Ahad, 17 Januari 2010

DERITA DUNIA BILA SYARIAT ISLAM DIABAIKAN

Para ulama telah menjelaskan bahawa hikmah ataupun tujuan pensyariatan Islam ialah untuk menjaga kebajikan para hamba. Jelasnya dengan mengamalkan semua perintah ALLAh dan meninggalkan segala larangannya maka manusia akan hidup bahagia, di dunia dan akhirat.

Bermula dengan hukum bersuci Allah telah menyediakan satu ibadat yang menjanjikan kebersihan kepada manusia yang dengannya kesihatan akan terjamin. Hukum solat pula memberikan kesihatan kepada tubuh dan akal manusia. Zakat pula adalah memainkan peranan sebagai pembantu orang miskin untuk meneruskan hidup. Puasa sebagai penjaga kesihatan kepada orang melakukanyya. Haji pula mengandungi unsur penyatuan umat.

Di dalam hukum jual beli dan segala perkara muamalat, Islam menjaga hak pembeli dan penjual dengan melarang segala penipuan dan ketidaktentuan. Dan juga melarang segala pertolongan kepada kerja-kerja maksiat.

Islam menggalakkan perkahwinan, maka umat Islam menjadi ramai dan mengatasi umat yang lain kerana Islam perlu dibela oleh para penganutnya. Di dalam bab pernikahan Allah dan Rasul menyediakan peraturan yang lengkap untuk menjaga kebajikan suami, isteri dan anak-anak. Hak-hak mereka juga dijaga dalam hukum faraid.

Islam mengenakan tindakan keras kepada orang yang zalim seperti memotong tangan pencuri. Memang orang yang mencuri memberikan mudharat yang besar kepada masyarakat, maka ia wajar dihukum dengan hukuman berat. Dan terbukti hukuman keras ini mampu mencegah berlakunya kecurian. Kerana orang akan takut mencuri sekiranya hukuman potong tangan diadakan di hadapan khalayak ramai, dan sipencuri yang kudung tangannya akan merasa malu kerana ia akan dikenali sebagai orang yang pernah mencuri. Sekiranya hukuman dari Allah yang maha mengetahui ini ditinggalkan sebagaimana yang dilakukan oleh pemerintah negara ini dan seluruh negara di dunia ini kecuali beberapa negara Islam, maka hasilnya, lihatlah apa yang berlaku sekarang. Kes kecurian semakin menakutkan.

Adalah sangat menghairankan jika ada dalam dunia ini orang menyimpan belas kasihan kepada penjenayah yang mendatangkan kesusahan dalam masyarakat. Hairan kerana kebodohan mereka sanggup hidup dalam kembimbangan terhadap harta benda mereka. Kedua, hairan bagaimana sebuah negara sanggup berbelanja jutaan ringgit setiap bulan menyara kehidupan para penjenayah yang memang mendatangkan kesusahan. Bantuan kepada para pelajar sekolah dimansukhkan, tetapi penjenayah disara dan dijaga. Kalau dipotong tangan seperi yang diperintah oleh Allah taala, maka harta akan selamat dan wang boleh dijimatkan dan digunakan untuk membantu orang-orang miskin. Hanya perlu keluarkan belanja beli pisau dan batu pengasah sahaja.

Dalam kes zina bila sebat dan rejam tidak dilaksanakan, perbuatan kotor ini semakin merebak. Bila zina semakin banyak maka banyak bencana akan berlaku, dan semua orang akan merasakan kesukaran dan penderitaan bila azab seperti wabak penyakit, banjir dan lain-lain melanda. Kerajaan pun terpaksa keluarkan peruntukan bantuan berjuta ringgit.

Dalam semua keadaan yang menderita ialah rakyat sedangkan para pemimpin hidup selesa kerana mempunyai segala keperluan samada kawalan keselamatan atau kemudahan bila berlaku bencana.

Apabila kerajaan tidak melaksanakan undang-undang yang benar-benar mampu memberikan keselamatan kepada rakyat maka itu bermakna kerajaan tersebut TIDAK membela dan mengutamakan rakyat. Setiap rakyat berhak mendapat perlindungan maksimum. Tapi sayangnya kerana kebanyakan rakyat adalah manusia yang jahil dan tak tahu apa-apa pun mengenai undang-undang, jauh untuk mengetahui undang-undang yang terbaik maka selama-lamanya mereka hidup dalam kebimbangan dan menganggap peraturan yang dibuat oleh pemerintah mereka adalah yang terbaik dan tidak perlu dipertikaikan. Walaupun ianya tidak pernah berjaya mencegah apa-apa jenayah pun. Saya pernah mendengar dari kawan-kawan yang pernah tinggal beberapa tahun di UK, bahawa di sana penjara menyediakan menu makanan yang boleh dipilih oleh banduan. Ini adalah mustahil untuk menjadikan mereka berhenti daripada jenayah malah mereka akan berazam untuk masuk sekali lagi kerana boleh makan sedap dalam penjara. Ini juga berlaku di Gerik, saya pernah mendengar ada penyangak di sini yang berkata kepada emaknya yang risaukan keadaannya yang sering keluar masuk penjara: “mak jangan risau sebab dalam jel boleh makan free.”

Ketakutan dan kebimbangan kepada jenayah ada di seluruh dunia sekarang walaupun setiap negara punyai pelbagai undang-undang. Bermakna bodohnya manusia yang mencipta undang-undang yang menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan. Undang-undang yang diperintahkan ALLAH yang maha bijak ditinggalkan, maka manusia berkenaan jadi semakin bodoh. Bodoh kerana menyangka undang-undang mereka lebih moden dan paling maju.

Kalau maju tapi menyusahkan itu bukan maju, mundurla sebenarnya. Takkan tu pun tak faham. Memang bodoh sungguh hangpa ni.

Kalau undang-undang itu dianggap kuno dan zalim, atau apa-apa lagi gelaran ganas yang diberikan, tetapi jika ia sangat berkesan mencegah jenayah sehingga rakyat negara berkenaan mampu tidur lena dan tidak risau sedikit pun berkenaan harta benda dan nyawa mereka maka itulah undang-undang yang terbaik. Dan tidak ada undang-undang terbaik selain daripada undang-undang ALLAH TAALA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan