Ahad, 2 Mei 2010

SEDEKAH MENYELESAIKAN MASALAH

Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya: “jangan kamu berkawan selain orang yang beriman, dan jangan makananmu dimakan oleh selain orang yang bertaqwa.”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi, Abu Dawud dan Darimi)

Sabda baginda, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya: “setiap pagi dua malaikat akan turun, salah satu dari mereka berdua akan berdoa: Ya Allah, berilah ganti harta orang yang membelanjakan hartanya; malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah berikanlah orang yang menyimpan hartanya kebinasaan pada hartanya.”

(Riwayat Imam Al Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda, selawat dan salam ke atasnya, ertinya: “segeralah bersedekah kerana bala bencana tidak akan melintasinya (sedekah).”

(Riwayat Razin)

Sabda baginda, selawat dan slam ke atasnya, ertinya: “sucikanlah hartamu dengan zakat, ubatilah pesakitmu dengan sedekah, dan sambutlah ombak musibah dengan doa.” (Targhib wa Tarhib)

Di dalam sebuah hadis dinyatakan: “ubatilah pesakit dengan sedekah, sebab sedekah menjauhkan kehinaan, menghalang penyakit, membuka peluang untuk amalan baik dan memanjang umur.” (Kitab Kanzul Ummal)

Dalam hadis lain dinyatakan: “sedekah menjauhkan 70 bala bencana, dan yang paling ringannya ialah penyakit kusta dan sopak.” (Kanzul Ummal)

Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya: “apabila seorang manusia meninggal dunia putuslah amalan baiknya kecuali tiga perkara: sedekah yang berkekalan (contohnya waqaf), ilmu yang dimanfaatkan yang diajarkan kepada orang ramai, dan anak-anak soleh yang berdoa untuknya.” (Muslim, Abu Dawud, Nasaie dan lain-lain)