Jumaat, 12 Ogos 2011

HUKUM BACAAN AL QURAN DENGAN PEMBESAR SUARA DI MASJID


Sekarang berlaku kekecohan apabila Majlis Fatwa Pulau Pinang telah melarang bacaan Al Quran dengan pembesar suara dengan alasan ia bukan dari syariat Islam. Maka riuh se Malaysia samada ustaz ataupun orang jahil.

Saya setuju kalau ustaz yang cuba memepertikai membawa dalil-dalil yang kuat dan bukan dengan hujah: "saya rasa."

Dan saya harap orang yang jahil jangan cuba cari dosa dengan alasan: kita dah buat berpuluh tahun dah. Kerana itu bukan hujah, sebaliknya hanya menambah lagi kejahilan kerana berpegang dengan perkara yang bukan syariat.

HUKUM DALAM MAZHAB IMAM SYAFIE

Dalam Mazhab Imam Syafie hukum membaca al Quran dengan kuat sehingga mengganggu orang yang sedang solat dan tidur adalah makruh.

Di dalam kitab bughyah Al Mustarsyidin: tidak dimakruhkan menyaringkan suara di dalam masjid dengan apa saja bentuk zikir, yang termasuk juga bacaan Al Quran, kecuali jika ia mengganggu orang yang sedang solat atau mengganggu orang sedang tidur. Bahkan sekiranya kuat gangguan maka haram hukumnya… (ms 66)

Di dalam Hawasyi Syarwani ala Tuhafatul Muhtaj:
Orang yang solat tidak boleh menyaringkan bacaannya jika mengganggu orang yang sedang tidur atau solat.

Di dalam kitab-kitab fiqh dinyatakan juga jika bacaan nyaring tersebut mengganggu orang yang sedang mengajar agama, yang sedang berfikir kebesaran Allah, yang sedang mengarang kitab maka makruh juga hukumnya. Jadi jika terdapat orang sakit atau anak kecil yang terganggu maka tidak boleh dipasang bacaan Al Quran dengan pembesar suara.

REALITI AMALAN KITA

DI Pulau Pinang memang ada masjid yang memasang bacaan Al Quran sebagai tanda berlakunya kematian. Dan ada juga yang memasang bacaan Al Quran beberapa minit sebelum masuk waktu solat. Di Gerik pun ada juga. Nampaknya AJK masjid terus pasang saja sebelum sempat bertanya fatwa mengenainya.

Jadi dari fatwa di dalam kitab-kitab di atas dapat disimpulkan:

-Sekiranya waktu bacaan Quran sedang dibunyikan (dimainkan) dan pada masa itu ada orang yang masuk ke masjid/surau berkenaan dan solat, maka bacaan Al Quran itu hendaklah dihentikan kerana mengganggunya.

-Sekiranya ada orang yang sedang tidur di rumah berdekatan atau di masjid sekalipun maka bacaan Quran dengan player itu juga hendaklah dihentikan.

-Sekiranya ada makmum masbuk yang bangun menambah satu rakaat lagi maka imam tidak boleh berzikir kuat-kuat dengan mikrofonnya dan hendaklah berzikir perlahan-lahan.

Alasan lain ialah kerana bacaan Al Quran adalah untuk dihormati. Maka sekiranya dipasang dengan kuat sehingga didengari oleh orang yang sibuk dengan kerja mereka, sudah tentu mereka tidak dapat istima’ (mendengar) dan insat (diam) kepada al Quran. Maka telah berlaku kurang sopan kepada Al Quran. Jadi supaya tidak berlaku perkara ini, yang terbaik ialah tidak dipasang dengan pembesar suara.

Di dalam surah Al A’raf: maksudnya:

“Dan apabila dibacakan al Quran, maka dengarlah dan berilah tumpuan, supaya kamu dirahmati.” (204).

8 ulasan:

  1. Ana setuju banyak dgn anta. Tapi ada sedikit kekuatiran tentang 'niat'pihak yang mendesak agar ' fatwa' ini di keluarkan.Secara sulitnya' fatwa' ini dikeluarkan 'in the blue moon' adalah untuk 'memenuhi permintaan' kaum cina ( DAP)yang mahu agar azan tidak keluar dari ruang masjid,hanya terbatas dalam lingkungan masjid seperti yg dikuatkuasakan di Singapura..Ana takut niat ikhlas kita di peralat oleh 'lembu lembu yahudi( Goyim)' iaitu' politikus'."Cari kepincangan dalam praktikal amalan harian org islam' utk bantai syariat islam secara halus ".Waallahualam.

    BalasPadam
  2. kemungkinan itu tidak boleh dinafikan. tapi cuba kita lihat dengan positif untuk memurnikan syariat. memang selama ini hukum berkenaan bacaan al Quran dengan pembesar suara tidak pernah diambil perduli oleh umat Islam. mereka hanya tahu buat tanpa bertanya hukum apa-apa pun. sebagaimana hukum tulis ayat al Quran di dinding masjid sebagaimana masjid Kubang Semang, dan karpet yang berwarna-warni seperti masjid Sungai Dua, Butterworth. begitu juga wirid dengan mikrofon walaupun ia amat mengganggu orang yang masbuk.Ini jelas menunjukkan jahilnya para AJK masjid termasuk para imam. selepas berlaku kecoh begitu baru pecah tembelang jahilnya umat UMNO dan umat Islam yang lain. kejahilan ini amat memalukan umat. hukum2 begini tidak sepatutnya menjadi kekecohan. oleh kerana itu, selepas ini, para AJK masjid hendaklan membuat sasuatu perkara hanya selepas bertanya ustaz yang merujuk kitab-kitab fiqh. kalau tak mahu tanya dato mufti, tanya saya pun takpa, selepas tengok kitab saya akan beri jawapan. (just kidding)

    BalasPadam
  3. Pada bacaan pertama, ia hanya makruh sekira ada orang Islam yang sedang sembahyang atau bekerja atau beribadah.
    Bagaimana pula kita boleh menghukum sekiranya yang komplen itu bukan orang Islam yang tidak sembahyang atau beribadah secara Islam. Azan Subuh juga digunakan untuk memberitahu masuk waktu Subuh untuk orang Islam. saya kira fatwa ini bukan loud speaker tapi tahap bunyi yang menganggu orang sedang beribadat. I the robot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebai kecut

      ini bukan masalah mengangu org islam ke atau bukan islam ke
      masalahnya menganggu org lain tak kira dia islam atau tidak islam
      kalau islam menunjukkan contoh yang tidak baik kepada org bukan islam , macam mana org bukan islam nak suka kepada islam
      Salah satu sifat Allah , adalah Allah maha mendengar so buat ape dok terpekik terlolong baca Al Quran , kita beribadah kepada sapa ? sudah tentu kepada Allah so cukup dengan bersuara pelahan dan merendah diri kepada Nya .
      org yang menggangu org lain dengan memcaca mengunakan speaker kuat seperti kat surau dan masjid itu adalah sebagai riak dan menunjuk nunjuk dan hukumnya Haram.
      mahkamah masyar akan menentukannya.

      Padam
  4. Isu ini mengenai bacaan ayat suci Al-Quran atau zikir yang dilaungkan melalui pembesar suara yang dikatakan boleh mengganggu tumpuan orang Islam yang sedang solat, belajar atau tidur ataupun secara tersiratnya mengganggu privasi masyarakat & boleh mengamcam ketenteram penduduk setempat. Bagaimana pula dengan laungan nyanyian daripada acara konsert ataupun acara2 lain yang dilaungkan secara kuat melalui pembesar suara yang adakalanya dilakukan selama berjam-jam lamanya? Adakah fenomena ini tidak mengganggu ketenteraman awam kerana masyarakat tidak merasa terganggu & lebih suka mendengar laungan nyanyian yang kuat berbanding laungan bacaan ayat suci Al-Quran & zikir? Adakah perkara ini tidak perlu diperbincangkan dan dikeluarkan fatwa yang relevan untuk tujuan penguatkuasaan? Mungkin ada pendapat yang akan mengatakan bahawa laungan nyanyian yang kuat melalui pembesar suara tidak berlaku pada setiap hari berbanding laungan bacaan ayat suci Al-Quran & zikir yang kuat melalui pembesar suara yang berlaku berkali-kali dalam sehari & pada setiap hari. Namun itu bukan isunya, isunya disini ialah masyarakat mahukan privasi & tidak mahu mendengar bunyi-bunyian yang dilaungkan secara kuat & umum sehingga boleh dianggap mencabul privasi mereka. Pendapat saya secara peribadi, bacaan Al-Quran & zikir boleh dilaungkan kepada umum melalui pembesar suara tetapi dengan nada yang sederhana (sayup-sayup kedengaran) iaitu sehingga tidak mengakibatkan orang ramai terganggu & mengalami sakit telinga atau sukar untuk bekerja & berkomunikasi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunyi bising adalah pencemaran environment tak kira dari sumber apa..perlu dielakan bukan ditambah...

      Padam
  5. “Janganlah kamu meninggikan suaramu dalam solatmu dan janganlah pula merendahkanya, dan carilah jalan yang tengah diantara keduanya” (Surah Al-Isra’, ayat 110)

    Tafsir Ulama: Janganlah membaca ayat Al-Quran di dalam solat dengan terlalu kuat atau terlalu perlahan, tetapi cukuplah sekadar dapat didengar oleh makmum.

    BalasPadam