Pertama: menghadap kiblat
sebagaimana orang yang hampir mati, iaitu tidur terlentang dan muka dan tapak
kakinya menghadap kiblat.
Kedua: Menghadap kiblat seperti
mayat di dalam lahad, iaitu berbaring di atas rusuk/lambung kanan dan muka
bersama bahagian hadapan badan menghadap ke arah kiblat.
DALIL DUA ADAB TIDUR TERSEBUT
Dalil Pertama:
Di dalam Ihya, Imam Ghazali tidak
mengemukakan dalil bagi adab-adab tersebut. Ia hanya dibawa oleh Syaikh Az
Zabidi, pengarang Ithafu Sadatil Muttaqin syarah Ihya Ulumiddin 5/161, dengan
katanya bahawa sesungguhnya majlis yang paling mulia ialah yang dihadapkan ke
kiblat, sebagaimana yang datang dalam hadis, tanpa menyebut perawi dan takhrij.
Setelah meneliti saya dapati
hadis itu adalah riwayat Tabroni dengan lafaz bermaksud:
“Setiap sesuatu mempunyai
penghulu/ ketuanya, dan ketua majlis-majlis
ialah yang dihadap ke kiblat.”
Hadis hasan (Sakhawi, Maqasid
Hasanah 77, Darul Kutub Ilmiyyah, 1979)
Hadis ini umum untuk kedua-dua
adab tersebut. Hadis-hadis berikut adalah khusus untuk adab yang kedua –
menghadap kiblat dengan berbaring di atas rusuk kanan.
Dalil Kedua:
Diriwayatkan oleh Abu Qilabah seorang daripada keluarga Ummu Salamah “Adalah
hamparan tidur Rasulullah seperti apa yang diletakkan manusia (mayat) di dalam kuburnya, dan adalah
masjid di arah kepalanya. (Sunan Abi Daud, no 5044, Bab Bagaimana Menghadap
Ketika Tidur) di dalam Misykat no 4717.
Kata Al Hafiz Ibnu Hajar hadis
ini mursal hasan. (Al Matalib al Aliah, 11/491). Pentahqiq mengghukum hadis ini
doif kerana tidak diketahui dari siapa Abu Qilabah meriwayatkannya.
Maulana Yahya telah menulis di
dalam taqrir, bahawa maksud masjid ialah Masjid Nabawi. Ayat ‘seperti
diletakkan manusia dalam kuburnya’ itu menunjukkan keadaan tidur baginda yang
menghadap kiblat di atas rusuk kanannya. (Bazlul Majhud, 19/281l, Darul Kutub
Ilmiyyah)
Pengarang Aunul Ma’bud berkata:
di atas keadaan manusia diletakkan di dalam kubur, sebagaimana pandangan
pengarang Fathul Wadud. (13/387)
Di dalam Jamius Soghir (hadis no
6840) diriwayatkan dengan ayat bermakna: “adalah hamparannya seperti yang
diletakkan untuk manusia dalam kuburnya” kata Mulla Ali Qari ini adalah jelas.
Al Allamah Munawi menghuraikan:
sesungguhnya telah diletakkan di dalam kubur baginda sehelai qatifah (selimut)
berwarna merah., dan hamparan tidurnya adalah sepertin itu juga. (Faidhul
Qadir, 6/172, Darul Fikr)
Di dalam Misykat pula
diriwayatkan dengan makna: “adalah firasy baginda, seperti yang diletakkan
dalam kuburnya.”
Kata Mulla Ali Qari: adalah
hamparan tidur Nabi hampir sama dengan yang diletakkan dalam kuburnya.
Kata Mulla Ali Qari: didalam satu
naskhah kitab Misykat, dibaca dengan masjad (bukan masjid) itu bermakna
sejadahnya atau hamparan solatnya berada di hujung kepalanya.
Kata pengarang Aunul Ma’bud:
Lafaz Abu Daud, dan pandangan pengarang Fathul Wadud (tidur mengahdap kiblat) lebih
sesuai dengan tabwib (membuat bab) oleh Abu Daud.
Kata Al Munziri, tidak diketahui
apakah perawi dari kalangan keluarga Ummu Salamah itu sahabat ataupun tidak.
Di dalam Sunan Ibni Majah, hadis no 1628, dinyatakan bahawa
diambil sehelai selimut yang Rasululah selalu mamakainya dan diletakkan di
dalam kubur bersama Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda)
Dalil ketiga:
Sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atas
baginda) ertinya: apabila kamu akan tidur maka berwudhuklah seperti wudhuk
untuk solat, kemudian berbaringlah atas rusuk kananmu..”
Sahih Al Bukhari, no (247), dan
Muslim.
Dalil Keempat.
Adalah Rasulullah (selawat dan
salam untuk baginda) apabila berada di atas hamparannya, tidur ia di atas rusuk
kanannya. (Bukhari, no 6315)
Dari keterangan di atas jelas
bahawa adab yang mempunyai dalil yang kuat ialah tidur di atas rusuk kanan
kerana ia perintah dan perbuatan Rasulullah (selawat dan salam ke atas
baginda). Adapun menghadap kiblat ketika tidur tidak ada dalil yang dikemukakan
dalam kitab-kitab yang pernah saya temui. Kalau sesiapa menemui hadis sahih
sila nyatakan sumbernya.
Apabila sabit dengan hadis sahih
bahawa baginda tidur di atas rusuk kanan, ertinya itulah adab tidur YANG
SEBENARNYA. Tetapi tidak ada riwayat yang sahih mengatakan bahwa Rasulullah
tidur menghadap kiblat. Hadis Abu Daud tersebut adalah mursal sebagaimana yang
dinyatakan oleh Al Hafiz. Hanya yang ada ialah berpegang dengan umum hadis
Tabaroni bahawa arah terbaik ialah kiblat.
Kerana telah sabit dalam hadis
sahih adab tidur ialah di atas rusuk kanan, dikumpulkan bersama hadis umum arah
kiblat, maka ada tidur yang sebenarnya ialah tidur di atas rusuk kanan dengan
menghadap kiblat.
Saya sebenanrya merasa agak
musykil untuk menentapkan adab tidur meghadap kilat kerana tidak ada hadis
sahih. Kerana tempoh Rasulullah berada di Madinah adalah sepuluh tahun, kalau
benar baginda tidur menghadap kiblat, mustahil tidak ada satu hadis sahih pun
mengenainya.
Adab yang pertama iaitu menghadap
kiblat dengan cara menjulurkan kaki dan menghadapkan muka ke arah kiblat,
adalah berlawanan dengan dalil-dalil yang dinyatakan tadi. Dalil yang sahih ialah
dengan mengiring di atas lambung kanan, maka tidur terlentang adakah berlawanan
dengannya.
ADAB TIDUR JEMAAH TABLIGH
Adab tidur yang diamalkan oleh
Jamaah Tabligh pula ialah kepala menghadap kiblat dan kaki ke timur (kalau di Malaysia).
Ertinya kaki tidak boleh dilunjurkan kearah kiblat. Adab ini adalah berdasarkan
Mazhab Hanafi yang ulama’nya menganggap tidak bersopan melunjurkan kaki kea rah
kiblat. Malah ada yang berpendapat makruh atau haram.
Tersebut di dalam kitab Raddul
Mukhtar ala Durrul Mukhtar, karya Ibnu Abidin, 2/427: (cetakan Darul Alam
Kutub, tahun 2003)
“Makruh tahrim menghadap kiblat
dengan kemaluan walaupun di dalam tandas, begitu juga membelakangkan kiblat,
menurut qaul yang lebih tepat, sebagaimana dimakruhkan orang yang telah baligh
memegang kanak-kanak menghadap kiblat ketika kencing; dan dimakruhkan juga
melunjurkan kaki dengan sengaja ke arah kiblat, ketika tidur dan selainnya,
kerana itu adab yang buruk, sebagaimana dikata oleh Mulla Nakir.”
Dalam kitab Fathul Qadir karya
Ibnu Humam 1/298:
“Mereka (ulama Hanafiyyah) berkata: dimakruhkan melunjurkan kaki ke arah
kiblat..”
Makruh tahrim ialah perkara haram
yang diambil daripada dalil zonni bukan qat’iyy. Antara dalil zonni ialah hadis
ahad. Zonni bermaksud dalil tersebut diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang
tidak sampi taraf mutawatir. Dalil qat’iyy ialah Al Quran dan hadis mutawatir,
kedua-duanya dipanggil dalil qat’iyy kerana ianya diyakini kebenarannya seratus
peratus tanpa sedikit keraguan pun.
Saya menerangkan makruh tahrim
kerana ia adalah istilah ulama Mazhab Hanafi, dan penganut mazhab lain mungkin
tidak mengetahuinya khususnya orang awam di negara ini. Perkara ini penting
kerana ada juga ustaz-ustaz yang tidak memahaminya dan berkata ia adalah makruh
yang dekat kepada haram. Malah ada juga ahli majlis fatwa yang berkata begini,
di dalam radio.
Di dalam sebahagian kitab fiqh
Syafie juga digunakan istilah ini tapi dengan takrif: ianya adalah perkara
haram yang sabit dengan dalil yang boleh ditakwilkan.
TUDUHAN ORANG YANG MEMBIDAAHKAN
ADAB TIDUR TERSEBUT
Ada penulis blog telah menghukum JT telah
melakukan bidaah kerana tidur seperti itu. Dan ia berkata adab tidur yang
sebenarnya ialah seperti yang dinyatakan oleh Imam al Ghazzali dalam Ihya
Ulumiddin, Syaikh Nawawi Banteni dalam Maraqil Ubudiyah dan Syaikh Abdus Somad al
Palimbani dan Sairus Salikin, sebagaiman yang sanya nyatakan tadi.
Setahu saya kitab Maraqi dan
Sairus Salikin hanya menukil daripada Ihya. Ertinya adab tidur seperti ini
adalah fatwa Imam Al Ghzzali. Kata penulis blog tersebut:
…Di sini, dapatlah difahami
bahawa Adab Tidur yang sebenar ialah muka kita, dada kita dan kedua tapak kaki
kita mestilah menghadap ke arah Qiblat.
(dipetik daripada blog tersebut)
http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/taubat-si-jemaah-tabligh-1-adab-tidur.html
Kenyataan penulis blog yang
mengatakan bahawa itulah adab tidur yang sebenar menimbulkan isykal, kerana
ukuran kebenaran ialah dalil, sedangkan Imam al Ghazzali tidak menyebutkan satu dalil pun bagi adab tidur
tersebut.
Isykal yang saya sebutkan ialah
keadaan tidur yang dianggap menghadap kiblat sedangkang menghadap (istiqbal)
hanya akan berlaku dengan dada dan muka. Sedangkan pada masa tidur terlentang
dada menghadap ke atas, dan muka juga akan menghadap ke atas, kecuali jika
menggunakan bantal yang agak tinggi barulah mukanya akan menghadap ke hadapan
(atau kiblat).
Penulis lain pula berkata:
“Di antara sunnah-sunnah tidur, hendaknya
seseorang itu menghadap kiblat dalam tidurnya. (Shahih al Bukhari hadits (247
dan 1117), HR. Abu Dawud ( 5045), At Tirmidzi (3395), Ibnu Majah ( 3877) dan
Ibnu Hibban ( 2350))”
Saya telah melihat kesemua hadis yang dinyatakan
tapi sayangnya tidak ada satu pun hadis yang tersebut nombor itu menunjukkan
bahawa Rasulullah tidur menghadap kiblat, yang sahih ialah baginda tidur di
atas rusuk kanan. Dan ini memang jelas dari hadis-hadis tersebut. Tapi
menghadap ke mana tidak dinyatakan sama sekali.
Hadis Bukhari 247:
Sabda Rasulullah (selawat dan salam ke atas
baginda) ertinya: apabila kamu akan tidur maka berwudhuklah seperti wudhuk
untuk solat, kemudian berbaringlah atas rusuk kananmu..”
Tidak ada kena mengena dengan menghadap kiblat.
Hadis Bukhari, no 1117:
Dari Imran bin Husain, dia berkata, saya terkena
sakit buasir, maka saya bertanya Rasulullah mengenai cara solat bersamanya.
Jawab baginda: “solatlah berdiri, jika tak mampu, dalam keadaan duduk, jika tak
mampu berbaringlah atas rusuk (lambung).
Hadis ini
tidak ada kena mengena dengan
adab tidur.
Dalam hadis ini juga tidak dinyatakan atas rusuk
kiri atau kanan. Cuma hadis ini dijelaskan oleh hadis Tabroni yang bernaksud:
di atas rusuk kanan, menghadap kiblat dengan mukanya. (Fathul Bari, 2/685,)
Hadis Abu Daud (5045), At Tirmizi, (3395), dan
Ibnu majah (3877) adalah sama dengan hadis Bukhari di atas)
Hadis Ibnu Hibban pula saya tak menemuinya dengan
nombor seoperti di atas, barangkali sama dengan yang dalam kitab yang ada pada
saya ialah 5522, jilid 12/ ms 330, dengan maksud:
“adalah Rasulullah (selawat dan salam ke atasa
bginda selama-lamanya) apabila ia mengambil hamparan tidurnya, ia meletakkan
tangan kanannya di bawah pipi kanannya..”
BIDAAHKAH CARA TIDUR JEMAAH
TABLIGH
Ramai pembaca yang taqlid buta
dengan penulis blog yang membidaahkan adab tidur ini. Dan seperti biasa ia
dijadikan senjata untuk memaki hamun orang-rang yang tidak bersalah ini. Merek menuduh
JT tidak mempunyai dalil dan berhujah dengan air liur sahaja, tapi sebebenarnya
merekalah yang berhujah dengan air liur. Malah air liur basi rupanya.
APAKAH BIDAAH?
Bidaah secara ringkasnya ialah
ibadat yang direka-reka yang tidak mempunyai dalil. Ia dilakukan atas maksud
mendapat pahala.
Dengan takrif ini, menghukum JT
melakukan bidaah dengan adab tidur tersebut adalah amat tidak adil. Kerana ada
tidur tersebut dilakukan atas fatwa ulama yang menganggap tidak beradab
menghulurkan kai ke arah kiblat. Dan fatwa ini masih mempunya dalil, antaranya
ialah ayat al Quran:
“Begitulah, dan sesiapa yang
membesarkan tanda-tanda (sya’air) kebesaran Allah maka itu adalah dari
ketaqwaan di dalam hati.” Hajj 32.
Dia dalam tafsir Qurtubi, 14/388,
dinyatakan maksud sya’air ialah segala tanda-tanda agama Allah lebih-lebih lagi
yang berkaitan dengan ibadat haji. (cetakan Muassasah Risalah, 2006)
Jadi sekiranya orang Tabligh
tidak mahu melunjurkan kaki kerana menghormati Kaabah maka mereka telah
melakukan sesuatu yang mempunyai asas dalam al Quran, oleh itu ia bukan bidaah.
Hadis:
Sabda Rasulullah kepada Wabisah:
“mintalah fatwa kepada hatimu, kebaikan itu adalah perkara yang jiwa merasa lapang,
dan hati merasa tenang, dosa pula ialah perkara yang gelisah di dalam hati dan
dada, meskipun orang ramai telah berfatwa kepada kamu.”
Riyadussaolihin 202 (Riawayat
Ahmad dan Darimi)
Jadi apabila hati merasa gelisah
kerana melunjurkan kaki ke arah kiblat maka
wajar ditinggalkan, ditakuti ia membawa dosa.
Dalil seterusnya ialah hadis Tabaroni
di atas yang disebut tadi:
“Setiap sesuatu mempunyai
ketuanya, dan ketua majlis-majlis ialah
yang dihadap ke kiblat.”
Apabila disebut arah yang paling
mulia, maka sudah pasti tidak bersopan melunjurkan kaki ke arahnya.
Jadi sekurang-kurangnya amalan JT
tersebut masih ada dalilnya, oleh kerana itu ia bukanlah bidaah dolalalah
sebagaimana yang dituduh oleh orang ramai kepada mereka kerana berdasarkan
tulisan/blog dengan hujah yang sangat lemah itu.
Berbalik kepada adab tidur yang
bentangkan oleh penulis blog tadi, maka dakwaannya bahawa itulah adab yang
benar juga tidak boleh diterima sepenuhnya kerana ia tidak berdasarkan dalil
yang sahih dan sarih. Sekurang-kurang ia boleh diterima kerana itu adalah fatwa
daripada Imam Ghazzali kerana melihat kepada taraf ilmunya yang tinggi. Tapi
dari segi dalil, ia masih ada sedikit masalah. Kerana yang sabit dari satu
hadis sahih ialah Rasulullah tidur dia atas rusuk kanan, dan dari umum hadis
hasan yang lain ialah menghadap kiblat.
Manakala tidur terlentang dengan
kaki ke arah kiblat tidak mempunyai dalil.
Kesimpulannya adab tidur yang
mengikut sunnah ialah yang tidur mengiring di atas rusuk kanan, dan berdasarkan
umum hadis, menghadap kiblat. Sedangkan yang dengan terlentang dan melunjurkan
kaki ke arah kiblat tidak mempunyai dalil, juga tidak dipanggil menghadap
sepenuhnya.
