Ada seorang pakcik yang sedang berusaha mencari
mudir untuk sekolah tahfiz yang baru dibina di Tasek Gelugor, Kepala Batas, PP,
datang ke rumah. Usaha yang baik namun mereka perlu menyedari bahawa menguruskan
sebuah madrasah tahfiz amat banyak pancarobanya, terutama apabila semua yang
terlibat amat suka untuk buat kerja
orang lain di samping kerjanya sendiri.
Sukatan pelajaran adalah tugas mutlak mudir dan
guru-guru, namun sekiranya pengerusi yang tidak pernah belajar tahfiz turut
teringin memberi pandangan dan rasa pandangannya benar maka bermulalah
kesukaran. Mudir amat tahu berapa hari cuti yang sesuai untuk pelajar, orang
lain tidak ada hak membantahnya. Mudir
mengambilkira semua keadaan yang akan berlaku kepada pelajar selepas cuti. Ada
pelajar yang terpaksa mengulang hafazannya hampir seminggu sekiranya diberi
cuti yang panjang, sebab itu cuti hanya diberikan 3 hari. Tetapi pernah berlaku
pengerusi dan seangkatan dengannya membantah, kata mereka cuti pendek sangat,
berilah lebih lagi. Bantahan ini
hanyalah berdasarkan rasa kasihan kepada pelajar yang tidak dapat cuti lebih
lama dan tidak sempat berehat bersama keluarga. Mudir berpendapat cuti lama
selalunya akan menjejaskan pelajaran. Selepas pulang dari cuti, ramai pelajar
yang lupa hafalan mereka yang terbaru, dan terpaksa diulang semula. Ini menyebabkan
masa yang diambil untuk mengkhatamkan 30 juzuk menjadi telalu lama. Apabila
terlalu lama berada di madrasah, kadang2 ada yang jemu dan berhenti di tengah
jalan. AJK madrasah tidak pernah terfikir perkara ini dan tidak pernah bertanya
kepada mudir kenapa mudir kedekut cuti. Walaupun nampak kecil, tapi apabila
nama sebuah sekolah tahfiz, dia mesti memperjuangkannya, untuk melahirkan hafiz
Quran sebenarnya, kalau tidak bubuhlah nama sekolah rendah saja.
Ini hanya cuti, belum masuk makanan dan
peraturan disiplin para palajar. Yang menjadi lebih parah apabila ada juga tuan
tanah madrasah yang rasa setaraf mudir sehingga berani merotan pelajar malah
sampai membelasah mereka. Kerana jahil hukum hakam, itulah yang terjadi, dan
tanpa disedarinya dia telah melakukan dosa besar hampir setiap hari. Memukul
seorang Islam adalah dosa besar, hanya guru diberi kebenaran memukul tapi
sekiranya mencederakan pelajar wajib bayar ganti rugi. Tanah yang diwakafkan
kepada madrasah telah putus hubungan dengan tuan tanah, maka dia tiada hak
sedikit pun ke atas tanah atau madrasah, tetapi tuan tanah yang jahil rasa
lebih berkuasa daripada mudir. Akhirnya ramai pelajar yang berhenti kerana
tidak tahan diazab oleh tuan tanah yang sama perangainya macam penyamun.
Akhirnya para ustaz terpaksa jadi gangster juga untuk menyekat kezaliman tuan
tanah yang merugikan madrasah. Ada ustaz kata, demi madrasah bermasam muka
dengan tuan tanah pun saya sanggup. Demi madrasah ada ustaz yang terpaksa
menengking tuan tanah yang bermasalalah itu. Ustaz bertindak dengan ilmu, orang
yang tak tau tak ada hak untuk komen
dengan kejahilan.
Kawan saya lepasan tahfiz di India pernah
bercerita bahawa di sana ada ustaz yang diberikan tanah untuk buat madrasah.
Dengan segera ustaz tu berkata, syarat pertama
tuan tanah kena pindah jauh dari sini. Rupanya, masalah tuan tanah
tahfiz telah berlaku sekian lama. Tuan tanah kedaung.
Pengarah Bahagian Pendidikan
Jabatan Agama Pulau Pinang, Ustaz Rosli Osman berkata: saya tak boleh terima mudir madrasah
tahfiz bukan hafiz al Quran. Saya amat setuju kerana memang ramai pentadbir madrasah
tahfiz yang kabur arah tujuan madrasah mereka, kekaburan ini kerana ia
ditubuhkan oleh bukan ulama yang lebih memahami arah tujuan sebenar umat Islam. Seorang kerani pejabat pos tidak akan tahu tugas kerani pejabat tanah.
Ada madrasah yang mewujudkan tahfiz supaya nanti pelajar mereka boleh jadi
doktor atau engineer yang hafiz Quran. Tidak salah, tapi bukankah lebih baik
jadi hafiz Quran yang juga ulama. Ulama yang hafaz Al Quran akan mampu untuk
menjadi ulama yang lebih baik penguasaan ilmu terutama tafsir al Quran dan
fekah yang amat bergantung kepada ingatan kepada dalil dari Quran dan hadis.
Seorang doktor atau jurutera yang hafiz
Quran sebenarnya tidak punya masa yang
begitu banyak untuk ulang hafazan mereka yang menyebabkan amat sukar untuk mengekalkan
Quran di dada mereka. Tetapi kalau mereka jadi ulama yang berkhidmat untuk ilmu, masa untuk itu
pasti amat banyak kerana hidup bersama Quran. Sepatutnya selepas hafiz, belajar
kelas alim sampai Dauratul Hadith dan disambung dengan kelas Mufti, dan boleh
sambung PhD kepada sesiapa yang berminat. Tetapi sayangnya perkara ini tidak
terlintas di fikiran sesetangah mudir madrasah tahfiz, sebaliknya lebih
berbangga dengan doktor hafiz, dan tidak terlintas kemuliaan ulama yang hafiz. Kita masih kekurangan ulama yang
pakar.
Madrasah Tahfizul Quran Penanti. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan