Isnin, 22 Februari 2010

KHASIAT KANGKUNG

Kangkung dapat untuk meneutralkan racun yang diakibatkan oleh makanan seperti kes-kes makanan yang basi. Caranya cukup mudah, kangkung dibersihkan terlebih dahulu dan kemudian dipotong kecil untuk dikisar. Minum air kisaran kangkung tadi dengan perlahan-lahan sebanyak segelas ataupun dua gelas mengikut keperluan.

Tulisan ini diambil daripada blog 1001 cures.

Berdasarkan pegalaman penulis kangkung juga boleh diramas dan diletakkan di perut orang yang sedang mengalami cirit birit, insya ALLAH akan kurang/sembuh ciritnya. Ini adalah amalan ibu penulis yang melakukannya setiap kali akan memulakan perjalanan yang agak jauh. Hasilnya amat baik; perut tidak meragam dan tidak perlu berhenti di mana-mana pun untuk melepas.

Bukan sahaja ketika cirit birit malah kalau perut berangin pun boleh juga ditempek kangkung di perut.

Seorang kawan saya memberitahu bahawa beliau merasa pening kepala setelah meracun lalang, ada temannya mengesyorkannya blender kangkung dan diminum airnya, maka kesannya ia tidak lagi tearsa kesan racun tersebut.

Selamat mencuba, ni kira saintifik ni sebab hasilnya adalah sama setiap kali tempek kangkung kat perut. Kalau bakar mercun nak halau hantu saintifikka? Kalau tak nampak hantu lari, saitifik apanya. Yang lari ialah orang sebelah rumah tak boleh tidur sebab mercun berdentum sampai pukul satu pagi. Nak main mercun pun fikirlah jiran sebelah rumah nak tidor. Akai adaka. Polis pun tidoq juga, tak wat pa tindakan pun. Dua-dua tak dak akai.

Sabtu, 20 Februari 2010

USTAZ MADRASAH

Imam Al Ghazzali menulis: tugas orang yang memberi zakat alah mereka hendaklah mengkhususkan zakat itu kepada orang yang bertaqwa dan ahli ilmu, kerana itu akan membantu mereka mengembangkan ilmu. Ilmu adalah ibadat yang paling afdal apabila disertai niat yang ikhlas.

Ibnu Al Mubarak pernah mengkhususkan pemberiannya kepada para ahli ilmu (ulama), ada orang berkata kepadanya: kalau kamu umumkan pemberian kepada semua orang tentu lebih baik. Dia berkata: aku tidak mengetahui selepas pangkat kenabian kedudukan yang lebih baik daripada kedudukan ulama. Bila mereka sibuk dengan urusan mencari keperluan hidup mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada ilmu dan pelajaran, sebab itulah membantu mereka untuk menumpukan kepada ilmu adalah yang paling baik. (Mauizatul Mu’minin, 33)

Beginilah keadaan umat dahulu yang faham kepentingan ilmu. Umat sekarang pula membenci ulama kerana menganggap ulama hanya ingin mengikis duit mereka. Bukan sahaja tidak minat belajar agama tetapi membenci ulama pula. Mereka menganggap ulama perlu bersifat zuhud dan perlu hidup dalam kemiskinan. Itulah pandangan sesat mereka yang berlawan dengan pemikiran ulama sepereti Ibnu Al Mubarak dan Imam Al Ghazzali.

Orang ramai hanya melihat kelemahan dan kekurangan ulama dan para ustaz sedangkan mererka tidak pernah bertanyakan masalah dan keperluan ustaz-ustaz. Kepada orang-orang Tabligh apabila ada ustaz yang tidak keluar 40 hari atau 4 bulan maka bermacam-macam suara sumbang yang akan berbunyi padahal mereka tidak pernah bertanya apakah halangan dan masalah yang tidak membenarkannya keluar.

Ada madrasah yang memberikan gaji kepada para pengajarnya (para ustaz) hanya sebanyak RM 700 sebulan. Walaupun makan, minum dan sewa rumah mereka dibiayai oleh madrasah namun itu tidak mencukupi untuk kehdupan sosial mereka.

Ramai ustaz-ustaz yang ada ibu bapa yang masih hidup, kerana mereka perlu membayar ansuran kereta lebih kurang RM 300 sebulan maka mereka hanya mampu memberi sumbangan kepada ibu bapa mereka yang telah tua hanya sebanyak RM 50. sahaja. Jika disumbang melebihinya akan sumbanglah perbelanjaan ustaz berkenaan untuk bulan itu.

Apabila mereka, isteri atau anak mereka sakit maka kian kempislah poket mereka. Apabila ada kaum kerabat buat kenduri kendara maka si ustaz ni tidak akan mampu memberi apa-apa kepada mereka. Rumah kakak buat kenduri takkan nak bagi sepuluh ringgit kot. Paling kurang RM 50, tapi kalau bagi juga maka terpaksa berhutangla bulan itu. Kerana memang pendapatannya hanya cukup-cukup sahaja.

Apabila isteri bersalin maka si ustaz ni akan pening kepala memikirkan kepada siapa dia nak berhutang lagi bulan tu untuk bayaran hospital dan lain-lain. Kemudian duit nak buat aqiqah anak pun tak ada, nasib baik ibu yang di kampung masih ada baki simpanan dapat juga ia menyumbang kepada aqiqah cucunya.

Pihak pentadbiran madarasah inginkan komitmen 100 % daripada ustaz, maka mereka terpaksa tunggu madrasah siang dan malam. Nak buat kerja lain pun tak boleh lagi. Nak jual, karpet lagi tak sempat. Tapi pihak pentadbir tidak komited nak naikkan gaji. Kitab pula langsung tak boleh beli sebab gaji tak cukup, tapi kena mengajar kitab besar-besar. Kalau nak mengajar kitab fiqh Al Mahalli, kena study kitab-kitab lain yang besar juga baru betul-betul ada kemampuan nak hurai sebaik-baiknya. Tapi kalau duit tak cukup terpaksa harap ehsan madrasah beli kitab-kitab lain.

Kalau disyorkan buat kutipan derma maka pihak pentadbir akan bantah kerana itu tidak sunnah, tapi apakah sunnah membiarkan para ustaz hidup dalam kesempitan hidup dan dianggap kedekut oleh kaum kerabat kerana amat jarang menghulur kepada mereka sepuluh dua RM. Adakah Ibnu Al Mubarak itu tidak ikut sunnah? Nak iklan kat markaz tabligh untuk sumbangan kepada madrasah, sampai mati pun syura tak bagi.

Ada ustaz yang berhutang dengan madrasah tapi dah lebih dari lima tahun tak mampu bayar kerana memang tak cukup duit nak menyelesaikannya. Nak kahwin kena hutang, naka bayar muka kereta kena berhutang. Hutang saja.

Kalau tuan-tuan para pembaca dan faham maksud Imam Ibnu Mubarak dan Imam Al Ghazzali, tuan-tuan bolehlah beri sumbangan kepada satu-satunya madrasah yang mangajar kitab Misykatul Masabih (6 ribu hadis) sampai khatam selama dua tahun sahaja di Pulau Pinang pada masa sekarang dan insya ALLAH satu-satunya yang akan mengajarkan kitab Sunan Sittah (Sahih al Bukhari, Muslim Tirmizi, Sunan Abi Daud, Nasaie dan Ibnu Majah) serta kitab al Muwatta Imam Malik pada tahun 2011.

عرض فرصة الإنفاق المالى

إن هيئة إدارة المدرسة تفتح أمام السادة والسادات المحسنين فرصة المشاركة في إنفاق المال لبناء بيت الطلبة والمصلى وبيوت الضيوف في هذه المدرسة. ويرجى لمن يرغب في هذا المشروع الخيري إرسال ما تيسر من النقود إلى رقم حساب المصرف التالى :
BSN: 07100-41-00005928-6)

Madrasah tersebut ialah Madrasah Tahfiz Al Quran Penanti. Nama pendaftarannya ialah Pusat Pengajian Al Quran MTT. Nombor akaunnya BSN: 07100-41-00005928-6

Selasa, 16 Februari 2010

SAINTIFIKKAH PEMIKIRAN KITA

Siapakah orang yang paling bijak? Orang yang paling bijak ialah seorang yang percaya dan bertindak hanya berdasarkan bukti kukuh. Bukti kukuh adalah apa yang dilihat sendiri, ataupun apa yang berdasarkan keputusan saintifik. Saintifik ialah hasil keputusan sesuatu perkara yang dadapati secara berulang-ulang.

Salah satu bukti yang paling kuat ialah riwayat mutawatir iaitu sesuatu berita yang diketahui oleh ramai manusia (sekurang-kurangnya 10 orang) pada masa ia berlaku dan orang yang membawa berita itu juga adalah seramai mereka dan dibawa kepada orang yang lain dengan jumlah yang sama, sehingga sampai berita itu kepada orang yang terakhir.

Apabila semua manusia yang meceritakan perkara itu dalam jumlah yang ramai dan tidak ada perbezaan fakta maka itu menunjukkan perkara itu memang pasti betul dan mustahil tidak benar

Pada tahun 2010, ketika zaman semakin maju dan ilmu sains semakin menuju peringkat tertinggi kepercayaan yang tidak berdasarkan bukti kukuh adalah amat janggal.

Dakwaan bahawa pada tahun 2010 tidak boleh dilakukan upacara perkahwinan dan terpaksa menunggu sehingga tahun 2011 kerana tahun ini tidak sesuai, suami akan mati awal, dan anak yang dilahirkan amat agresif, apakah ini mempunyai bukti saintifik? Apakah kepercayaan ini diasaskan oleh bukti kukuh ataupun hanya khayalan semata-mata?

Rambut tidak boleh dipotong pada bulan pertama tahun ini kerana ditakuti akan menyebabkan umur tidak panjang. Dan sesuatu binatang yang namanya dijadikan sebagai nama tahun akan memberikan kesan kepada kehidupan. Apakah ini semua mempunyai bukti saitifik atau hanya sekadar khayalan sahaja?

Melukiskan tatu di badan dan mempercayainya akan memberikan perlindungan, kekayaan, keberanian, keyakinan diri dan kegembiraan. Limau yang masih mempunyai daun terlekat padanya membawa maksud hubungan seseorang dengan yang lain akan erat terjalin. Manakala bagi yang baru berkahwin pula, ini melambangkan hubungan perkahwinan yang terjalin akan mekar sehingga mendapat anak yang ramai. Limau adalah lambang kepada kegembiraan..

Pada hari tahun baru, dilarang sama sekali mencuci rambut, kerana perlakuan ini akan mengakibatkan orang tersebut mambasuh pergi segala nasib baik untuk tahun baru itu. Pakaian merah digalakkan untuk dipakai. Merah dianggap warna cerah dan terang, yang memungkinkan pemakainya memperolehi masa depan yang terang. Dipercayai bahawa, cara pemakaian pada tahun baru menentukan nasib seseorang itu pada tahun tersebut. Kanak-kanak, saudara-mara rapat dan orang yang belum berkahwin diberi wang untuk masa depan yang cerah

Adakah kepercayaan ini mempunyai bukti kukuh yang kita boleh berpegang dengannnya? Apakah sumber dan asas untuk mempercayai perkara yang tidak boleh dilihat seperti itu? Apakah hanya berpegang kepada kata-kata orang-orang tua dan tukang tilik sahaja. Tukang tilik tentu saja mendapat habuan lumayan sedangkan perkara yang dia tilikkan tidak punya sedikitpun bukti kebenarannya.

Tulisan ini bukan untuk menghina atau memperkecilkan kepercayaan mana-mana kaum di negara ini. Sebaliknya hanya mengajak semua manusia berfikir lebih saintifik terhadap urusan kehidupan seharian.


Kerana sekiranya kita berpegang kepada sesuatu kepercayaan sedangkan ia tidak benar maka itu hanyalah menjadi punca kepada kerugian dan kemunduran manusia sendiri.

Kepercayaan yang melahirkan kebimbangan tidak akan mengubah keadaan sebenarnya. Ia hanya akan mempengaruhi tindakan kita pada hari ini. Sebagaimana ketidakpercayaan kita terhadap sesuatu perkara yang telah ada tidak akan menyebabkannya menjadi tidak wujud. Sebaliknya percaya kepada seuatu perkara yang telah ada akan mendorong kita bertindak dan akan mendapat hasil sebenarnya dari segala kebimbangan kita.

Sebagaimana seorang yang tidak pergi mencari ikan kerana mendengar khabar angin bahawa di sungai berkenaan ada buaya. Dia akan rugi sekiranya perkara tersebut tidak benar dan buaya tidak pernah ada di sungai itu.

Sama juga dengan keadaan orang yang tidak mahu percaya khabar dari ramai orang yang mengatakan adanya buaya di sungai berkenaan. Dia akan rugi kerana sudah tentu dia akan diserang buaya tersebut.

Orang yang tidak akan rugi ialah mereka yang menyelidiki segala khabar angin dan tidak hanya berpegang dengan kata-kata seseorang sahaja dan memprrcayai kata-kata orang ramai yang bilangan mereka tidak memungkinkan mereka menipu.

Ini cadangan sahaja. Lu fikirlah sendiri.

Isnin, 15 Februari 2010

KEZALIMAN PEMERINTAH DAN DOSA RAKYAT

BAGAIMANA NAK TUKAR PEMERINTAH?

Jawapan yang akan diberikan oleh para pejuang demokrasi ialah: kita kena kempen supaya rakyat akan sedar kezaliman dan kecurangan BN maka pada pilihanraya akan datang kerajaan zalim itu akan tumbang. Yang lebih islamik akan menjawab kita buat bacaan Yasin dan solat hajat supaya ditumbangkan kerajaan sekarang.

Jawapan tersebut tidak salah kerana begitulah yang kita perlu lakukan untuk menumbangkan kerajaan yang tidak jujur yang mana para pemimpiun hanya mementingkann kepentingan diri melebihi agama dan rakyat. Tapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjatuhkan mereka.

Kita mahu sebuah kerajaan yang mengutamakan perintah Allah dari segala-galanya. Buka hanya sekadar mengaku dan mencanangkan: kami juga memperjuangkan Islam. Islam wajib diperjuangkan oleh umatnya samada pemerintah ataupun rakyat, sebagaimana kewajipan mencegah mungkar wajib dilakukan oleh kerajaan dan rakyat. Kuasa pemerintah adalah melebihi kuasa rakyat, sebab itu kewajipan ke atas pemerintah adalah lebih berat. Para menteri tidak berfikir semua ini mereka hanya ingin jadi menteri supaya dapat kumpul harta sebanyak yang mungkin. Mereka buat Islam sekerat jalan kemudian menganjurkan mungkar, dan mungkar yang ada pun tidak dihapuskan oleh kerajaan yang disokong oleh para manusia yang tidak berapa minat nak amal agama.

Antara kemungkaran yang menjadi punca kepada bertambahnya perbuatan zina sekarang ialah kerajaan tidak menyekat laman web lucah walaupun mereka ada kuasa dan upaya melakukannya. Mereka tidak pernah bercadang menyekatnya dan kalau ada yang mencadangkan jawapanya yang diberikan hanyalah menunjukkkan betapa jahilnya para menteri kita terhadap agama. Kalau ada yang menulis blog ‘menghina’ mana-mana tuanku maka ia akan dihukum, tetapi kenapa web lucah tidak disekat sebagaima yang telah dilakukan oleh negara-negara Islam yang lain?

Para menteri yang jahil seperti ini memang perlu direbahkan dan diusir daripada menjawat jawatan yang menjadi rebutan orang yang tamak itu. Tapi apakah caranya yang telah ditetapkan oleh syariat, ataupun dengan makna lain yang dinyatakan dalam Al Quran dan Sunnah?

Di sini akan dibawakan ayat-ayat al Quran, Hadis dan pendapat ulama yang boleh dijadikan rujukan.

Mula-mula akan dinyatakan sebab-sebab lahirnya pemimpin yang zalim kemudian akan diketahuilah cara mengalau mereka.

ALLAH taala berfirman, maksudnya: “dan apa yang mengenai kamu daripada musibah adalah kerana usaha dosa oleh tangan kamu” (Syura ayat 30)
Ayat ini menjelaskan bahawa perbuatan dosa adalah punca kepada segala kesusahan, bala bencana, wabak penyakit dan lain-lain. Kalau kita menganggap bahawa kezaliman pemerintah adalah satu bencana maka itu adalah kerana dosa yang dilakukan oleh rakyat.

