dahulu.

Firman Allah taala, menjelaskan perkara ini, ertinya:

“Dan Kami ceritakan daripada setiap kisah rasul , kepadamu perkara yang Kami kuatkan hatimu dengannya. Dan telah datang di dalam surah ini kebenaran, pengajaran dan peringatan bagi orang-orang beriman. (Hud, 120)

Kisah para rasul dan penentangan umat mereka, kegigihan para rasul menanggung kesusahan ketika berdakwah, dan bantuan Allah kepada mereka ialah supaya para nabi terdahulu menjadi contoh kepada Nabi Muhamad (selawat dan salam ke atas baginda) dalam melaksanakan dakwah.

Dalam surah al A’raf, ayat 176, dinyatakan, ertinya:

“Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.”

Dengan menceritakan kisah-kisah azab yang menimpa umat-umat dahulu yang ditimpa azab kerana perbuatan dosa mereka akan menimbulkan ketakutan daripada melakukan maksiat kepada pendengarnya. Antara kisah yang masyhur ialah kisah umat Nabi Lut yang melakukan liwat yang diazab dengan azab yang dahsyat.


Tidak bercampur lelaki dengan perempuan

Semua orang faham keburukan pelajar lelaki dan prempuan diletakkan dalam satu kelas. Namun ada sebahagian sekolah agama yang melalukannya. Ada sekolah yang tidak mencampurkan mereka ketika dalam kelas rendah (tingkatan 1-5) tetapi mencampurkan mereka dalam Tingkatan Enam. Pada saya ini amat tidak wajar.

Tidak membenarkan pelajar kecil bergaul dengan pelajar besar.

Perkara ini mungkin kurang diambil perhatian oleh kebanyakan sekolah tetapi ada sekolah yang melarang pelajar kecil berbual dengan pelajar besar. Jika didiapati mereka berbual atau membuat apa-apa hubungan kedua-duanya akan dikenakan hukuman rotan. Ini adalah peraturan yang bagus untuk mengelakkan berlakunya liwat dan buli.
Asrama pelajar kecil juga diasingkan dari asrama pelajar besar yang telah baligh.

Sukatan Pelajaran Yang Betul

Boleh membaca kitab arab tidak berbaris selewat-lewatnya ketika di Tingkatan Lima. Sekiranya pelajar sekolah arab masih tak boleh baca kitab arab yang tidak berbaris semasa di tingkatan Lima, maka tidak ada ertinya belajar selama lima tahun di sekolahnya. Dia hanya membuang masanya. Dan sekolah perlu melakukan sesuatu untuk mencapainya. Ada sekolah agama dan pondok yang pelajarnya boleh baca kitab seawal tahun (kelas) 3. Tidakkah para mudir dan para ustaz/ustazahnya merasa malu pelajar sekolah arab mereka tidak reti Bahasa Arab?

Sila lihat tulisan saya bertajuk “Wahai Para Mudir Sekolah-sekolah menengah Agama.”















Ko Kurikulum yang tepat.

Apakah aktivit luar kelas yang terbaik untuk pelajar sekolah agama/pondok? Yang terbaik untuk mereka ialah melakukan dakwah ke pada seluruh umat Islam sekarang terutamanya para remaja yang semakin jauh dari agama. Dengan aktiviti ini mereka juga akan dapat memperbaiki dan memajukan agama mereka dan amat berkesan mengembalikan remaja Islam ke jalan yang sebenarnya.

Para remaja menjadi rosak kerana tiada yang yang menghampiri mereka untuk memberi peringatan mengenai akhirat. Dan orang yang terbaik untuk berdakwah kepada mereka ialah rakan sebaya mereka. Cuba kita senaraikan manakah sekolah agama/pondok yang melakukan dakwah seperti itu. Ada, tetapi amat sedikit. Sebaliknya, yang lebih malangnya, sekolah agama sibuk dengan sukan yang sedikitpun tidak membangunkan kerohanian umat Islam. Nak harapkan sekolah menengah kebangsaan, sampai kucing tumbuh tanduk pun tak akan berlaku.

Menjalankan Hukuman Rotan

Menjalankan hukuman rotan adalah kaedah terbaik untuk semua umat Islam samada di sekolah kebangsaang atau sekolah agama. Dan ia hendaklah dimulai sejak pelajar berumur 7 tahun sehinggalah mereka ke tingkatan lima.

Mana-mana madrasah/sekolah agama yang menjalankan hukuman ini maka para pelajarnya sangat berdisiplin menghormati guru-guru mereka. Perkara ini tidak perlu kepada hujah dan nas berjela-jela kerana telah terbukti di depan mata.

Hukuman rotan yang dilakukan adalah untuk mendidik dan bukannya untuk membelasah pelajar. Sekiranya rotan tidak berkesan maka dijalankan hukuman lain samada dengan targhib(kaunseling) atau lain-lain.

Khidmat Kepada Guru

Khidmat kepada guru adalah untuk menumbuhkan rasa hormat dan sayang pelajar kepada guru. Pelajar hendaklah diberitahu kelebihan dan ganjaran khidmat kepada orang Islam lain terutamnya ustaz-ustaz mereka, supaya mereka sentiasa bersemangat melakukan khidmat. Masalah pelajar yang sangat-sangat culas melakukan khidmat di sekolah untuk mengutip sampah contohnya, adalah kerana mereka merasa hina mengutip sampah dan tidak tahu sepatah pun kelebihan dan pahalanya.

