Allah telah berjanji untuk menjadikan umat Islam lebih
tinggi daripada orang bukan Islam. ini telah tertera di dalam firman-Nya,
ertinya:
“dan Allah tidak akan menjadikan orang-orang kafir berkuasa
ke atas orang Islam” (an Nisa, 141)
dalam surah Ali Imran, friman-Nya, yang bererti:
“Janganlah kamu menjadi lemah dan bersedih, sedangkan
kamulah yang paling tinggi jika kamu beriman” (ayat 139)
dalam surah Taubah, ayat 36, ertinya:
“sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertaqwa.”
Di dalam tafsir Syaukani: maksudnya dengan membantu mereka dan menetapkan mereka.
Dan sesiapa yang Allah bersamanya adalah orang yang menang. (571)
Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah umat Islam dihina dan
ditindas oleh orang bukan Islam di banyak tempat di dunia ini.
Soalnya sekarang di manakah bantuan Allah untuk umat Islam
di seluruh dunia?
Di dalam surah Muhammad ayat 7, Allah berfirman, ertinya:
“wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.”
Di dalam ayat di atas kita lihat syarat asas untuk umat
Islam mendapat nusrah (bantuan) Allah ialah beriman, bertaqwa dan membantu
agama Allah.
IMAN
Iman yang dimaksudkan di dalam ayat ialah iman yang
sebenarnya, ertinya umat Islam akan ditolong jika iman mereka telah mencapai
tahap yang tinggi yang menjadikan mereka layak mencapai nusrah.
MEMBANTU AGAMA ALLAH
Membantu agama Allah adalah syarat untuk mencapai nusrah
daripada Allah, tapi apakah cara membantu agama Allah yang melayakkan umat
Islam menerima nusrah dan bantuan Allah?
AYAT-AYAT AL QURAN MENGENAI MEMBANTU AGAMA ALLAH
Firman Allah, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jadilah kamu pembantu-pembantu
Allah, seperti mana berkata Isa ibnu Maryam kepada Hawariyyun: siapakah yang
akan menolongku bersama Allah? Berkata Hawariyyun: kamilah penolong-penolong
Allah; maka telah beriman sekumpulan daripada Bani Israil dan telah kufur satu
kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang yang telah beriman ke atas
musuh mereka, maka mereka telah menang.” (Saff, 14)
Firman-Nya lagi, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jika kamu tolong Allah nescaya
Allah akan bantu kamu dan menetapkan tapak kami kamu.” (Muhammad, 7)
Firman-Nya, dalam ayat 40 surah Hajj, ertinya:
“Dan sesungguhnya Allah akan membantu orang yang membantu-Nya.”
APAKAH ERTI MEMBANTU AGAMA ALLAH?
Di dalam surah Saff
ayat 14 yang dinyatakan di atas Allah telah memerintahkan umat Islam membantu
agama Allah seperti yang telah dilakukan oleh Hawariyyun kepada Nabi Isa
(alaihis salam). Ertinya Allah memerintahkan kita mengambil contoh daripada
mereka dalam membantu agama Allah.
SIAPAKAH HAWARIYYUN?
Di dalam surah Ali Imran ayat 52, disebut Hawariyyun,
firman-Nya:
“Maka ketika Nabi Isa (alahissalam) merasakan bahawa mereka (Kuffar
Bani Israil) akan kekal dalam kekafiran, maka ia berkata siapakah yang akan
menolongku kepada Allah? Berkata Hawariyyun: kamilah pembantu-pembantu agama
Allah, kami beriman kepada Allah, maka bersaksilah bahawa kami adalah muslim.
Wahai tuhan kami, kami telah beriman dengan apa yang Kau turunkan (Injil), dan
kami telah ikuti Rasul ini (Isa), dan tuliskanlah kami bersama orang-orang yang
menyaksikan.
Firman Allah, ertinya:
“Wahai orang-orang beriman jadilah kamu pembantu-pembantu
Allah, seperti mana berkata Isa ibnu Maryam kepada Hawariyyun: siapakah yang
akan menolongku bersama Allah? Berkata Hawariyyun: kamilah penolong-penolong
Allah; maka telah beriman sekumpulan daripada Bani Israil dan telah kufur satu
kumpulan; maka Kami telah menguatkan orang-orang yang telah beriman ke atas
musuh mereka, maka mereka telah menang.” (Saff, 14)
Firman Allah dalam surah al Maidah, ayat 112, ertinya:
“(ingatlah wahai Muhammad) ketika Hawariyun berkata: wahai
Isa bin Maryam, adakah mampu tuhan kita menurunkan kepada kita hidangan dari
langit? Berkata Isa bertaqwalah kepada Allah jika kamu beriman.”
Disebut di dalam kitab-kitab tafsir hawariyun adalah 12
orang lelaki pertama yang beriman dengan Nabi Isa (alaihis salam). Baginda
telah mengutuskan mereka ke beberapa tempat antaranya ia ke Babil, Afrika, ke
kampung Ashabul Kahfi, Baitul Maqdis, Hijaz
dan Barbar.
Di dalam surah Ya sin, dinyatakan kisah Hawariyyun bersama Habib
an Najjar, ertinya:
“dan wahai Muhammad buatkanlah perumpamaan kepada mereka
mengenai penduduk kampung itu (Antokiah), ketika datang kepada mereka para
utusan; (13)
ketika Kami utuskan kepada mereka dua orang, lalu mereka
mendustai, kemudian kami perkuatkan dengan yang ketiga, maka mereka berkata
sesungguhnya kami diutuskan kepada kamu; (14)
mereka berkata tidaklah kamu melainkan seperti kami, dan
tuhan yang rahman tidak menurunkan sesuatu pun, tidaklah kamu melainkan berdusta sahaja; (15)
(para utusan menjawab) tuhan kami mengetahui bahwa kami
adalah utusan kepada kamu; (16)
tidak wajib kepada kami selain menyampaikan dengan jelas; (17)
(penduduk Antokiah) berkata: kami mendapat malang
kerana kamu; sekiranya kami tidak berhenti daripada dakwah ini kami akan rejam
kamu dengan batu dan akan mengenai kamu azab yang pedih dari kami; (18)
(Utusan) menjawab: nasib malang
kamu adalah bersama kamu (sebab kekafiran kamu), adakah selepas kamu didakwah dan diberi
peringatan kamu masih bernasib malang?
Bahkan kamu kaum yang melampaui batas. (19)
Dan datanglah dari hujung kampung seorang lalaki (Habib)
dengan tergesa-gesa, ia berkata: wahai kaumku ikutilah para utusan ini. (20)
Ikutilah orang yang tidak meminta upah daripada kamu,
sedangkan mereka mendapat hidayat. (21)
Tidak ada yang menghalang daripada aku menyembah tuhan yang
telah menciptaku, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan. (21)
Dalam ayat 26-27, surah Yasin dinyatakan (ertinya):
“dikatakan kepada Habib (ketika matinya) masuklah ke dalam
syurga; berkata (Habib): wahai, kalaulah kaumku mengetahui pengampunan tuhanku untukku,
dan bahawa Ia menjadikanku dalam
golongan orang yang dimuliakan.”
MEMBANTU ALLAH YANG DILAKUKAN OLEH HAWARIYUN
Tersebut di dalam tafsir Ibnu Katheer: halaman 1870 (cetakan
Daru Ibn Hazm) mengenai tafsiran ayat 14 surah Saff:
Allah Taala berfirman memerintahkan hamba-hamba-Nya menjadi
penolong-penolong-Nya pada semua keadaan; dengan kata-kata, perbuatan, diri dan
harta mereka. dan Ia memerintahkan mereka supaya menerima perintah Allah dan
Rasul-Nya, sebagaimana Hawariyun telah menerima kata-kata Nabi Isa ketika ia
berkata kepada mereka “siapakah pembantu-pembantu-Ku kepada Allah?” ertinya:
ialah siapakah yang akan menolongku untuk BERDAKWAH KEPADA ALLAH? … Dan kerana
itulah Isa (alaihis salam) telah mengutuskan mereka sebagai pendakwah ke negeri
Syam kepada bangsa Israil dan Yunanis.
Seperti inilah juga bersabda Nabi Muhammad (selawat dan
salam ke atas baginda selama-lamanya) pada musim-musim haji: “siapakah yang
akan membantuku supaya aku dapat menyampaikan risalah tuhanku, kerana Qurasy
telah menahanku daripada menyampaikan risalah tuhanku.”
Sehinga Allah menguatkan baginda dengan Aus dan Khazraj
daripada Madinah, lalu mereka berbaiat dengan baginda dan berjanji akan
mempertahankan baginda sekiranya berhijrah ke tempat mereka. Dan ketika baginda
berhijrah bersama sahabat-sahabatnya
mereka telah menunaikan janji mereka tersebut, dan sebab itulah Allah telah
menamakan mereka dengan nama ANSAR.(PARA PEMBANTU). Dan ia telah menjadi nama
khas mereka.
Riwayat mengenai perkara di atas boleh dilihat di dalam
kitab-kitab: Jame’Tarmizi no: 2925; Abu Daud, 4738; Ibnu Majah 201; dan Tuhfatul Ahwazi syarah Tarmizi, j 8/242
Ketika menafsirkan ayat 52 surah Ali Imran, Ibnu Katheer
berkata:
Yang zahir ertinya Nabi Isa bermaksud “siapakah yang akan
membantuku untuk BERDAKWAH KEPADA ALLAH.?” (Tafsir Ibni Katheer, hal 367)
Erti ‘yang zahir’ ialah tafsiran yang paling kuat.
Tafsiran ayat 52 Ali Imran dan ayat 14 surah Saff, adalah
sama penerangannya oleh Ibnu Katheer.
Jadi kesimpulannya maksud membantu agama Allah yang
diperintahkan di dalam surah Saff ayat 14 ialah ‘DAKWAH ILALLAH.’
Daripada ayat-ayat di atas disimpulkan bahawa dengan
membantu agama Allah umat Islam akan mendapat:
1. Bantuan dari Allah
2. Keampunan dan masuk syurga
REALITI DAKWAH PADA MASA KINI
Jelasnya umat Islam kini amat mengabaikan dakwah di
mana-mana saja – di seluruh dunia. Boleh dilihat di setiap kampung dan bandar
amat sedikit yang melakukan dakwah. Sebaliknya ramai yang berdiam diri malah
ada yang menentang.
Dakwah yang sempurna dan menyeluruh sekarang ini hanya ada
pada Jamaah Tabligh. Saya kata lengkap dan menyeluruh kerana mereka melakukan
dakwah setiap hari (2 ½ jam), dua kali setiap minggu jaulah (gasyt) pertama dan
jaulah kedua; 3 hari setiap bulan, 40 hari setiap tahun dan lain-lain. Mereka
juga sering mengadakan ijtima’ pada tiap-tiap tahun. Contohnya Ijtima Sedunia
di Tongi, Bangladesh.
Dan juga kerana mereka melakukan dakwah tanpa sempadan,
iaitu kepada seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada, hatta kepada Orang
Asli di hutan pun mereka akan pergi berdakwah.
Maksud mereka ialah untuk mengembalikan umat islam kepada
amalan Islam yang lengkap. Supaya umat Islam kembali melakukan semua perintah
Allah, dan meninggal-kan segala larangan Allah.
Dan ini memang terbukti daripada pengalaman. Ramai yang
dahulunya hidup bergelu-mang dengan maksiat tetapi setelah keluar 3 hari maka
berubah sama sekali daripada keadaannya sebelum itu.
Inilah amar makruf dan cegah mungkar sebenarnya. Kalau kita
membakar sebuah kedai menjual nombor ekor (4D) di sesebuah negeri, maka akan
berlaku beberapa keadaan. Antaranya ialah penagih ekor akan membelinya di negeri
lain berdekatan. Keduanya mereka akan merasa marah kerana terasa hak mereka
dirampas.
Tetapi sekiranya seorang penagih ekor dibawa keluar 3 hari
dan insaf, maka ia pasti akan menjauhi kedai ekor selama-lamanya dengan penuh ketaqwaan dan
keikhlasan.
