Isnin, 23 Januari 2012

KEKELIRUAN MENGENAI MANDI WILADAH

Saya ingin menarik perhatian mengenai kejahilan umat Islam sekarang mengenai hukum mandi wiladah atau mandi sebab beranak. Pernah tersiar di dalam akhabr satu soalan daripada pembaca kepada ustaz yang menjawab soalan-soalan dalam ruangan berkenaan:

Soalannya adalah seperi berikut:

SELEPAS berapa hari bersalin, bolehkah saya mandi wajib atau saya perlu menunggu sehingga selesai berpantang?

Jawapan daripada ustaz berkenaan:

“Berkenaan bersalin, mazhab Maliki, Hanafi dan Shafie berpendapat wajib mandi apabila melahirkan anak. Mazhab Hanbali berpendapat tak wajib apabila tidak keluar darah.

Dengan itu anda boleh terus mandi wajib selepas bersalin kerana melahirkan anak. Sekiranya ada darah nifas, anda sekali lagi perlu mandi wajib apabila kering darah nifas atau habis pantang.”

Ini adalah kejahilan yang sangat buruk pada seorang wanita Islam, yang tidak sepatutnya berlaku kerana hukum mengenai beranak dan kawasan yang sewaktu dengannya adalah perkara lumrah yang akan dialami oleh wanita, maka sepatutnya dan sewajibnya perkara itu telah dipelajari sejak kecil lagi, bukan selepas beranak baru nak tanya ustaz.

Kejahilan yang kedua ialah yang ada pada ustaz yang menjawab soalan tersebut. Sebenarnya dalam mazhab Imam Syafie, seorang perempuan yang baru lepas bersalin tidak wajib mandi kalau dia datang nifas. Selepas kering nifasnya barulah dia wajib mandi sekali sahaja dan terangkat kedua-dua hadas wiladah dan nifas sekali, tak perlu mandi dua kali.

Alasan ini adalah kerana kewajipan mandi hanya bermula apabila masuk waktu solat dan ibadat yang sepertinya. Selepas bersalin, perempuan yang datang nifas masih dalam kedadaan berhadas nifas maka dia tidak wajib solat, apabila tidak wajib solat maka tidak wajib juga mandi wiladah. Menyuruh perempuan mandi wiladah dan mandi nifas sekali lagi setelah kering nifas adalah perbuatan yang tidak disuruh oleh hukum dan meyusahkan.

Ustaz berkenanna mungkin nampak hebat sebab tahu berbagai mazhab, tapi sebenarnya Mazhab Syafie pun dia tidak faham. Kan lebih baik jawab dengan ringkas satu mazhab sahaja, tak payah sebut mazhab banyak-banyak.

19 ulasan:

  1. kalau dia beranak dan tidak datang nifas, apabila masuk waktu solat dia wajib mandi wiladah utk solat berkenaan. kalau dia beranak dan dtg nifas juga, maka dia hanya wajib mandi selepas kering nifasnya, dengan niat mandi wajib pun sudah cukup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bermakna jika bersalin dan mempunyai darah nifas dia tidak wajib mandi wiladah...dan wajib mandi nifas sahaja jika telah kering nifasnya...maaf kerana kekeliruan ini..sbb kawan saya kata kita wajib mandi wiladah selepas bersalin walaupun kita ada darah nifas...????

      Padam
  2. Assalamu`alaikum ustaz.
    Saya adalah seorang gadis oku (menghidap penyakit genetic spinal muscular atropy) dan masih bujang. baru-baru ini saya telah membeli sebuah buku berkenaan penyakit saya ini.

    Dalam buku tersebut tertulis,
    Tidak kira samada perkahwinan itu sesama anggota keluarga atau dengan mereka yg tiada ikatan kekeluargaan, islam menggalakkan umatnya memilih pasangan yg baik dan sihat dari segi fizikal dan moralnya. Sifat ibubapa mempengaruhi anak-anak. Oleh itu, jika bakal pasangan mempunyai penyakit keturunan atau bawaan seperti penyakit mental, psikologi dan jasmani, perkahwinan amat tidak digalakkan kerana kemungkinan besar penyakit itu akan diwariskan kpd anak-anak. contohnya seperti hadith nabi s.a.w. riwayat imam bukhari iaitu, orang-orang berpenyakit janganlah menularkan penyakitnya kepada orang sihat.