Di madrasah yang pelajarnya tahu ganjaran khidmat, pelajarnya akan meminta untuk membasuh kereta ustaz, membersihkan rumput di rumah ustaz, malah ada sanggup membasuh baju ustaz yang bujang. Pelajar yang kena rotan kerana buat salah akan datang meminta maaf dan tidak menyimpan dendam, malah masih berkhidmat membasuh pinggan mangkuk selepas ustaz berkenaan makan.

Inilah ciri-ciri remaja Islam yang sangat diperlukan untuk menggerakkan tamadun Islam pada masa hadapan.

Perkara ini berlaku di banyak madrasah di negara ini. Sayangnya umt Islam buta darinya dan tidak pernah terlintas untuk memasukka anak mereka ke sana.


Kitab-kitab cadangan untuk sekolah agama/pondok

Kitab yang terbaik ialah yang disusun mengikut tahap setiap kelas. Bahan rujukan yang boleh digunakan ialah kitab Az Zawajir aniqtirafil Kabair, karya Syaikh Ibnu Hajar Al Haitami, Riyadus Solihin karya Imam Nawawi dan kitab At Targhib wat Tarhib karya Syaikh Al Munziri. Juga boleh dgunakan kitab Ihya Ulumiddin karya al Ghazaali. Dan yang paling lengkap yang telah disusun rapi ialah kitab Fadhail Aa’mal karya Syaikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariya. Kitab asal bahasa Urdu ini telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh tenaga pengajar Madrasah Miftahul Ulum, Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Cara yang terbaik ialah diadakan bacaan kitan serti itu selepas mana-mana waktu sembahhyang fardhu yang semua pelajar dapat menghadirinya.

Falsafah Pendidikan Islam Malaysia

"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampai ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat".

Apakah pendekatan yang digunakan oleh Kementerian dan para guru untuk mencapainya? Selama ini tidak pernah ada pun kaedah yang nyata untuk mencapainya. Sebaliknya lihatlah hasilnya sekarang: JENAYAH DAN MAKSIAT OLEH PARA PELAJAR SEMAKIN PARAH.


CADANGAN PERLAKSANAAN KEPADA SEKOLAH MENENGAH

Dicadangkan kepada sukatan pelajaran Pendidikan Islam untuk setiap tajuk didatangkan kelebihan dan azab amalan berkenaan dan contoh yang dibut oleh orang soleh samada para nabi dan para sahabat Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)

Apabila sukatan pelajaran telah mengndungi tabsyir dan inzar juga kisah orang soleh, maka tidak perlu lagi dibuat kelas tambahan untuk membaca kitab/buku berkenaan dengannya. Tetapi sebelum buku-buku teks seperti itu dapat dsiapkan, dicadangkan supaya mana-mana buku tabsyir dan inzar dan kisah orang soleh dibaca pada sepuluh minit pertama dalam kelas Pendidikan Islam setiap hari.

Contoh Cadangan Kandungan buku teks

Untuk sekolah menengah biasa (bukan sekolah agama) dicadangkan

Beberapa ayat/hadis mengenai fadhilat wudhuk; beberapa ayat/hadis mengenai azab mengabai/cuaikan wudhuk. Dan kisah orang soleh mengenainya:

Kelebihan wuduk

Ayat Al Quran:

“dan Allah kasih kepada orang yang bersuci” (at Taubah, 108)

Hadis:

“tidaklah seorang hamba menyempurnakan wudhuk, melainkan Allah akan mengampunkan segala dosanya yang lalu dan yang akan datang.” (Bazzar, hasan)

“sesiapa yang berwudhuk semasa dalam keadaan masih suci (belum batal wudhuk) dituliskan baginya sepuluh kebaikan.” (Abu Daud)

Ancaman Keranan Mencuaikan Wudhuk

“sesiapa yang tidak meyelat-nyelat jarinya dengan air, Allah akan menyelat-nyelat jarinya dengan api pada hari kiamat.” (Tabrani, Mukjam Kabir, dari Az Zawajir, 1/209)

“Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda melihat satu kumpulan orang yang berwudhuk dengan tidak rata di kaki, lalu baginda bersabda (ertinya): celakalah tumit dari api neraka” (Muslim, Abu Daud dan Ibnu Majah, Az Zawajir, 1/210)

Kegigihan Orang-orang Soleh mengekalkan Wudhuk

Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ghatif al Huzali katanya adalah aku bersama Adullah bin Umar, apabila dilaungkan azan untuk solat zohor Abdullah pun berwudhuk dan solat; kemudian diazankan untuk solat Asar, dia pun berwudhuk. Aku pun berkata kepadanya mempersoalkannya yang berwudhuk sedangkan dia telah berwuduk tadi. Dia menjawab: Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) bersabda: sesiapa yang berwudhuk dalam keadaan masih belum berhadas, dia akan mendapat sepuluh pahala. (Bazlul Majhud syarah Sunan Abi Dawud, 1/160)