Isnin, 5 April 2010

TINGGAL SOLAT JUMAAT: DOSA BESAR YANG DIRINGAN-RINGANKAN.

Pernah saya dengar ada orang berkata: baru tinggal sekali. Untuk menjawab soalan kenapa tak pergi solat jumaat? Ada juga yang tinggal solat jumaat dua kali berturut-turut, dan akan pergi pada minggu ke tiga. Ada juga kilang yang tak membenarkan pekerja-pekerjanya yang Muslim keluar solat Jumaat tiap-tiap minggu, dan hanya membenarkan mereka solat berselang-selang, kerana ada ‘mufti sesat’ yang bekerja di situ yang mengatakan tak mengapa tinggal jumaat sekali-sekala.

Ini menunjukkan seolah-olah mereka menganggap tidak haram tinggal jumaat sekali atau dua kali, yang haram ialah tidak solat jumaat tiga kali berturut-turut.

Hukum sebenarnya ialah solat Jumaat yang ditinggalkan walaupun sekali adalah HARAM, BERDOSA BESAR! Hukum haram ini berlaku sekiranya ditinggalkan tanpa keuzuran syar’ie.

Firman Allah taala, ertinya: “Wahai orang-orang beriman apabila diseru untuk solat jumaat maka pergilah untuk mengingati Allah (solat jumaat), dan tinggalkanlah jual beli.” (surah Al Jum’ah, ayat 9)

Sabda Nabi Muhamad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, selama kekalnya kerajaan Allah taala, ertinya:

“Kita adalah umat yang terakhir (dibangkitkan di dunia) yang paling awal (dibangkitkan di akhirat). Kecuali mereka diberikan kitab dahulu, dan kita diberikan kemudian. Dan hari (jumaat) ini yang Allah taala wajibkan ke atas mereka, kemudian mereka berselisih pendapat pada hari tersebut. Maka kita diberi hidayat untuk melakukan solat pada hari Jumaat. Lalu manusia mengikut kita; yahudi esoknya (Sabtu) dan Nasara lusa (Ahad). (Kerana salah faham dan pilihan mereka)

(Riwayat An Nasaie, hadis nombor 1367)

Maksud berselisih pendapat ialah ada yang berpendapat solat hanya khusus pada hari jumaat dan ada yang berpendapat boleh digantikan solat jumaat pada hari lain (Zakhirah syarah Nasaie, jilid 11, ms 55)


Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, ertinya: “pergi solat jumaat wajib ke atas setiap orang yang telah baligh.” (Riwayat An Nasaie) no 1370

Sabda baginda lagi, ertinya: “solat jumaat wajib ke atas setiap orang Islam, kecuali empat golongan: hamba, perempuan, kanak-kanak dan orang sakit.” (Riwayat Abu Dawud) 1038

Saya pernah mendengar sendiri seorang pemuda di Gerik berkata bahawa solat jumaat tidak wajib, kerana orang perempuan tidak wajib menunaikannya. Jahil sungguh orang Gerik seorang tu. Dia tu jantan ke betina?

Sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda selama-lamanya, bersabda, ertinya: Sesungguhnya aku telah bercita-cita untuk menyuruh seseorang menjadi imam , dan aku pergi membakar rumah orang yang tidak pergi solat jumaat” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan lain-lain)

Sabda baginda lagi, ertinya: “hendaklah kaum-kaum itu berhenti daripada meninggalkan solat Jumaat, ataupun Allah akan menutup hati mereka lalu mereka menjadi orang-orang yang lalai.” (Muslim dan lain-lain)

Dalam riwayat Ahmad, dan kitab-kitab Sunan Empat, dan Tirmizi menganggapnya hasan, dan dianggap sahih oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dan Hakim mengatakan di atas syarat Muslim, hadis bermaksud: “sesiapa yang meninggalkan tiga kali solat Jumaat kerana meringan-ringankannya, akan ditutup hatinya.”

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, bermaksud: “sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali maka ia adalah munafiq.”

Kata Abu Bakar Al Munziri: para ahli ilmu telah ijma bahawa solat jumaat wajib ke atas orang merdeka yang baligh yang tidak punya keuzuran.

Kata Ibnul Arabiyy: solat jumaat adalah fardhu dengan ijma umat Islam.

Kata Ibnu Qudamah: telah ijma umat Islam atas kewajipan solat Jumaat.

Kata Syaikh Ibnu Hajar Al Haitami: meninggalkan solat jumaat, tanpa uzur, adalah dosa besar walaupun ia solat zohor. Menganggap meninggalkannya dosa besar adalah jelas daripada hadis-hadis yang disebutkan. Hukum dosa besar ini dinyatakan oleh ramai ulama.