Jadi difahami bahawa mencegah mungkar dengan hanya
memusnahkan tempat maksiat sahaja bukanlah perkara yang terbaik. Tapi ia mesti
diiringi dengan tarbiah yang menim-bulkan keinsafan yang mendalam yang
melahirkan ketaqwaan.
Disebabkan pengabaian kepada dakwah amat ketara sekarang
maka maksiat makin bertambah. Dan ini tak perlu dibuktikan lagi di sini.
Apabila maksiat makin berleluasa maka bencana akan datang menimpa uumat Islam.
Dan hari ini bencana yang menimpa umat Islam tidak perlu disebut lagi, kerana
meraka lebih mengetahui keadaan mereka. Puncanya ialah mengabaikan dakwah,
mengabaikan dakwah menyebabkan umat menjadi lalai dan melakukan maksiat,
maksiat mengundang berbagai azab dan bencana di dunia dan akhirat.
DAKWAH YANG DILAKUKAN OLEH PUSAT PENGAJIAN ISLAM.
Apakah ada mana-mana sebuah pondok, sebagai contoh, yang
menghantar jemaah dakwah untuk membawa peringatan tabsyir dan inzar kepada
penduduk kampung berdekatan? Jawapannya sudah tentu tidak! Jawapan yang
barangkali akan dikemukakan oleh para guru-guru pondok ialah orang kampunglah
yang wajib datang ke pondok belajar agama, dan kami dah terlepas tanggungjawab
dakwah.
Adakah in yang dilakukan oleh para rasul? Jawapan para tok
guru pondok tersebut sudah tentulah salah.
Salah kerana para rasul termasuk baginda Muhammad (selawat dan salam ke
atas baginda) telah menghantar amat banyak jemaah ke tempat berdekatan Madinah
untuk melakukan dakwah di samping jemaah untuk qital.
Dan kerana jawapan yang tidak diasaskan di atas dalil itulah
maka semakin ramai umat Islam sekitar pondok dan sekolah-sekolah agama yang
semakin lagha dan semakin kuat menentang Islam. Kenapa jadi begitu? Kerana
mereka tidak pernah dengar sedikitpun berita akhirat dan hidup mengikut hawa nafsu.
Memang terdapat ramai umat Islam jahil yang berada di luar
pondok, di kampung berdekatan, tapi sayangnya para tok guru pondok tak pernah
terlintas untuk menghantar anak-anak
murid mereka ke kampung berkenaan dan membawa berita-berita akhirat kepada
mereka. Jadi tidak hairanlah makin ramai yang hidup mengikut nafsu, bergelumang
dengan dosa, dan merekalah yang akan mula-mula menyokong parti yang
menggalakkan maksiat dan menentang parti yang ingin menegakkan Islam. Jangankan
hudud, suruh pakai tudung pun melawan. Nak bercakap tentang hudud, basuh
kencing pun masih tak pandai-pandai.
Jadi, keadaan umat islam sekarang yang adalah hasil daripada
pengabaian oleh para ulama terhadap dakwah kepada seluruh umat Islam. Tiada
siapa yang boleh nafikan ini. Lebih buruk lagi apabila para ilmuan mula
mengejar ribuan RM, sehingga orang-orang soleh pun dah mula meluat dengan para
ustaz tamak yang hanya terbayang RM di matanya. Malah ada yang masih belajar
dah terbayang untuk mengejar RM 4k-5k setiap bulan dengan ilmu yang akan
diajarkan.
Lihat kembali surah Ya sin ayat 21:
“Ikutilah orang yang tidak meminta upah daripada kamu,
sedangkan mereka mendapat hidayat.”
Ustaz tamak ini juga adalah antara makhluk perosak yang
membina kesenangan di atas beban orang lain. Tanyalah mana-mana AJK masjid
memang mereka merasa bosan dengan ustaz seperti ini yang merasa merekalah pejuang
Islam.
Saya pernah mendengar bahawa permulaaan kejatuhan Chechen
ialah sikap ulamak yang mementingkan dunia, yang mana Russia
telah menghasut orang-orang awam membunuh mereka. Kata mereka: apa gunanya
ulama kamu, mereka hanya menghabiskan duit kamu, lebih baik kamu bunuh mereka.
Ada ustaz yang
mendakwa dia telah melakukan dakwah yang terbaik kerana setiap minggu mengajar
di dalam radio. Agaknya ustaz tersebut percaya bahawa semua orang-orang fasik
yang ada di negerinya akan mendengar siaran tersebut dengan penuh khusyuk. Dia
terlupa yang puak-puak ni awal-awal lagi dah tukar stesen lain, sebelum siarannya
bermula.
KEPERLUAN DAKWAH MASA KINI
Yang paling penting dilakukan ialah semua Islam berpadu
tenaga melakukan dakwah kepada seluruh umat Islam, tua muda, lelaki dan wanita.
Semua umat Islam tahu maksiat yang berleluasa sekarang; zina
antara yang paling banyak berlaku, maka adalah amat menghairankan para pejuang
Islam (atau yang perasan dia memperjuangkan Islam lebih banyak menumpukan
perkara lain dan amat sedikit masa yang digunakan untuk berdakwah kepada
orang-orang muda di negara ini.
Daripada mengadakan konvoi motosikal beramai-ramai atau
berakit di sungai, adalah lebih baik menemui seluruh para orang muda di setiap
pelusuk kampung dan memberikan tazkirah mengenai bahaya zina dan segala yang
berkaitan agama seperti solat, puasa, dan lain-lain.
Setiap tindakan dalam agama adalah mengikut keutamaan
(awlawiyyah) jadi pada masa ini yang paling penting dilakukan ialah berdakwah
kepad orang muda. Tapi nampaknya kerja dakwah untuk mereka telah terabai dengan
begitu ketara. Para pejuang lebih tumpukan kepada kerja
yang kurang penting berbanding yang lebih penting. Malah yang paling buruk
kerja dakwah menyeluruh kepada semua umat Islam tidak pernah menjadi agenda
utama, sebaliknya yang dikejar ialah kuasa memerintah. Tanpa mereka sedari
orang muda yang bergelumang maksiat inilah yang akan mewakili parti yang akan
menentang mereka yang sudah pasti akan merugikan mereka.
Hairan sungguh sebuah parti politik yang memerlukan majoriti
undi untuk memerintah amat lemah melakukan dakwah sedangkan dakwah itulah menjadi
sebab untuk meramaikan orang yang soleh. Dan orang yang soleh inilah yang
paling ramai akan mengundi mereka. Dan dakwah jugalah manjadi punca mereka
mendapat bantuan Allah, tapi dakwah diabaikan maka sebab itulah masih tidak
dibantu untuk memerintah walaupun selepas lebih daripada 50 tahun.
Sebaliknya Jamaah tabligh yang tidak pernah mengharap
apa-apa majoriti, merekalah yang paling aktif melakukan dakwah, siang dan
malam. Saya percaya sekiranya PAS
melakukan dakwah lebih aktif daripada Tabligh, sudah pasti ramai orang akan
jadi soleh, dan orang soleh inilah yang akan memangkah mereka, dan rasanya
mereka sudah dapat memerintah 30 tahun dulu.
Berbagai usaha telah dijalankan untuk memusnahkan iman umat
Islam, dan sekarang usaha itu telah berhasil dengan lahirnya beratus ribu anak
haram. Namun apa yang telah PAS telah lakukan untuk menghasilkan anak-anak
soleh? Sekiranya PAS lebih kuat melakukan dakwah dan mengatasi usaha
meruntuhkan iman umat Islam, maka anak haram tidak akan seramai itu.
Pada masa saya remaja tidak ada seorang pun orang PAS yang
berdakwah kepada saya. Dan tidak pernah diketahui PAS melakukan dakwah secara
umum, sebaliknya dilakukan secara senyap-senyap. PAS lebih banyak membelasah
orang yang jauh dari Islam dengan maki hamun. Sebaliknya orang-orang Tabligh lebih
berjaya kerana pendekatan memujuk mereka, jauh untuk memaki. PAS lebihh lebih
banyak megucapkan kafir dan munafik. Tetapi Tabligh lebih banyak mengarapkan
hidayat.