Allah taala berfirman di dalam surah Al An’am, ayat 129, maksudnya: “dan seperti itulah kami jadikan orang zalim memerintah orang yang zalim kerana dosa yang mereka lakukan.”

Abu Syaikh meriwayatkan daripada Mansur bin Abu Aswad, ia berkata, aku bertanyakan Al A’masy mengenai maksud ayat ini, Al A’masy berkata: apabila manusia telah rosak akan dijadikan orang-orang yang jahat dari kalangan mereka sebagai pemerintah mereka (dipetik dari kitab Ad Durrul Manthur, Suyuti, jilid 6, ms 203)

Al Hakim meriwatkan dalam kitab Tarikh dan Al Baihaqi di dalam kitab Shuabul Iman, bahawa Nabi, selawat dan salam ke atas baginda, telah bersabda, ertinya: “sebagaimana keadaan kamu seperti itulah diletakkan pemerintah kamu” (ibid)

Al Baihaqi meriwayatkan bahawa Al Hasan berkata: Bani Israil telah bertanya Nabi Musa alaihissalam: apakah tanda keredhaan-Nya kepada kami dan apakah tanda kemurkaan-Nya kepada kami? Allah berfirman: beritahu mereka bahawa kemurkaan-Ku ialah apabila aku gunakan orang-orang yang baik memimpin mereka, dan kemurkaan-Ku ialah aku jadikan orang-orang yang jahat memerintah mereka.” (204)

Sabda Nabi Muhamad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: “wahai kaum Ansar, lima perkara jika berlaku dan ditimpakan ke atas kamu, aku berlindung dengan Allah daripada ia mengenai kamu; tidaklah nyata kekejian di dalam satu kaum sehingga mereka dilaknat melainkan akan meratalah kebuluran di dalam masyarakat mereka yang tidak pernah berlaku sebelum ini; tidaklah mereka mengurangkan (menipu) sukatan dan timbangan melainkan mereka akan ditimpa kemarau, susah perbelanjaan dan kezaliman sultan…” (dipetik dari kitab Az Zawajir, Syeikh Ibnu hajar Al Haitami, j 1, ms 282)


Berkata Abu Darda, semoga Allah redha kepadanya, ertinya: “kamu mestilah menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada kemungkaran, kalau tidak Allah akan bangkitkan seorang raja yang zalim memerintah kamu. Dia tidak akan menghormati orang-orang tua kamu dan tidak akan belas kasihan kepada orang-orang muda kamu. Pada masa itu doa orang yang soleh dari kalangan kamu tidak akan diterima. Kamu memohon bantuan tetapi tidak dibantu, kamu meminta keampunan tapi tidak akan diampunkan.” (Fadhilat tabligh, Maulana Muhammad Zakariyya, 20)


Jika orang-orang PAS dan Keadilan menyatakan bahawa kerajaan sekarang ZALIM, maka puncanya telah diketahui, tidak lain dan tidak bukan (cakap macam stail orang Umno dulu-dulu) ialah KERANA MAKSIAT YANG DILAKUKAN OLEH RAKYAT.

Kalau dulu-dulu pemimpin Umno mengutamakan rakyat maka itu adalah kerana rakyat Malaysia memang baik-baik masa tu. Semua orang-orang yang berumur 40-60 tahun sedar perkara ini. Maksiat memang sanghat kurang.

Dan sekarang jika kerajaan BN dituduh melakukan kezaliman dan membolot kekayaan, ini adalah kerana rakyat Malaysia semakin banyak buat maksiat. Maksiat yang sangat jarang berlaku pada 20-30 tahun lepas menjadi amat banyak sekarang.. Zina amat jarang berlaku dahulu. Sekarang kerja buang anak jadi mainan. Anak itu tentulah anak zina. Saya pernah terbaca majalah Jakim beberapa tahun lepas menyatakan bahawa jumlah anak zina yang berdaftar telah melebihi 50 ribu orang. Laporan Harakah Daily dan Hizbut Tahrir pada Februari 2009, jumlah anak zina dah mencecah 257, 411 orang di Malaysia

Sila pembaca (khasnya ahli-ahli PAS dan Keadilan yang muslim dan seluruh umat Islam) lihat kata-kata Abu Darda di atas, beliau memberikan ubat yang terbaik untuk kita menghalau penyakit masyarakat, yang mana ia akan berhasil merebahkan pemimpin yang zalim. Rawatan penyakit tersebut ialah melakukan dakwah: menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

Ini amat mudah difahami. Apabila kita melakukan dakwah maka orang yang kita dakwahkan akan mendapat kesedaran (Insya Allah) dan akan meninggalkan maksiat zina dan lain-lain. Apabila mereka tidak melakukan maksiat maka Allah akan menukar pemimpin daripada yang jahat kepada yang baik.

Di dalam sistem demokrasi, rakyat adalah pemilih pemimpin, apabila semua rakyat atau majoriti mereka ada kesedaran agama yang sebenarnya (bukan kesedaran tahap UMNO) maka ahli dan penyokong PAS akan menjadi semakin ramai. Apabila ahli dan penyokong PAS semakin ramai sudah tentulah PAS akan menang pilihanraya umum.

Ini terlalu mudah difahami. Tetapi sayangnya PAS kurang berminat melakukan dakwah secara menyeluruh. Sebaliknya yang sibuk buat dakwah siang dan malam ialah orang Tabligh. Bila ada budak muda yang baru ikut Tabligh dan berjinak-jinak dengan masjid, PAS akan hampiri budak ini dan memperlekehkan Tabligh, budak itu kemudiannya sertai program usrah PAS dan lain-lain. Tetapi disebabkan usrah Pas tidak ada fadhail maka budak itupu hilang semangat. Bila budak ni dah tak pergi ke masjid dan mula pakai seluar pendek balik, PAS pun tinggalakn dia. Ini yang pernah berlaku di Gerik. Bukan seorang tapi saya denga ada tiga orang yang jadi macam ni.

Apabila Pas biarkan budak tersebut dan mereka yang sepertinya sesat balik maka mereka akan kembali ke pangkuan UMNO dan tidak akan mengundi PAS.

Budak yang kedua abangnya seorang ahli PAS, sebelum ikut tabligh dia memang dok merapu saja, selepas dia ikut tabligh dan mula suka pergi ke masjid, abangnya mula memperlekehkan Tabligh dan menuduh puak dakwah ni tak dak ilmu dan tak mengaji. Bila tak sertai jemaah tabligh, budak ni pun pakai seluar pendek balik. Tapi abang dia tak mampu buat apa-apa pun untuk mengembalikan adiknya ke pangkal jalan. Ikut tabligh tak boleh, tapi pakai seluar pendek tak pa kot.

Ada seorang muallaf yang pernah ikut Tabligh. Lepas tu barulah Pas nak himpit dia dan kata bahawa Tabligh begitu begini. Mualaf ni pun dibawa mengaji di Kelantan, tetapi sayangnya dia tak lama, balik semula ke Gerik. Lepas tu orang PAS pun tak pedulikan dia lagi. Tapi orang tabligh masih jumpa dia dan ajak keluar 3 hari lagi.

Saya juga pernah dengar kisah yang sama berlaku di Bukit Besar, Kedah.

Kalau macam ni cara orang PAS berdakwah macamana nak hentikan maksiat dan macamna nak tukar pemimpin? Saya masa remaja dulu pun TAK PERNAH orang PAS dakwah saya. Yang ada ialah orang Tabligh. PAS hanya sibuk memburuk-burukkan pemimpin tapi tak buat dakwah secara menyeluruh macam Tabligh. Kalau macam ni memang tak boleh perintah negara. Ingatlah kata-kata Abu Darda tadi. Kalau tak buat dakwah, solat hajat dan baca Yasin untuk menumbangkan UMNO, tidak dimakbulkan.

Salah orang buat maksiat kita tahu, salah orang PAS dan lain-lain yang tidak buat maksiat ialah meninggalkan dakwah. Ertinya semua kita berdosa, maka dosa itulah punca kita diperintah oleh orang yang ZALIM.