Ini diperkuatkan oleh bahawa melakukan solat jumaat dalam jamaah adalah fardhu ain ke atas lelaki yang tidak ada keuzuran, yang sabit dengan ijma’. Bahkan hukumnya adalah diketahui dengan dharurah, maka sesiapa yang menganggap halal (harus) meninggalkannya sedangkan ia tinggal bersama orang-orang Islam, jadi kafir, kerana ia telah diijma’kan dan diketahui dengan mudah (dharurah).

Dari sanalah kalau berkata seorang Islam: saya solat zohor tetapi tidak solat jumaat, maka ia dihukum bunuh, pada pendapat yang paling sahih. Kerana itu sama dengan meninggalkan solat sama sekali. Pada pendapat yang lebih sahih bagi sahabat-sahabat Imam Syafie, solat jumaat adalah solat asing bersendirian, dan bukannya ganti solat zohor, maka sebab itu hukum meninggalkan solat jumaat adalah dosa besar. (Az Zawajir, jilid 1, halaman 250)

17 ulasan:

  1. bagaimana pula kalau org yg musafir?

    BalasPadam
  2. orang musafir yang keluar daripada kawasan kediamannya sebelum subuh tidak wajib soat jumaat sekiranya ia tidak mendengar azan jumaat dari masjidnya. walaupun ia pergi ke tempat yang dekat dan tidak boleh qasar solat sekalipun.

    BalasPadam
  3. Bagaimana pula kalau musafir pada hari khamis,sampai ke destinasi jugak pada hari khamis tapi tidak bermukim dan hari jumaat belum pulang ke tempat bermukim. Adakah terlepas wajib jumaat?

    BalasPadam
  4. dia masih tidak wajib solat jumaat.

    BalasPadam
  5. kalau tinggal solat jumaat 3 kali berturut-turut, ada kah jadi kafir?

    BalasPadam
  6. saya tidak pernah jumpa hadis ataupun fatwa ulama yang kata jadi kafir, wallahu a'lam.

    BalasPadam
  7. adekah betul kalau org x pergi smbhyg jumaat 3 kali berturut2 terkeluar dari agama Islam?

    BalasPadam
  8. kalau dah lama tinggal solat jumaat pulak mcm mana? apa yang perlu di buat?

    BalasPadam
  9. kalau hari2 ulang ke tmpt kerja yg jaraknya 2 jam, bertolak selepas subuh dan pulang ke rumah pada petangnya adakah dikira sebagai musafir?apakah hukum dan akibat jika tidak menunaikan solat jumaat berturut2 dalam keadaan dirinya tidak redha dgn perbuatan itu(terpaksa kerana rakan sekerja tidak mahu pergi dan dia hanya menumpang kenderaan rakan)

    BalasPadam
  10. kalau kerja camne pulak? saya sebagai pengawal keselamatan, saya diarahkan tidak boleh tinggal tempat tugas camne pulak?

    BalasPadam
  11. Saya diarah bertugas di kawasan pendalaman negara bukan Islam. Di kawasan berkenaan tidak ada umat Islam dan saya tidak dapat menunaikan solat Jumaat selama tiga minggu berturut-turut. Apakah hukumnya?

    BalasPadam
  12. Sebagai musafir saudara tidak wajib solat Jumaat dan tidak menjadi kesalahan walaupun terpaksa meninggalkannya sebanyak tiga kali berturut-turut selagi masih bermusafir.

    Solat Jumaat diwajibkan kepada mereka yang bermastautin dengan jumlah 40 orang termasuk imam. Jika jumlahnya tidak mencukupi maka hendaklah digantikan dengan solat Zohor.

    BalasPadam
  13. Bagaimana kalau tak boleh pg smbyg jummat sbb kerja dan digantikan solat zuhur di pejabat?

    BalasPadam
  14. saya bekerja sebagai pengawal keselamatan.boleh ke tak pergi solat jumaat tapi digantikan dgn solat zohor kerana dikhuatiri jika saya keluar solat jumaat akan berlaku kemudaratan terhadap harta benda yang dijaga.

    BalasPadam
  15. Aslmkum..apa perlu saya buat..saya disuruh bergilir sembahyang jumaat...boss saya cina tak guna....kadang2 saya rasa geram pun ada...

    BalasPadam
  16. saya tidak suka hadis nie kerana hadis nie tipu

    BalasPadam
  17. Macam mana saudara/i boleh tau hadis ini tipu? Saudara/i ada hadis yang sahih?

    BalasPadam