Dalam keadaan melunjurkan kaki
kearah kiblat berlawanan dengan adab menghormatinya sebagaimana padangan Mazhab
Hanafiyah, sedangkan ia tidak mempunyai dalil yang jelas, maka tidak salah
kalau mereka tidur menghadapkan kepala ke kiblat.
Mungkin timbul soalan kalau
begitu kenapa mereka tidak tidur di atas rusuk kanan menghadap kiblat sedang ia
mempunyai dalil umum tersebut dari riwayat Tabaroni?
Jawapan:
Sebenarnya memang ada orang JT
yang tidur begitu. Tapi apabila di dalam perhimpunan besar yang dihadiri ramai orang
adab tidur begini tidak dapat dilakukan kerana perlukan ruang di dalam saf
untuk solat thajjud, membaca al Quran, berzikir dan sebagainya. Kerana biasanya
mereka akan solat tahajjud di atas hamparan tidur masing-masing jadi. Apabila
hamparan dihampar melintang kerana tidur
mengiring ke arah kiblat, ia perlu lagi
diubah ke arah kiblat ketika solat, ini akan menimbuakan kesulitan. Jadi adab
yang diamalkan ketika ini ialah kepala ke arah kiblat dan mengiring di atas
rusuk kanan.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Haram kepada orang awam bercakap
mengenai hukum hakam jika tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. Amat salah jika
menemui apa-apa kenyataan /statement di mana-aman sahaja, kemudian dijadikan
hujjah tanpa mengetahui asalnya.
Pada masa ini orang-orang jahil
merasa cukup berilmu dan faham hukum hakam walaupun baru membaca 2-3 buah buku
agama, malah sampai mempertikaikan fatwa mufti dan ulama yang mempunyai dalil
dan alasan yang baik, lebih-lebih lagi kalau ia berlawanan dengan nafsu dan
kecenderungannya.
Pembaca blog akan share sesuka
hati apa sahaja isi blog, kemudian berhujah dan menyesat dan membidaahkan orang
lain.
Kepada penulis blog, silat buat
rujukan tepat sebelum menyiarkan mana-mana hadis atau ayat Al Quran, supaya
tida berlaku penipuan tanpa sengaja. Setiap rujukan perlu kepada nama buku dan
nombor halaman. Kata ulama: sanad ialah sebahagian daripada agama, tanpa sanad
orang akan berkata apa saja yang ia mahu. Dengan merujuk kepada kitab,
sekurang-kurangnya orang lain boleh menilai kebenaran isi yang disampaikan.
Kepada sesiapa yang mempunyai apa
saja dalil tambahan berkenaan dengan adab tidur, sila nyatakan di dalam komen
tuan-tuan, dan jika ada kesalahan dalam artikel ini sila betulkan.
Allah lebih mengetahui perkara
sebenar.
Tahniaah Ustaz, Jawapan yang ditunggu selama ini....
BalasPadamterima kasih atas penjelasan.cuma isu yang di bangkitkan oleh sdr jamaluddin ialah para pengikut tabligh menganggap tidur kaki mengadap kiblat itu satu dosa.sedangkan para ulama hanya memakruhkan sahaja seperti tulisan tuan blog.
Padamharap tuan blog dapat faham dasar isu itu dibangkitkan
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamJawap untuk' tanpa nama'. Adakah anda berkata dengan dalil yg benar atau dari hati yg hasad? Sudah lama saya bergaul dengan orang tabligh,( abang saya orang tabligh ) tapi tidak pernah pun saya dengar dia (mereka ) dakwa , melunjur kaki hadap kiblat itu haram...yang mereka kata ," sebagai adab, tak baik"..Ini perkara biasa dalam percakapan org awam etahu saya org tabligh sungguh bersungguh dalam menghidupkan sunnah amali Nabi SAW, bukan sekadar bidaahkan oang dgn bertopingkan 'hadith shohih' .Harap suluh hati bila nak berbicara ..Agama ini haq Allah, jangan berlebih lebih menyalahkan orang.Belajar lah tasauf sikit. Mudah mudah di beri hidayah.Tentang hal dakwah & tabligh, ikuti dan keluarlah 4 bulan.Orang sibuk nak buat baik, awak sibuk nak salahkan orang. Sekurang kurangnya, pastikan awak itu bila mati dapat husnul khatimah. Sheikh Maulana Zakaria yg tulis buku tabligh itu, setidak tidaknya, kubur nya berada di Kubur Baqi' berdekatan dengan kubur ahli Bait Rasulullah. Awak macam mana agaknya??
Padamsaya dah faham perkara ini. sebenarnya kalau melihat kepada kitab2 Hanafi memang ada ulama yang menganggap haram. sila rujuk sendiri kitab2 tg telah saya sebutkan.
Padamsaya ada singgah ke blog Saudara Jamaluddin Abu Bakar.Blognya tak dikemaskini semenjak 2011 dan dia la kerja kat pelantaq minyak. Bukan apa, nak tanya juga dari laman mana dia copy.Sungguh sedih tengok orang suka dok copy & paste dan sebar fitnah serta tidak beradab dengan ulama
BalasPadamKESESATAN ADAB TIDUR JEMAAH TABLIGH telah pun kami BALAS di dalam WEBSITE di bawah :
BalasPadamhttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=19403937&highlight=adab+tidur#post19403937
.....
Sila BERHATI-HATI dengan KESESATAN AQIDAH yang dibawa oleh JEMAAH TABLIGH !!!
Anta tak sebut satu pun hadis yg meriwayatkan adab tidur yg disebut oleh Imam Ghazaali. Siapa riwayat, lepas tu hukum orang lain sesat. Perkara khilaf boleh sesat ke? Menentang ijma baru sesat. Perkataan anta tak sepatutnya terbit dari orang yang berilmu, lenih banyak bmenuduh. Bila masa ana dakwa benar berilmu??
PadamTepat sekali..
BalasPadamAmalan JT memang ada dalil....malah ikut saja...susah ka?
Cara tidur yang biasa diamal oleh jemaah Tabligh ketika beriktikaf di masjid adalah KEPALA MENJUNJUNG ARAH QIBLAT,.. ini bukan dinamakan membelakangkan kiblat seperti tuduhan Facebooker seperti Senjata Ampuh dan Firdaus Mazlan.
BalasPadamSebenarnya cara baring itu memperlihatkan badan, punggung, betis dan tumit jemaah Tabligh membelakang lantai tempat berbaring,.. bukannya mereka membelakangkan kiblat.
Kepala mereka MENJUNJUNG KIBLAT lagi!!!
Cara tidur begini amat sesuai jika ahli jemaah ramai beriktikaf. Banyak ruang dapat diguna sama secara tersesusun mengikut saf-saf solat.
Tuduhan mengatakan bagun tidur akan membelakang kiblat ,.. itu memang benar,... tetapi adakah ianya salah atau berdosa?
Sedangkang dlm kuliah di masjid, berjam-jam tok guru ngajar agama duduk membelakangkan kiblat, manakala murid atau penuntut duduk menghadap kiblat.
Harap Senjata Ampuh, Firdaus Mazlan dan gang-gangnya bertaubatlah
Nampak masing2 mahu menegakkan kesimpulan tersendiri dan masing2 juga punya sandaran yg mereka yakini sebagai sahih, Bagi saya ini sudah menunjukkan bahawa apapun sandaran yg diambil adalah sentiasa bertentangan ataupun bergantung di atas pemahaman masing2 juga. Justeru itu tidak adalah sesiapapun berhak menyalahkan yang lain kerana ianya hanyalah semata2 pendapat dan pemahaman sahaja. Olih itu saya akan gunakan akal saya sendiri yg berasaskan saintifik dan kenyataan. Apapun posisi badan semasa tidur atau tidak jika berlarutan tanpa bergerak2 hanya akan mengakibatkan "strain" dan sakit2 otot dan tulang. Gunakan akal yang Allah kurniakan. Berbaringkah dengan apapun posisi selagi ianya tidak memudaratkan dan ubahlah posisi apabila mula merasa sengal.
BalasPadamJEMAAH TABLIGH kata semasa Adab Tidur, "SUNNAH TIDUR MENGADAP KIBLAT !!!"
BalasPadamKalaulah Jemaah Tabligh ajar bahawa, "Tidur mengadap Kiblat itu ialah KEPALA DIARAH SEBELAH KIBLAT DAN KAKI MENGHADAP LAWAN KIBLAT."
Ini SALAH.
Itu namanya TIDAK MENGADAP KIBLAT.
.....
Kesimpulannya, JEMAAH TABLIGH TIDUR TIDAK MENGADAP KIBLAT.
Takkanlah boleh tak nampak, Jemaah Tabligh TIDUR TAK MENGADAP KIBLAT.
Kalau namanya nak pertahankan KESALAHAN, itu namanya TAKABBUR. Menafikan KEBENARAN walaupun sudah tahu yang BETUL.