Apabila ada seseorang pemuda yang ikut Jemaah Tabligh, maka orang-orang
PAS akan mula mengacau dengan hujah bahawa Tabligh tidak mengajak orang belajar
ilmu. Setelah termakan hujah begitu pemuda itupun mulai renggang dari tabligh
dan akhirnya terus menjauhi Tabligh. Kerana PAS kosong dari targhib dan tarhib,
maka pemuda itupun mulai rasa jemu mengaji dan akhirnya juga renggang dan
menjauhi PAS. Namun orang-orang PAS membiarkannya terus bersendirian. Nak
dakwah tak pandai, sebab dah terlatih menuduh orang munafik dan sebagainya,
maka pemuda itu tidak berdaya dipujuk juga.
Ada yang ikut
Tabligh, namun selepas balik dari 3 hari, abangnya juga mempertikaikan bahawa Tabligh tidak
pernah ajak ahlinya mengaji. Maka adikanya itupun tidak berani ikut Jemaah
tabligh lagi. Lama kelamaan selepas itu si adik itu pun pakai seluar pendek
balik seperti sebelum keluar tabligh. Tapi abangnya, tak buat apa-apa pun untuk
suruh adiknya pakai kopiah semula sepeti selepas keluar 3 hari bersama Tabligh.
Ini adalah dua contoh daripada beberpa peristiwa yang pernah
saya dengar yang membuktikan bahwa orang PAS amat lemah melakukan dakwah.
Memang semua orang
yang berfikrah Islamiah amat mengharap PAS akan memenangi pilihanraya dan
memerintah negara ini supaya tertegaknya sebuah kerajaan yang melaksanakn seluruh
sistem Islam. Tetapi kerana kelemahan ketara yang ada pada PAS ini maka harapan
ini dirasakan sukar untuk dicapai.
KESIMPULAN
Dakwah ialah membantu agama Allah, dengan membantu agama
Allah umat Islam akan dibantu oleh Allah.
Meninggalkan dakwah bererti tidak membantu agama Allah. Itulah
punca umat Islam dihina dan ditindas oleh musuh mereka sekarang. Dengan meninggalkan
dakwah bererti umat Islam tidak mempunyai kelayakan untuk mendapat bantuan dari
Allah.
Wallahu a’lam.
Kefahaman penafsiran tentang dakwah dan politik membuatkan kita berpecah sebegini rupa......
BalasPadammengatur siasah ambia dgn tertib akan menurun hidayah. Hari in, artikel perlu bercakap dgn jelas tanpa selindung. Apa yg jadi,ramai org terperangkap dgn emosi kePARTIan. Ini sebenarnya punca sebenar> Hairan,bagaimana halaqah islam ,boleh asaskan perjuangan dgn membenci sesama islam....benci dan cari slah org lain dijadikan amalan setiap ahli...BINASA menanti.
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamustaz minta tolong tuliskan cara sebenar penyembelihan dan pembahagian daging korban. Dah lama dok ikut korban(menyertainya) kali ini di sekolah. Tapi cara pembahagiannya ikut suka tukang lapah saja. tulang tak masukkan hanya tulang rangka sahaja tulang2 lain letak tepi saja. Rasanya ada yang tak kena cara pambahagian tu. Nak cakap banyak nanti depa tinggai begitu saja. Last-last tengok saja. Harap ustaz boleh bagi sedikit panduan pada saya macamana sebenarnya ikut syariat. Kalau ikut perasaan rasanya tak mahu lagi saya menyertai korban. Kalau di masjid kata mereka 70% untuk peserta selebihnya untuk mereka buat kenduri di masjid. Sebelah pantai timur, Terengganu keluarga mertua saya, mereka bahagi lapan bahagian ke lapan untuk upah mereka yang buat kerja melapah. Saya dah tak ikut kat dana dah sebab memuskilkan. harap persoalan ini dapat ustas jawab dalam tulisan blog tuan ustaz
Assalamualaikum.. saudara
BalasPadamsesungguhnya jemaah tabligh banyak melakukan perubahan pada
diri seseorang.ternyata seperti kata kalian,seorng yg merompak atau membeli no ekor pon boleh berubah. jemaah tabigh amat menitik beratkan sifat nabi(S.A.W) iaitu sifat Dai(dakwah).
