Kita sering melihat orang-orang di negara ini yang sedang mengaji dengan ustaz-ustaz di masjid meletakkan kitab di atas lantai, ataupun tempat yang rendah yang tidak lebih tinggi daripada lutut mereka. Ada yang datang untuk solat, disebabkan terlewat, ketika sampai di masjid imam dah mula solat, kerana untuk rukuk bersama imam dia meletakkan kitabnya di atas lantai masjid, selepas selesai sembahnyang barulah ia mengutip kitab yang telah ‘dibuang’ tadi. Ini perkara biasa ygn boleh kita lihat di merata masjid. Ketika bacaan surah Yasin pada setiap malam Jumaat pun kita akan dapat lihat orang-orang tua meletakkan naskhah surah Yasin di atas lantai, ketika mengaminkan doanya.
Di pondok pun ada yang meletakkan kitab di atas lantai sahaja. Saya juga sering melihat para lepasan sekolah agama yang sanggup meletakan cawan dan berbagai benda lagi di atas kitab dan Al Quran! Ma sya ALLAH! Sampai begitu sekali buruknya layanan umat Islam negara ni kepada sumber ilmu agama.
Di masjid-masjid kita akan lihat mushaf-mushaf Al Quran diletakkan di dalam rak yang terletak di bahagian belakang masjid. Yang apabila para jamaah berada dalam saf mereka akan membelakangkan mushaf tersebt. Kenapa tidak ada orang yang terasa nak pindahkan rak mushaf-mushaf itu ke saf paling hadapan. Ini menunjukkan bahawa umat Islam Malaysia telah tidak reti nak hormat sumber-sumber agama mereka.
Suatu ketika saya pernah pergi ke Bota dan solat tarawih di sebuah masjid di sana, disebabkan jamaah terlalu ramai, ada yang terpaksa rukuk sedangkan punggung mereka hampir-hampir terkena mushaf di rak belakang.
Pada saya inilah tanda ketidakfahaman umat Islam Malaysia terhadap cara nak hormati syair-syiar Islam.
Ini sangat berbeza dengan keadaan di Pakistan dan Bangladesh, ketika saya pergi ke sana, tidak satu pun masjid yang meletakkan mushaf Al Quran di bahagian belakang masjid. Pada satu hari di sebuah masjid di Malaysia, ketika ada seorang pemuda nak membaca kitab taalim fadhail, dia dengan tidak sengaja telah membelakangi mushaf-mushaf al-Qurang yang terletak di bahagian hadapan masjid., seorang ustaz yang telah belajar di Mazahirul Ulum, Saharanpur, India, berada di situ telah menegurnya supaya berpusing ke arah yang ia tidak membelakangi mushaf tadi.
Ini menunjukkan bahawa orang-orang yang terdidik di benua India amat menitik beratkan penghormatan kepada mushaf al Quran dan kitab-kitab/buku ilmu-ilmu Islam. Sementara dari tempat-tempat lain amat tidak hormat kepadanya. Saya pernah melihat sendiri ada ustaz yang walaupun telah belajar selama sembilan tahun di Syria dan amat fasih berbahasa arab, tapi masih meletakkan kitab di atas lantai.
Yang lebih buruk lagi, seperti yang saya dengar, ada pelajar Arab yang membuang kitab tafsir Ibni Kathir ke dalam tong sampah setelah tamat pengajiannya.
Saya rasa mungkin inilah antara punca umat Islam terus dihina dan tidak dapat keberkatan daripada ilmu mereka.
assalamualaikum
BalasPadamhakikat sebuah kkisah yang harus diperbesarkan pada masyarakaat la ni. keberkatan terangkat kerana sikap yang acuh tak acuh terhadap kitab agama.
Saya pernah juga mengikuti kelas penagajian kitab kuning di sebuah masjid. begitu lah keadaannya bila kitab diletakkan diatas lantai untuk dibuat catatan.
Allah hu Allam
Tq, satu ulasan yang menarik. saya pun dah lama tengok kebiadabab sesetengah kita dalam memperlakukan kitab2 ni. tq
BalasPadam