    Setelah membaca hadith tersebut hati saya tertanya-tanya apakah hukumnya jika saya bekahwin??? Haruskah? Makruhkah? Atau haramkah? Sedangkan saya ingin berkahwin dan merasakan amat perlu untuk berkahwin. Saya begitu berharap mendapat penjelasan daripada ustaz.

    sekian assalumu`alaikum

    BalasPadam
  3. wa 'alaikumussalam. Saudari dibenarkan berkahwin kerana ada keperluan. berkenaan dengan anak pula, tidak semetinya saudari akan melahirkan anak yang berpenyakit seperti itu. dan sekiranya doktor megesahkan bahwa penyakit tersebut pasti akan diwarisi oleh anak, saudari boleh mengelakkan daripada mengandung dgn perlbagai cara yang ada.

    BalasPadam
  4. oo,ok terima kasih. saya harap ustaz dapat ziarah ke blog saya dan menegur jika terdapat ape2 kesilapan tentang agama dlm penulisan saya.

    BalasPadam
  5. assalamualaikum ustaz,
    Apakah hukum memotong kuku dan rambut ketika dalam haidh/nifas/hadas besar? Apakah mesti menyimpan kuku/rambut dan dibuat mandi sekali ketika hendak mandi wajib?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hukumnya tidak haram. dan tidak wajib dibasuh kuku/rambut yang telah dipotong semasa haid dan sebagainya.

      Padam
  6. salam,klau melahirkan secara operasi dan tidak keluar nifas apa wajib mandi ustaz? trimakasih

    BalasPadam
  7. salam sy nk bertanye sekiranye keguguran dan pendarah hanya 7 hari dan hari ke 8 tiada lg pendarahan.jd bilakah harus mandi hadas?adakah hari ke8 atau hari ke 40 seperti orang bersalin?jika mandi adakah menggunakan lafaz niat nifas atau lafas niat mandi hadas biasa?mohon bimbingan....tq

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, jelas sudah satu perkara yang membimbangkan saya selama ini. Saya akui saya jahil, dan apabila mengetahui tentang mandi wiladah, saya jadi terbeban kerana tidak ada jawapan yang sahih, bermakna yang disertakan dengan sebab yang kukuh.
    Terima kasih ustaz!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah.. Terjawab sudah kekeliruan saya mengenai persoalan ini.. terima kasih ustaz..

    BalasPadam
  10. Salam,,sy nk tnye apa hukum wanita selepas bersalin lupa mandi wiladah

    BalasPadam
  11. SALAM USTAZ SYA NAK TNYA TTG KEKELIRUAN MANDI WILADAH.. SEKIRANYA BERSALIN CSER DAN ADA DARAH NIFAS WAJIB KER MANDI WILADAH WLUPUN DARAH NIFAS MSH ADA? DAN SELEPAS HABIS DARAH NIFAS BARU SAYA MANDI WJIB? KEKELIRUAN MSH ADA DI KALANGAN KWN2 SAYA..

    BalasPadam
  12. assalamualaikum ustaz..sy ingin bertanya tentang lafaz niat jika mandi nifas & wiladah dilakukan dlm sekali mandian..terima kasih

    BalasPadam
  13. kalu keguguran perlu mandi apa ustaz,atau mandi wajib shaja

    BalasPadam
  14. satu lg kekeliruan edah yg sy tahu 3kli suci klu seorg perempuan tu haidnya tak teratur,dok stp bln datang kjap dtg kjp tak kdg 2bln tak dtg....mcm mana edah tu ustaz,plu tggu 3kali suci ke?

    BalasPadam
  15. satu lg kekeliruan edah yg sy tahu 3kli suci klu seorg perempuan tu haidnya tak teratur,dok stp bln datang kjap dtg kjp tak kdg 2bln tak dtg....mcm mana edah tu ustaz,plu tggu 3kali suci ke?

    BalasPadam