Mari kita renungkan, zaman sekarang, adakah kita melihat zaman kegemilangan islam atau zaman jahiliah?
sudah tentunya jahilah, kerana ada patung disembah, umat islam ditindas, saudara islam berperang sesama sendiri. setiap kali datangya zaman jahiliah, Allah akan utuskan nabi atau rasul untuk membetulkan akidah manusia,tetapi kita semua tahu Nabi Muhammad adalah yg nabi terakhir. Jadi bantuan bagaimanakah yg kita perlukan dari Allah.
Maka kembalilah ke cara Nabi S.A.W awal2 sebarkan islam. carilah sifat2 awal Nabi S.A.W iaitu sifat siddiq, amanah, tabligh, fatonah.
Renungkan adakah jemaah tabligh sebelum gash sudah ada sifat siddiq dan amanah sebelum tabligh.
Siddiq - jujur atau bercakap benar
amanah - melaksanakan tugas dengan penuh tanggung jawab, boleh dipercayai, jujur dan ikhlas
Disini contohnya siisteri yg diberi amanah oleh ibu bapanya kepada anda
bagi pendapatan kecil, selalunya para jemaah tabligh akan menyuruh ikut keluar 3 hari dan menggunakan hadis Nabi S.A.W tentang pengorbanan kejalan Allah oleh 4 sahabat Nabi S.A.W.
Tetapi meninggalkan isteri dan anak dengan mengharapkan Allah akan membela sama sekali tidak praktikal,sedangkan saudara sendiri berkata yg bantuan Allah hanya kapada mereka yg beriman.
Maka tuntutlah, belajarlah, carilah ilmu tentang iman dahulu, baru kita boleh menjadi siddiq dan amanah.
dimana?? carilah dari mereka yg mengajar ilmu kalimah La ilaha illallah
Surah Muhammad ayat 19
di jemput share info tabligh di http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/membongkar-kesalahan-tabligh.html
BalasPadamtabligh -ok, pas pun ok- pendekatan sahaja berbeza..jagan di cari perbezaan sebaliknya carilah persamaan..matlamat kita sama iaitu menegakkan agama Allah
BalasPadamumat islam banyak ditindas sebab kita takde kretiviti dlm keilmuan, backward, pentingkan diri sendiri, takde kebebasan 100% (kebanyakan negara islam adalah kuku besi), ... sedarrr la
BalasPadamkalu kita banyak berdoa utk ubati penyakit tanpa makan ubat sampai mati pun penyakit tu tak ilang.. sama mcm sekrang, umat islam perlu buat satu perubahan besar.. tuhan takkan tlg ubah satu umat tu melainkan umat tu sendiri berusaha ubah
BalasPadamAssalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
BalasPadamSaya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK merupakan seorang pelajar malaysia yang sedang menuntut pengajian saya di UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MEDAN SUMATERA UTARA INDONESIA dalam bidang syariah islamiyah.
Saya ingin membuat sedikit permohonan kepada pihak tuan/puan/encik/cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi disini.
Ini kerana saya tidak lah mendapat mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman,memandangkan kos sara hidup sekarang amatlah tinggi.
Bapa saya seorang jaga keselamatan di sebuah kilang papan,manakalah ibu saya suri rumah sepenuh masa,gaji bapa saya tidak cukup untuk menampung 7 adik beradik saya yang masih di bangku persekolahan,dulu bapa saya menanggung 8 adik beradik saya ini kerana abang saya baru sahaja pergi meninggal kan kami sekeluarga pada bulan lepas akibat menghidap penyakit kanser tulang tahap 4.
Saya mengharap kan jasa baik tuan / puan / encik / cik/datuk/datin untuk membantu saya dalam mènyelesaikan beberapa masalah yang saya hadapi sekarang,pengajian saya sepatut nya di tamatkan dalam bulan lepas,aakan tetapi saya pulang untuk menjaga abang saya di hospital sehinggalah nafas dia yang terakhir
Saya memohon agar pihak tuan / puan / encik / cik /datuk /datin dapat membantu saya dengan segera jika diberi sebagai pinjaman saya tidak mengapa,saya akan tetap membayar kembali dengan kadar segera.
Whatsapp(0196135660)