Khamis, 30 September 2010

PENGAJIAN DAURAH HADEETH DI MADRASAH TAHFIZ AL QURAN PENANTI

Baru-baru ini madrasah ini telah bermesyuarat dan memutuskan untuk memulakan pengajian DAURATUL HADEETH pada sessi pengajian 2011 bagi Kelas Tujuh.

Pengajian daurah hadeeth ialah pengajian kitab-kitab berikut:

1. Sahih al Bukhari
2. Sahih Muslim
3. Sahih Tarmizi
4. Sunan Abi Daud
5. Sunan Ibnu Majah
6. Muwatta Imam Malik

Untuk Kelas tujuh hanya kitab Al Bukhari, Tarmizi dan Abu Daud yang diajarkan. Manakala baki yang lain akan diajarkan pada tahun 2012 di dalam kelas Lapan.

Di samping kitab-kitab tersebut kitab-kitab lain yang diajar dalam kelas tujuh ialah

1. Tafsir al Baidhawi
2. kitab fiqh Al Mahalli
3. kitab balaghah Muktasar Maani
4. Mustalah hadis Nukhbatul Fikar

Pada kelas Lapan hanya kitab-kitab hadis yang diajar tanpa kitab-kitab lain.

2 ulasan:

  1. ASSALAMUAAIKUM WBT..SYUKRAN SUDI SINGGAH BLOG ANA DAN BERI KOMEN TENTANG KESILAPAN MENULIS NAMA ULAMAK..ANA NAK TANYA TTG PENGAJIAN NI..MEMANG BERMULA DENGAN KELAS 1 KE?DAN BERAPE UMUR YANG LAYAK MASUK KE SANA?

    BalasPadam
  2. wa alaikumussalam. umur untuk kelas satu ialah 13-17 tahun. kelas daurah hanya bermula di kelas tujuh sehingga kelas lapan. kelas 6 diajar kitab misykatul masabih, 6 ribu hadis, bahas empat mazhab.

    BalasPadam