Jumaat, 5 Mac 2010

KHASIAT BUNGA CENGKIH



Di antara khasiat bunga cengkih ialah melegakan kesakitan. Jika sakit gigi, anda disyorkan mengambil lebih kurang 20 kuntum bunga cengkih dan digoreng dengan apa saja jenis minyak sehingga mendidih, apabila sejuk, ambil putik kapas atau apa saja untuk menitikkan/menyapu minyak cengkih tadi ke tempat gigi (lubang) yang sakit. Insya ALLAH kesakitan akan reda atau kalau anda bernasib baik akan hilang terus untuk beberapa bulan.

Bunga cengkih juga baik untuk menguatkan ingatan. Ubat minda FAQEH keluaran Perniagaan Qurba, menggunakan cengkih sebagai antara bahan untuk mencerdaskan minda. Untuk kegunaan sehari-hari anda boleh mengulum sekuntum cengkih seperti gula-gula. Petua ini telah diamalkan oleh ramai ulama’, termasuk Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumbuh, sebagaimana yang dinyatakan kepada saya oleh seorang muridnya.

Dalam kitab perubatan Melayu lama tulisan jawi dinyatakan bahawa cengkih menjadi ubat untuk menguatkan paru-paru. Semasa saya berkunjung ke Parit, Perak (ramai beno rakyat Perak, sampai terpaksa duduk dalam parit, kat dinding pun duduk juge), saya bertemu dengan seorang kakitangan kerajaan yang bercerita bahawa ada seorang tua yang yang selalu menghisap daun rokok dengan bunga cengkih tanpa tembakau. Apabila dibuat pemeriksaan kesihatan didapati bahawa paru-paru tok che kita tu amat sihat, tiada yang sepertinya.

Doktor Muzaffar Ahmad Al Mausiliyy menulis di dalam bukunya: bahawa bunga cengkih dapat menambah nafsu shahwat, iaitu bunga cengkih sebanyak 1 gram dtumbuk halus dan dicampur dalam secawan air dan di minum dua kali seminggu. Al Antaki berkata: cengkih dapat membangkitkan shahwat lebih-lebih lagi jika dicampur dengan susu kambing.

Sabahagian ubat sapu di Malaysia menggunakan bunga ajaib ini untuk melambatkan inzal. Barangkali kerana berfungsi menyebabkan rasa kebas, ia dapat mengurangkan rasa sensitif yang berlebihan. Kalau buat sendiri macam mana? Boleh kot. Minyak cengkih yang buat titik dalam lubang gigi tadi boleh la try sapu kat ‘situ’ pulak. Berkesan barangkali. Selamat mencuba.

2 ulasan:

  1. alhamdulillah....

    bunga cengkih memang banyak khasiatnya...
    pelajar2 pondok kebiasaanya mengamalkan untuk memakannya...

    BalasPadam
  2. sila jelajah segenap laman blog ini utk dapat faedah yang menyeluruh. syukran.

    BalasPadam